Catatan

Hijrah Ramadhan?

Pagi ini agak hangat dengan kisah pindah. Di rawikan dari bilik bos bahawa perpindahan yang dijadualkan pada minggu hadapan ditangguhkan lagi. Maka timbullah pelbagai pandangan dan reaksi negatif dan positif. Bagi yang telah tenggelam dalam keghairahan dan birahi untuk pindah, angin juga datang menyapa. Tanpa disedari terpacul juga perkataan-perkataan yang boleh memanaskan telinga bagi yang hinggap di telinga nipis itu (tapi tiadalah perkataan itu berbentuk rafas, caci carut dan sebagainya. Penulis berangapan bahawa jadual perpindahan ke pejabat baru masih jauh lagi. Silap2 selepas eid ataupun selepas kemasukan pelajar baru. Namun itu semua terserah kepada kebijaksanaan pihak pentadbir. Penulis bukanlah duduk di unit pentadbiran am pejabat. Jadi tiadalah pandangan dan pendapat penulis yang diperlukan oleh mereka. Penulis hanya diamanahkan bagi menjaga unit akademik, yang dilihat sebagai unit utama atau 'core bussines' di fakulti. Jadi biarlah urusan pindah ini diserahka...

Ramadhan hanya batu loncatan untuk berhari raya sahaja?

Ramadhan ke 7 tiba dengan dendangan kepanasan yang agak membakar bumi Kluang...Gotham City jika bersandarkan kepada dalil dari filem Batman. Penulis bergerak ke Kluang Mall, pasaraya terbesar setakat ini di Gotham City, beberapa saat sebelum Asr. Apa yang sememangnya kurang menarik di situ ialah pasaraya hebat telah mengumandangkan lagu-lagu sambutan eid walhal ianya masih jauh lagi dan bagi muslimin yang sangat mendambakan kehadiran Ramadan amat berharap agar sepanjang tahun ialah Ramadhan kerana segala ketaatan diterima, segala doa dikabulkan, segala amalan baik dilipat gandakan, pintu-pintu syurga terbuka dengan luasnya manakala pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, bahkan syaitan dipenjarakan di dalam lautan. Namun keanehan dan kelucuan sikap sesetengah penjual, khususnya yang seagama dan sama berpuasa dengan kita amat menyedihkan dengan memperdengarkan lagu-lagi eid dendangan para artis lama dan juga baru. Jika sekiranya pemilik perniagaan dari kalangan non muslim yan...

Ramadhan ke empat

Imej
Bahang untuk berpindah pejabat sudah mula terasa apabila masuk sahaja ke pejabat pagi tadi telah tersusun beberapa kotak kosong, khusus untuk mengisi barang pejabat. Kotak-kotak ajaib yang dinantikan sejak sekian lama ini akhirnya muncul jua di Ramadhan ke empat yang sangat mulia ini. Maka ini menandakan tibanya sudah masa untuk mengemas segala khazanah yang ada di sekitar untuk dimasukkan ke dalam kotak dan seterusnya dibawa ke bangunan baru di kampus induk... Cuaca Ramadhan ke empat mendung bersulam hujan sekejap-sekejap. Berbeza dengan cuaca di awal dan hari kedua Ramadhan yang begitu panas dan menyengat. Keadaan di pejabat penulis agak kurang teratur dek kerana kebanyakan di bahagian penulis telah mula ghairah dengan kedatangan sang kotak. Taraweeh di qaryah penulis sangat kurang berbanding malam-malam sebelumnya. Bagaikan satu kejutan yang hampir sama dengan kejatuhan saham di bursa-bursa saham antarabangsa dan juga kebangsaan kerana pengaruh kejatuhan saham USA. Oh..takkan keiman...

