Catatan

syiah pembunuh kekasih kami ..

SYIAH MEMBUNUH SAYYIDINA HUSEIN DI KARBALA Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh - pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala. Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang - orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sin...

Kematian demi kematian

17 Ramadhan nenda pergi 24 Ramadhan kerabat sebelah nenda juga pergi 12 Syawal - Saudara jauh juga pergi dan juga abang ndan .. sepupuku Awal pagi tadi ketika memandu keluar ke pejabat, penulis menghubungi Abd Hadi kerna semalam tidak dapat dihubungi lantaran penulis hendak singgah beraya ke rumah beliau. Beliau memaklumkan bapa kepada salah seorang staf yang kukenali telah meninggal dunia. Tatkala tiba di pejabat, sedang sibuk menyemak e-mail, Anu (bukan nama sebenar) mengajakku menziarah bapa saudaranya itu. Berkebetulan, sepupu beliau berkahwin dengan sepupu penulis. Maka penulis bersetuju untuk menuju jke rumah si mati yang terletak berhampiran pekan Ayer Hitam. Ramai juga staf yang menghadiri upacara penghormatan terakhir ini kerna anak si mati merupakan staf yang dikenali dan disenangi oleh semua peringkat di organisasi penulis. Penulis juga sempat menemui abang aris, sepupu penulis. Isteri beliau merupakan anak saudara kepada si mati. Usai solat jenazah, kami berangkat pulang ke...

Akhirnya nenda pergi jua

Imej
17 Ramadhan 1430 Badar Al Kubra Nuzul Al Quran Syahid Imam Ali b Abu Talib Sekitar jam 5.00 petang ketika penulis menghubungi isteri melalui telefon bimbit, terdengar suara riuh ibu penulis. Rupanya nenda yang kukasihi telah pergi buat selama-lamanya ... Innalillahi Wainna Ilahi Rajiun ... Nendaku, Hajjah Saleha bt Hj Abd Jabbar, telah menderita sakit buah pinggang sejak Februari 2009. Beliau terlantar uzur tidak boleh bangun dan sering keluar masuk hospital. Penulis sempat menjenguk nenda sekitar 2 hingga 3 kali sejak beliau terlantar. Makan, pakai dan urusan buang air semuanya sudah tidak terdaya untuk dilakukan sendiri. Hanya mak cik sahaja yang menguruskan kehidupan beliau. Tatkala lawatan kami sekeluarga ketika beliau mula-mula dimasukkan ke wad, beliau masih boleh bercakap, tersenyum dan ketawa. Dalam hati, doa-doa dipanjatkan agar beliau semakin cepat sembuh. Lawatan kedua menyaksikan nenda terlantar di rumah. Makcik telah membelikan katil khas untuk beliau. Lengan beliau sudah ...

Fasa ke III Ramadhan

22 Ramadhan 1430 Sedar tak sedar rupanya penulis sudah masuk ke fasa III Ramadhan ..Fasa yang menjanjikan pembebasan dari Api neraka yang membakar ...Fasa yang terkandung di dalamnya malam anugerah gemilang seribu bulan ... adakah nama penulis tercatat dalam senarai penerima anugerah berprestij tersebut? Adakah nama penulis tersenarai dalam 'list' manusia yang bakal dibebaskan dari neraka? Ini adalah petikan dari e-mail yg diterima PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI: I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN; III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHA...

Dynamic development

4-6 September 2009 .. Di Savannah Hil JB .. Sekali lagi penulis dijemput dan diprogramkan selaku fasilator bagi program ini, Alhamdulillah. Perjalanan bermula dari rumah sekitar jam 10.00 pagi menuju ke HQ untuk menumpang seorang sahabat lama,juga mentor serta manusia yang bertanggungjawab sepenuhnya mengheret aku ke dunia fasilitator ini .. Kami solat Jumaat di Masjid dalam daerah Kulai Jaya. Masjidnya agak besar dan memanjang. Oleh kerana azan kedua sedang berkumandang, maka perut masjid sudah dipenuhi oleh manusia sehingga melimpah ke tangga. Malang sekali kerana tatkala mencari air dan beratur untuk giliran wudhuk, air seperti tiada yang keluar dari paip lokasi wudhuk. Maka mencarilah kami di persekitaran. Mujurlah, tandas ada air... Dan suara khatib adalah bagus dengan nada yang cukup bersemangat dengan membacakan isi khutbah yang berkisar mengenai nuzul al quran.. Tatkala iqamah, dan mengambil tempat sebelum takbiratul ula sang Imam, penulis sempat menoleh kebelakang...

Fasa ke II Ramadhan

13 Ramadhan 1430 .. Sekarang telah masuk fasa ke II Ramadhan , dimana menurut sebuah hadis yang masyhur,merupakan fasa keampunan selepas merentasi fasa rahmat selama 10 hari .. Persoalannya, apakah kita berjaya dalam ujian di dalam fasa rahmat tersebut? Adakah kita telah berjaya menaik taraf kualiti puasa kita dalam fasa tersebut sehingga meningkat ke maqam sekurang-kurangnya khusus? Beberapa PC di opis sudah memulakan kempen hari raya dengan mengumandangkan lagu-lagu tersebut ... Bagi penulis, hjebahan lagu-lagu tersebut tatkala kita sedang mula merangkak di fasa II dua amat kurang sesuai untuk diperdengarkan. Penulis kerap juga mengkritik golongan ini, namun ada juga jawapan yang paling menarik untuk dikongsi, "Nko tak nak raya ke?" hehe.. Mungkin adat Melayu telah diterapkan sejak kecil bahawa puasa itu adalah kerana untuk berhari raya. Maka tidak boleh berhari raya bagi mereka yang tidak berpuasa? Tapi ramai juga yang terlebih berhari raya daripada orang yang puasa. Lebih...

Ramadhan datang lagi

1 Ramadhan 1430 .. Akhirnya .. syukur alhamdulilah Allah masih lagi memberikan kita kesempatan untuk sekali lagi menyambut kehadiran Ramadhan ..bulan penuh keberkatan dan maghfirah .. Hati agak terusik dengan lagu Ramadhan 2 zaman yang sering berkumandang di radio IKIM sejak hari-hari terakhir Syaaban .. Entah bila kita akan mula memperkasakan lagi diri untuk meningkatkan tahap puasa kita .. Bukankah Al Ghazali telah menyatakan bahawa puasa manusia itu terbahagi tiga .. Puasa orang awam yang hanya menahan lapar dan dahaga, serta menahan dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa namun masih terjebak dengan dosa-dosa mata, lidah, telinga dan sebagainya .. Inilah puasa yang disifatkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud, " Berapa ramai manusia yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa2 dari puasanya melainkan lapar dan dahaga.." Puasa org khusus yang berpuasa dengan menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dan juga menahan anggota2 lain dari melakuka...