Bercumbu di pentas sesama jenis : akibat budaya hendonisme luar kawalan



  1. Gegak gempita negara akibat kemunculan aksi bercumbu sesama jenis di pentas oleh konsert 1975 dilihat mampu memberikan kelebihan kepada parti lawan untuk terus mengasak pemerintah dan mengejek mereka terlalu liberal dan boleh mempengaruhi melayu nasionalis secara amnya untuk terus menyintai pihak lawan;
  2. Memang berdasarkan senario sejak PRU ke 14, pemerintah yang disertai oleh parti roket pasti akan dihujani pelbagai kontroversi bersifat perkauman dan juga keagamaan untuk memperteguh hujjah bahawa melayu islam terancam;
  3. Kadang terfikir di benak bahawa ianya seolah dirancang dengan sebegitu rapi untuk memberikan imej yang huduh kepada pemenang mana mana PRU atau PRK jika berkawan dengan parti roket;
  4. Madani yang dilihat sebuah konsep yang bersendikan nilai agama perlu lebih sensitif dalam menangani isu-isu remeh tetapi mempunyai nilai yang menyentuh sensitiviti agama di negara berbilang kaum dan masih kukuh memegang nilai syariah;
  5. Adalah lebih molek jika kementerian komunikasi dipimpin atau dinasihati oleh golongan agamawan atau diwujudkan satu majlis penasihat sebagaimana yang pernah wujud pada tahun 2018 yang lepas;
  6. Penampakan entiti lgbt yang kerap disinonimkan dengan pemerintah terkini perlu dihentikan dengan kadar segera agar ianya tidak terus membarah dan menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakt;
  7. Ia kelihatan seperti dirancang dengan sebegitu sempurna untuk memberikan wajah huduh pemerintah terkini agar kaitan itu berlaku dan imej pemerintah akan terus dicalarkan semahunya;
  8. Apabila golongan islamis kepartian telah memeluk erat nasionalis ultra melayu purbawara seeratnya dan melupuskan segala dosa silamnya, maka kemunculan warna pelangi songsang tentu akan menjadi kibaran panji baharu sebagai sasaran utama yang wajib ditentang lumat. Sayang sekali semasa berkuasa selama 33 bulan agenda memerangi kaum pelangi gagal pula diangkat dalam perbahasan di dewan rakyat;
  9. Malaysia madani harus lebih terkehadapan bagi memerangi kesongsangan ini yang sebenarnya bersembunyi di belakang ultra nasionalis purbawara
  10. Moga Allah membantu menyingkirkan mereka

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol