Catatan

Hujung minggu yang menarik

Imej
Jumaat malam (13 Syaaban 1429) aku berada di rumah bapa saudara isteri, bersama bonda dan puteriku hanya untuk meraikan 'malam rewang' mengikut bahasa yang biasa dipakai oleh Melayu Malaysia. Malam ini selalunya dihiasi dengan pelbagai acara melibatkan sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga sekampung, sahabat handai dan taulan untuk bersama 'membantu' tuan rumah kununnya...Tapi hakikatnya yang membantu dan menolong dah di sub-kontrak kepada orang luar. Jadi selaku saudara mara, sekadar 'memantau' dan menghabiskan lauk-pauk khususnya untuk group rewang. Tak tau le apa nak ditolong. Di dapur, angkatan tukang masak dah siap dengan bala tenteranya. Di dalam penuh dengan wanita. Akhirnya tercelapak di tepi pagar berbatu marmar. Wah...menariknya ada karaoke ... hum sesuatu yang amat tidak disangka. Dan yang paling tidak disangka ialah ianya dipelopori oleh golongan veteran termasuk imam........Meskipun menyanyikan lagu-lagu Arab ... Tidak perlu saya nyatakan hu...

Sahabat yang sakit

Sepanjang minggu ini, salah seorang rakan sekerja tidak hadir kerana masalah kesihatan. Dia memang dah terasa-rasa badan tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan mengadu kepadaku. katanya, malam badan rasa nak demam. Menjelang khamis minggu lepas, beliau tidak hadir dan berpanjangan hingga hari ini. Semoga Allah menyembuhkan penyakit beliau ..

Debaran seorang ayah ...

Imej
Dalam debaran menantikan kelahiran bakal anak ke dua .. Aku kembali ke hospital kluang untuk pemeriksaan degupan jantung bayi dalam kandungan isteri. Alhamdulilla segalanya berjalan lancar. Namun. jam 2 petang, kami harus ke klinik kesihatan pula untuk pemeriksaan rutin mingguan. Mmm Dalam suasana yang agak merimaskan ini, tatkala singgah solat Zuhur di jame' bandar Kluang, masjid hebat tersergam milik pemerintah, hanya ada satu saf sahaja, itupun tidak penuh... Terfikir sejenak, sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku? Tiadakah apa-apa tindakan untuk menambahkan bilangan jamaah? Adakah AJK cukup hanya berpuashati dengan bilangan jamaah yang ada? Macammana kalau ditaqdirkan 70% jamaah yang ada meninggal dengan tiba-tiba, adakah ini akan bermakna masjid tersebut hanya akan didatangi oleh baki jamaah yang tinggal dan lama kelamaan akan menjadi muzium? AJK masjid dan surau di seantero negara perlu memerhatikan perkara ini. Selalunya AJK ini lebih tertumpu untuk mengadakan progra...

Salam

Imej
Sudah terlalu lama tidak berada di sini... Sejak tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri selepas kemenangan PRU 12 , terpanggil pula hati ini untuk menulis semula laman-laman kosong blog ini. Sengaja penulis memaparkan gambar orang tua ini kerana beliau merupakan sumber inspirasi kepada perjuangan penulis. Kemenangan beliau menegakkan Republik Islam Iran pada 1979 perlu dikaji dan difahami oleh para pejuang yang kununnya ingin menegakkan Islam di muka bumi ini. Ingatlah bahawa kepimpinan Islam PASTI akan tertegak, meskipun tanpa struktur organisasi politik yang kukuh, ataupun kemenangan di medan pilihanraya yang jijik (?) ... Hanya pemimpin yang benar-benar layak sahaja yang bakal mewarisi bumi ini dan menyuburkannya dengan kemuliaan iman .. Allahu Akbar ! Bagaimana dengan nasib Umat di Malaysia? Adakah semakin terbela? Kelihatan sudah wujud golongan dari kalangan Barisan Rakyat sendiri yang sudah mula mual dengan tingkah laku pemimpin .. Mungkin terlalu awal untu...

Perpaduan Ummah - kemana?

Dewasa ini telah muncul di merata .. baik di media massa mahupun muzakarah dan ijtima' .. mengenai taqarrub mazahib - penyatuan mazhab .. Khusus perbincangan ini menyentuh mengenai penyatuan antara Sunni dan Syiah yang dijadikan satu isu global dalam Darul Islam. Sebenarnya perkara ini telah menjadi perbincangan sejak dahulu kala lagi. Sudah ramai ulama dari kedua-dua mazhab berusaha ke arah penyatuan, meskipun tidak seramai yang menentangnya. Namun apa yang pelik, di negara 50 tahun merdeka ini tidak ada satu pun usaha ke arah penyatuan ummah dilaksanakan. Tetapi, usaha-usaha ke arah pemecah belahan ummah semakin giat dan amat terancang dari masa ke semasa disokong oleh manusia hipokrit bertopengkan wajah malaikat. Penulis melihat bahawa perpecahan dia antara muslim di negara 50 tahun merdeka ini semakin meruncing, khusus atas dasar pemahaman politik yang berbeza. Pecahan tradisional di antara pendokong Islam Liberal dan pendokong Islam Syumul (?) adalah amat ketara sejak tertubuh...

Sistem Pilihanraya di Malaysia

Imej
Ogos ini, sudah 50 tahun kita merdeka. Usia kita semakin matang. Seeloknya keputusan yang bakal dibuat juga bertambah matang dan mengambilkira kepentingan agama, negara dan rakyat. Tiga pilihanraya kecil negara baru-baru ini telah mengukuhkan lagi kekuasaan pemerintah dengan ujian ke atas UMNO, MCA dan terakhir MIC menunjukkan prestasi semakin gemilang dan memberangsangkan. Persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulis ialah, APAKAH PILIHANRAYA DI M"SIA ADIL? Tiada siapa yang boleh menjawab secara tepat baik di pihak pembangkang apalagi di pihak pemerintah. Masing-masing akan cuba menegakkan pendapat masing-masing berdasarkan keegoan tanpa berpijak ke bumi nyata. Pembangkang kerap menuduh pemerintah tidak berlaku adil dalam permainan. Dengan menyediakan padang yang tidak rata, bagaimana pembangkang mahu menjaringkan gol yang tepat? Kita lihat kepada benua kecil di selatan semenanjung. Kota singa metropolitan ada memberikan ruang kepada pembangkang untuk mengemukakan manifesto ...

Ke arah Perpaduan Muslimin

Imej
Assalamualaikum Warahmatullah Apa khabar semua? Tujuan penulis adalah ke arah perpaduan Ummah .. Non partisan.. Amat menyokong perjuangan ke arah mendaulatkan agama Allah .. Amat benci kepada para hipokrit yang suka menjadikan Ad Deen sebagai alat permainan dan alat untuk mencapai kepuasan akibat keserakahan nafsu. Bersama kita menegakkan agamaNya....