Buat Ijazah Pertama di usia 4 siries? Joom
Mungkin ada di kalangan kita yang masih berkira-kira untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam usia yang dikatakan 4 siries? Ye lah, masa zaman muda dulu, suh belajar malas katanya. Pelbagai alasan diberikan. Daripada tidak mendapat tempat di Universiti hinggalah kepada kedaifan dan kesempitan hidu[.
Ye, bagi sesetengah keadaan, kesempitan hidup adalah alasan yang sangat boleh diterima. Namun sampai bila?
Ada manusia yang ditentukan Allah أزواجال menemui kejayaan di awal usianya. Maka dia berjala mengikut sistem sedia ada daripada tadika hingga menggenggam segulung ijazah pertama di usia 20 an. Namun, mungkin dia diuji dengan sukarnya mendapat pekerjaan yang setara dengan nilai ijazahnya.
Ada keadaan di mana manusia hanya berpeluang untuk mengejar cita-citanya di hujung baki usianya, maka dia hanya mampu menggenggam ijazah pertamanya tatkal berusia 40an. Bahkan ada yang berjaya menggenggam diploma di usia 40 an. Namun, sebelum itu dia sudah mempunyai kerjaya yang baik dan tetap bahkan mampu menyara kehidupan keluarganya.
Ada juga segolongan manusia yang melihat, cukuplah apa yang ada padanya. Untuk sambung belajar, otak sudah menjadi tepu dan sebagainya.
Namun sebenarnya melanjutkan pengajian di usia 40 an agak menarik. Itu pada pandangan penulis dan penulis adalah salah seorang daripada golongan tersebut. Langkah penulis hanya bermula ketika berusia 39 tahun dan tahukah pembaca semua bahawa keinginan atau 'kesedaran' itu timbul selepas menghadiri majlis konvokesyen adik ipar penulis pada Oktober 2018??
Kadang² terfikir juga di benak penulis, alangkah lewatnya dan ruginya kerana tidak sambung lebih awal. Yelah, kalau nak diikutkan, dengan hanya bayaran RM1,300.00 setiap tahun....
Apa? RM1,300.00 ....
Penulis tahu...tentu ramai di luar sana seperti terkejut keberukan. Dan lebih mengejutkan bayaran sebanyak itu adalah untuk SETAHUN pengajian...
Diulang
SETAHUN pengajian....bukan satu semester pengajian...
Mungkin nanti ada suara sumbang pula....eh...ntah² tak diiktiraf MQA. Maklumlah masyarakat dah semakin terbuka minda dan telah meyertai masyarakat maya (netizen). Dunia tanpa sempadan dan seolah tanpa peraturan hingga semua boleh bercakap, mencerca dan memaki orang sesuka hati tanpa adab (eh...kau dah melalut)...
Program PJJ USM bagi penulis adalah satu jawapan tepat untuk golongan 4 siries menggapai impian mendapatkan ijazah pertama. Berbanding program di UA (Universiti Awam) lain yang agak mahal dengan kiraan setiap semester, USM adalah lokasi yang terbaik.
Bukan sebab nak promote atau dibayar oleh USM untuk menulis tentang ini...tetapi penulis sendiri telah melaluinya dengan begitu cekal dan tabah...huhuhu
Ya...penulis akui bukan sesuatu yang mudah. Dalam keadaan masih bergelut dengan persekolahan anak² dan hutang yang melebihi paras kemampuan sebenar sebagai seorang penjawat awam, namun jika ada iltizam yang suci dan tulus....Insya Allah kita boleh.
Perkara paling penting yang boleh kita lakukan as a Muslim, kita pinta petunjuk dan bantuanNya. Penulis sendiri akui yang penulis jauh dari Tuhan. Masuk belajar pun x de nak istikharah bagai. Isi borang dan tunggu jawapan dan dapat. Tapi penulis yakin, ini semua adalah petunjuk dan keizinan dariNya juga.
Ada kita dengar yang berusia 5th siries pun baru nak mula buat deggre. Masa penulis mendaftar sebagai pelajar PJJ USM pun, ada batch penulis yang berusia emas...60++ masuk untuk belajar. Beliau adalah non-muslim (tapi di tahun kedua stop..)
Ok...kita stop sampai dahulu dulu..nanti akan di detailkan kemudian...Apakah cabaran yang bakal menunggu....nantikan...
Akhir kata, fikir-fikirkan ...
Wallahu a'lam
Ulasan