Ramadhan ke tiga

Ramadhan ketiga memperlihatkan tubuh badan penulis menjadi seperti kurang bertenaga, sedikit sakit dan lemah..nak kata demam tak juga...Ujian Allah sama ada untuk menghapuskan dosa yang dah menghitamkan buku catatan, ataupun untuk meningkatkan darjat...Moga2 Allah mengampuni segala dosa .. Kejadian mengantuk yang semakin menjadi-jadi menyerang penulis. Tak tahulah mengapa boleh terjadi demikian. Harapnya dengan izin dariNya jua kejadian ini akan berakhir dengan cepat agar penulis dapat menumpukan perhatian terhadap kerja. Jam 16.30 telah bergerak pulang singgah di Pt Sonto menemui waktu Asr. Imam di situ sememangnya laju.. Di bazaar Ramadhan akhirnya dan seterusnya berbuka....

Ramadhan ke dua

Ramadhan kedua merupakan hari pertama penulis ke pejabat. Bagi isteri pula, cutinya dipanjangkan sehingga ke 3 Ramadhan. Sebagaimana biasa di pejabat selalunya banyak dugaan dan ujian yang berlaku untuk mengganggu gugah amalan puasa kita. Ujian ini mungkin datangnya dari sahabat-sahabat sekeliling sama ada dalam bentuk tarikan untuk berbicara perkara yang lagha, atau tarikan untuk makan daging saudara sendiri, ataupun tarikan mata dari segi pakaian-pakaian yang menakjubkan hati sang lelaki... Juga di pejabat kita akan menemui golongan yang membuka radio online..jika IKIM FM buleh le tahan lagi. Tapi kalau buka siaran lain yang 99% mengarut dan merepek serta ditambah dengan lagu2 lagha, pemujaan terhadap kaum berlainan jantina dan sebagainya, bagaimana kita hendak menjaga dan mengawal amalan puasa kita? Kita juga kadangkala diuji dengan perkara-perkara yang mampu menaikkan darah. Hanya bersabar sahaja yang mampu dilakukan. Bukankah Nabi SAW pernah mengajarkan apabila kamu diajak berteka...

Al Mahdi akan muncul pada tahun ini?

Ini adalah berita yang disampaikan oleh salah seorang kenalan di organisasi penulis. Beliau betul beriya-iya mengatakan bahawa Al Mahdi akan mengisytiharkan dirinya pada musim haji tahun ini sewaktu wukuf yang dikatakan bertepatan dengan hari jumaat yang dipanggil Haji Akbar... Tatkala Al Mahdi bertakbir pada takbir baginda yang pertama, segala peralatan canggih di dunia akan berhenti berfungsi dan manusia akan kembali ke tamadun asal tanpa elektrik, tanpa wayar tanpa kecanggihan teknologi... Walaupun begitu, 90 hari sebelum kebangkitannya, akan berlaku peperangan besar Armageddon .. dan petanda awalnya akan kelihatan pada 6 Ramadhan ini.. Malaysia meskipun tidak terlibat secara langsung dengan peperangan itu mungkin akan menghadapi kesan dari segi ekonomi ataupun sosial... Walau bagaimanapun, mengikut kiraan hisab, 9 zulhijjah 1432 jatuh pada hari Sabtu bukan Jumaat. Wallahu alam.

Ramadhan pertama

Bagi negeri Johor, 1 Ramadhan merupakan hari kelepasan am, yang bermakna staf awam akan menikmati cuti untuk menempuh hari pertama Ramadhan. Sememangnya cuti ini perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh keazaman kita mengharungi Ramadhan pada hari-hari seterusnya. Ramadhan yang mengandungi seribu macam ganjaran dan tawaran dari pemilikNya. Kita sememangnya mempunyai peluang yang sama dengan generasi awal Islam. Cuma persoalannya ialah adakah kita mahu bersungguh-sungguh mengecap dan menikmati setiap saat keindahan di madrasah ini atau kita hanya membiarkan setiap detik berlalu dengan berbual kosong, menonton siaran televisyen yang besifat lagha, chatting di internet, lebih-lebih lagi melibatkan pasangan chatting berlainan jantina dan sudah barang pasti bukan mahram, bermain game, mendengar lagu-lagu cinta dan pemujaan wanita ataupun hero atau sebarang aktiviti lagha yang merugikan. Mungkin bagi sesetengah pihak, dengan menghabiskan masa sebegini, tiba-tiba ahh..dah masuk waktu...tanpa seda...