Catatan

one drop perfumes

Imej
pati minyak wangi tanpa alkohol berjenama antarabangsa Egyptian Potion!Egyptian Potion! Pati minyak wangi hebat yang sedang HANGAT DI PASARAN.Bukan macam minyak wangi biasa, ia adalah 100% PATI MINYAK WANGI, 100% WANGI, 100% TULEN, dan yang paling penting 100% TANPA ALKOHOL! Jadi anda tidak perlu bimbang untuk memakainya ketika mengerjakan solat. Kenapa anda perlu berada dalam perasaan ragu- ragu dan bimbang untuk memakai minyak wangi anda yang berharga ratusan ringgit ketika dalam solat, sedangkan anda ada satu solusi yang hebat dengan adanya EGYPTIAN POTION di tangan anda. INI BUKAN GIMIK, INI BETUL2 ! Apa lagi yang BEST pasal minyak wangi ini ialah ia setanding dengan jenama minyak wangi terkenal dan anda idamkan seperti BODYSHOP, CALVIN KLEIN, RALPH LAUREN, HUGO BOSS, ESTEELAUDER,DAVIDOFF, GIORGIO ARMANI dan banyak lagi..tapi mungkin ada antara anda xcukup duit untuk dapatkan minyak wangi idaman anda tu kan? Kesian anda..TAPI xpe, SEKARANG INI JUGA, and...

Catatan ke Sarawak

Imej
30 Nov 2008 sekitar jam 12.50 penulis telah berada di perut pesawat sebaris dengan ketua bahagian dan isteri beliau menuju ke Bandaraya Kuching bagi mewakili jabatan untuk MBJ peringkat kebangsaan. Tiba di Lapangan terbang antarabangsa Kuching jam 1.45. Telinga macam nak pecah dek terkena tekanan udara. Ketua Bahagian syorkan makan chewing-gum tapi bagi penulis meskipun ianya ilmu yg baru macam tak berkesan. Tapi penulis lihat beliau rileks sahaja ... Dari lapangan terbang Kuching bergerak ke hotel dengan dua teksi yang berasingan, penulis dapat melihat suasana sebahagian Bandaraya Kuching sepanjang perjalanan yang melukiskan pemandangan rumah golongan astrokrat yang menghiasi kiri kanan jalan. Terfikir dalam kepala penulis, apakah di sekitar ibu negeri Sarawak ini tiada wujud golongan marhain? Boleh dikatakan tiada langsung wajah rumah murah mahupun kos sederhana yang kelihatan. Sekitar 20 ke 25 minit terperuk di dalam perut teksi akhirnya tiba ke destinasi. Hotel yang terletak agak j...

Ramadhan menjelma lagi

Alhamdulillah .. hari ini merupakan hari ketiga kita berada dalam Ramadhan el-mubarak... dengan keazaaman untuk meningkatkan amal dan mengejar lailatul qadr....Moga dipermudahkan Allah segala urusan Menelusuri 10 hari terakhir Ramadhan .. insan mengharapkan lailatul qadar di malam-malam akhir Lagu dendangan kumpulan nasyid dengan CD dan kaset yang baru release bertajuk Ramadhan 2 zaman amat mengharukan .. Dipetik dari kitab muta'al badrin halaman 65 kitab al iktikaf , ".... berkata Imam Ghazali dan lainnya lailatul qadr pada malam yang kasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir (Pen-Ramadhan) & berkata mereka itu diketahui akan dia dengan hari yang awal daripada bulan maka jika sehari bulan Ramadhan itu hari Ahad atau hari Arba'in (Pen - Rabu) adalah lailatul qadr pada malam yang 29 dan jika sehari bulan Ramadhan hari isnin adalah ia malam 21 dan jika sehari bulan Ramadhan hari Selasa @ Jumaat adalah ia malam 27 dan jika sehari bulan Ramadhan hari Khamis adalah ia malam ke ...

Hujung minggu yang menarik

Imej
Jumaat malam (13 Syaaban 1429) aku berada di rumah bapa saudara isteri, bersama bonda dan puteriku hanya untuk meraikan 'malam rewang' mengikut bahasa yang biasa dipakai oleh Melayu Malaysia. Malam ini selalunya dihiasi dengan pelbagai acara melibatkan sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga sekampung, sahabat handai dan taulan untuk bersama 'membantu' tuan rumah kununnya...Tapi hakikatnya yang membantu dan menolong dah di sub-kontrak kepada orang luar. Jadi selaku saudara mara, sekadar 'memantau' dan menghabiskan lauk-pauk khususnya untuk group rewang. Tak tau le apa nak ditolong. Di dapur, angkatan tukang masak dah siap dengan bala tenteranya. Di dalam penuh dengan wanita. Akhirnya tercelapak di tepi pagar berbatu marmar. Wah...menariknya ada karaoke ... hum sesuatu yang amat tidak disangka. Dan yang paling tidak disangka ialah ianya dipelopori oleh golongan veteran termasuk imam........Meskipun menyanyikan lagu-lagu Arab ... Tidak perlu saya nyatakan hu...

Sahabat yang sakit

Sepanjang minggu ini, salah seorang rakan sekerja tidak hadir kerana masalah kesihatan. Dia memang dah terasa-rasa badan tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan mengadu kepadaku. katanya, malam badan rasa nak demam. Menjelang khamis minggu lepas, beliau tidak hadir dan berpanjangan hingga hari ini. Semoga Allah menyembuhkan penyakit beliau ..

Debaran seorang ayah ...

Imej
Dalam debaran menantikan kelahiran bakal anak ke dua .. Aku kembali ke hospital kluang untuk pemeriksaan degupan jantung bayi dalam kandungan isteri. Alhamdulilla segalanya berjalan lancar. Namun. jam 2 petang, kami harus ke klinik kesihatan pula untuk pemeriksaan rutin mingguan. Mmm Dalam suasana yang agak merimaskan ini, tatkala singgah solat Zuhur di jame' bandar Kluang, masjid hebat tersergam milik pemerintah, hanya ada satu saf sahaja, itupun tidak penuh... Terfikir sejenak, sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku? Tiadakah apa-apa tindakan untuk menambahkan bilangan jamaah? Adakah AJK cukup hanya berpuashati dengan bilangan jamaah yang ada? Macammana kalau ditaqdirkan 70% jamaah yang ada meninggal dengan tiba-tiba, adakah ini akan bermakna masjid tersebut hanya akan didatangi oleh baki jamaah yang tinggal dan lama kelamaan akan menjadi muzium? AJK masjid dan surau di seantero negara perlu memerhatikan perkara ini. Selalunya AJK ini lebih tertumpu untuk mengadakan progra...

Salam

Imej
Sudah terlalu lama tidak berada di sini... Sejak tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri selepas kemenangan PRU 12 , terpanggil pula hati ini untuk menulis semula laman-laman kosong blog ini. Sengaja penulis memaparkan gambar orang tua ini kerana beliau merupakan sumber inspirasi kepada perjuangan penulis. Kemenangan beliau menegakkan Republik Islam Iran pada 1979 perlu dikaji dan difahami oleh para pejuang yang kununnya ingin menegakkan Islam di muka bumi ini. Ingatlah bahawa kepimpinan Islam PASTI akan tertegak, meskipun tanpa struktur organisasi politik yang kukuh, ataupun kemenangan di medan pilihanraya yang jijik (?) ... Hanya pemimpin yang benar-benar layak sahaja yang bakal mewarisi bumi ini dan menyuburkannya dengan kemuliaan iman .. Allahu Akbar ! Bagaimana dengan nasib Umat di Malaysia? Adakah semakin terbela? Kelihatan sudah wujud golongan dari kalangan Barisan Rakyat sendiri yang sudah mula mual dengan tingkah laku pemimpin .. Mungkin terlalu awal untu...