Catatan

Berhati-hati..jangan jadi agen mereka secara percuma

Imej
Kita biasa dan suka memakai t shirt kerana ianya ringkas dan sesuai untuk keadaan iklim di negara ini. Lebih-lebih lagi kalau material dari bahan yang tidak panas serta sangat selesa, lebih-lebih lagi kalau diperolehi secara percuma pula, serta melambangkan atau mengingatkan kita pada sesuatu. Kita biasa melihat orang kita memakai t shirt kosong ataupun bergambar. kadang-kadang mereka memakai t shirt yang bergambar dengan seorang lelaki memakai baret atau che guevara - pejuang revolusi sosialis di Amerika Latin. Tidak pula diketahui adakah sang pemakai itu benar-benar kenal dengan watak yang diiklankan secara percuma itu atau tidak. Beberapa waktu sebelum ini ada sebahagian anak muda kita dengan beraninya memakai t shirt dengan gambar Ben Laden, lelaki yang paling dikehendaki oleh USA serta sekutu-sekutunya. Tatkala itu Ben Laden dianggap dan dijulang selaku hero bawah tanah yang membawa mesej Islam Radikal. Anak-anak muda ini yang mungkin dipengaruhi oleh anasir semangat Islam hasil 9...

Hamba Allah : Benarkah begitu?

Imej
Berpagi-pagi kita menyapa sahabat sekerja, dimana nak makan sarapan pagi ni? Jarang pula kita bertanya, dah juz berapa al quran kau baca hari ni? Ketika sarapan kita sibuk berbicara hal-hal dunia, hal kenaikan gaji, hal pembelian dan pembesaran rumah sementara kita yang berhutang dengan bank riba, hal ehwal orang lain yang sepejabat dengan kita yang selalu saja menyebabkan kita berbulu bila melihatnya, hal geopolitik negara dan sebagainya, hal ehwal kereta dan pembeliannya, hingga kita terlupa bertanya dan bercerita hal-ehwal iman dan amalan kita, subuh kita pagi tadi dimana di masjid ke di rumah, kalau di rumah sempat berjamaah ke solat sendirian berhad jek..? Di pejabat, dihadapan meja kerja kita, kita diasyikkan pula dengan penerokaan alam maya yang hanya dengan hujung jari sahaja kita sudah tahu hal ehwal yang berlaku di Putrajaya, Petrajaya bahkan di hujung dunia. Sekali klik pada button mouse, kita sudah berada di hadapan pintu rumah Presiden USA. Klik sekali lagi, kita sudah ber...

5 S kau datang lagi...

Imej
Di suatu petang yang agak panas, dalam sebuah pejabat berhawa dingin 20 darjah celcius. Beberapa orang staf sedang sibuk menyediakan persiapan pejabat berupa kosmetik garapan sendiri atas persetujuan penyelia mereka demi untuk menyambut ketibaan delegasi juruaudit 5S yang bakal menziarah. Kak Sya , "Nko tau ke 5S tu apa kak?" Kak Syu , "Ntah...aku pun tak ingat. Yang aku tau, tiap tahun dia orang datang nak audit. Tapi ntah la kan...pejabat kita ni tak pernah kenal erti menang.." Kak Sya "Nak menang macam mana kak..kita ni kalau nak musim audit jek baru nak bersiap. Sepanjang tahun tak pernah nak maintain..." Kak Syu , Huh...itulah pasal...penat aku memasang benda-benda alah ni tau... Bang Tun , "Ehem...sibuk nampaknya akak-akak kita ni...Buat apa tu?" Kak Syu , "Aih...boleh bertanya la pulak...Kan ke persiapan untuk 5S...Cik abang tu jangan le nak bertanya je..tolong-tolong le kami ni " Bang Tun , "Hah...5S? Bila tu?" Kak Sy...

Takbir Hari Raya dari Masjidil Haram

Imej
Begitu bersemangat sekali takbir orang-orang di Makkah...Negeri kelahiran Islam..negeri yang pernah diturunkan Allah wahyu kepada penduduknya...negeri yang menjadi kerinduan semua kaum muslimin dan muslimat di serata dunia... Berbeza dengan takbir kita di Malaysia...yang penuh mendayu..menyayat hati..akhirnya menangis yang mendengar ataupun yang bertakbir..tapi tangisan itu bukan kerana terkenang kebesaran Tuhan.apalagi kerana terkenangkan dosa-dosa silam..tangisan kerana mendegar takbir di kalangan bangsa Melayu-Islam pabila takbir bergema adalah kerana salah satu ataupun kombinasi dari beberapa perkara berikut : 1. Sedih kerana terpaksa bertugas di pagi hari raya 2. Sedih kerana tidak dapat pulang berhari raya ke kampung halaman 3. Sedih teringatkan ayah dan bonda yang telah pergi buat selama-lamanya 4. sedih terkenangkan kekeasih lama 5. Sedih terkenangkan kisah-kisah lama.. Alangkah sayunya...alangkah sedihnya...Tapi sayangnya tangisan dan air mata yang keluar atas sebab musabab di...

Kita dan punch card

Imej
Setiap pagi..penulis dan rakan2 lain yang bekerja makan gaji ini akan memandu kenderaan sama ada kecil atau besar, kereta atau motosikal, dengan keluar lebih awal, atau memecut laju kerana lewat, hanya semata-mata untuk mengejar punch card agar dapat di ketik sebelum jam 8.00 pagi!! Selepas berjaya mengetik, walaupun hanya pada waktu 8:00:59 .. ianya sangat bermakna kerana ianya tidak akan membuatkan kad kita menjadi bertukar warna jika sekiranya mengalami kelewatan melebihi tiga kali dalam sebulan. Tetapi walaupun kita berjaya mengatasi masa itu, adalah menjadi sesuatu yang sebenarnya kurang sihat apabila kita masih belum berada di hadapan meja kita pada waktu tersebut. Menurut salah seorang daripada ketua jabatan penulis, jam 8.00 pagi sebenarnya ialah waktu dimana staf sudah berada di meja kerjanya, bukan masih berada di hadapan punch card. Ertinya, jika kita berjaya merentas masa dan mengetik sebelum jam 8.01 sekalipun, kita masih dianggap sebagai pekerja yang kurang cemerlang, da...

Sembang-sembang masa konvo...

Imej
Di suatu petang nan indah. Sedang menikmati sepinggan nasi arab di cafe, Limin : Aku semalam tak pergi pejabat pun. Bertugas pun tak... Dolmat : Aihh...nko bior betik (baca : betul) Kan semalam dan hari ini diisytiharkan hari bekerja..Walaupun nko tak ada tugasan .. kedatangan adalah WAJIB.. Limin : Eleh...walaupun aku lepak kat rumah. Tapi kalo tengok kedatangan aku..aku datang..Aku minta tolong si Ketol punch kan kad kedatangan aku..huhuhu tak ada sesiapa pun tahulah...(dengan nada megah sambil ketawa dengan suara bongkak) Dolmat : Tapi Allah taala tahu min....Macammana dengan gaji nko yang dibayar pada hari itu? Dahla tu...nak claim cti ganti pulak... Muka limin mula berubah...Nasi yang lazat tadinya dalam kunyahan terasa seperti pasir di tepian pantai... Alah...nko pun sama je la...Bagi mengakhiri perbualan .. Wallahu a'lam

asr yang menggoncang

Asr jumaat 1 zulkaedah 1432 mencatatkan satu lagi lembaran baru untuk bumi wakafan ini kerana untuk pertama kalinya masjid menara sebatang dapat mengumandangkan suara azan dengan megah dan kuat menerpa ke bangunan batu milik organisasi. Suara itu amat menarik perhatian penduduk dan warga organisasi indah ini serta mampu menyeret hati manusia bertaqwa berlumba mengejar jamaah. Suara yang sudah hampir seminggu lamanya dirindui kerna tiada boleh didengari disebabkan oleh masalah teknikal. Ya...suara seruan azan menyambut kedatangan tetamu Asr itu amat menggembirakan hati semua muslimin dan muslimat. Akhirnya masjid sebatang menara ini mampu bersuara kembali. Masjid agung ini telah menemui syiarnya semula. Masjid berkubah hijau kebiruan ini telah mampu bersuara lantang...