Catatan

putrajaya .. i come..

Imej
Jam 4.15 barulah penulis tersedar dari mimpi. Dalam keadaan kelam kabut,mandi dan berpakaian, jam telah melepasi waktu 4.30 pagi...waktu yang dijanjikan untuk berkumpul di lokasi bas. Penulis memecut kenderaan dengan kelajuan 150km. Cuaca hujan renyai waktu sahur. Jalan agak licin. Setelah mendapatkan kepastian daripada salah seorang peserta yang berjaya menunggu sebelum jam 4.30 pagi melalui HP, penulis mula meyakinkan diri untuk meletakkan kenderaan di kawasan rumah kedai, tepi jalan pekan satelit. Berjaya tiba di pekan satelit beberapa minit sebelum jam lima. Bertemu dengan salah seorang peserta yang akan ke lokasi yang sama. Setelah agak lama menanti, terasa sedikit kekesalan kerana membuat keputusan yang salah, meletak kenderaan di kawasan yang agak berisiko. Namun hati cuba dipujuk dan dikuatkan dengan tawakkal kepada Ilahi. Serahkanlah segala-galanya hanya kepadaNya. Bas hanya muncul sekitar jam 5.15 pagi. Sekitar jam 6-15 singgah di R&R untuk solat dan sarapan pagi. Kembali...

Parit jawa oh parit jawa

Penulis diberi peluang sekali lagi dengan izinNya untuk menabur budi dan berkongsi pengalaman di kem parit jawa yang membariskan peserta dari kalangan pelajar pra diploma. Mereka merupakan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM, diterima masuk ke IPTA dengan sedikit bayaran sebagai persediaan dan penyediaan mereka untuk melangkah masuk ke menara gading dengan lebih bergaya. Penulis bergerak dari pejabat dengan menaiki van bersama beberapa orang rakan dipandu oleh pegawai sukan dan ditemani oleh isteri beliau dan dua orang fasilitator yang lain. Kami kemudiannnya singgah mengambil kapitan di kediaman beliau dan seterusnya meneruskan perjalanan ke lokasi yang ditentukan. Tatkala tiba, beberapa orang rakan lain telahpun berada di sana lebih awal untuk urusan penerokaan jalan treking. Kawasan latihan kali ini mempunyai kawasan yang tidak terlalu luas. Menjelang jam 12.30, kami bergerak untuk menikmati makan tengahari di asam pedas tepi jeti parit jawa. Kawasan yang sememangnya telah me...

Ziarah malam

Imej
Sekitar jam 10.00 malam Ahad lepas, selepas pulang dari Ulu Tiram, tatkala hendak menjamah hidangan makan malam yang dimasak oleh yang tersayang, kedengaran suara seseorang memberi salam. Lampu di bahagian hadapan telahpun di offkan sebenarnya. Maka penulis bersegera membuka pintu untuk melihat siapa yang datang. Oh, rupanya orang jamaah seramai tiga orang...maka lampu dibuka dan tetamu dipersilakan untuk masuk. Jamaah masuk dan mula bercerita tentang kehidupan keluarga. Makanan disiapkan oleh isteri dan kemudian ceritera bertukar kepada kisah-kisah pengembaraan mereka. Kisah pertama Berkaitan kisah salah seorang jamaah dari Palestin yang mengaku pernah keluar bersama salah seorang mantan menteri kanan singapura. Mereka ini telah masuk ke baitulmaqdis disebabkan adanya hubungan di antara singapura dan israel. Maka dikhabarkan bahawa lelaki ini telah dikasari oleh zionis tatkala berada di al aqsa. Namun, tatkala ia terjatuh dan kad mantan menteri tiba-tiba terkeluar dari saku bajunya da...

rupanya dah lapan tahun..?

Imej
Semasa perjalanan pulang dari kem tiram, menumpang kenderaan haji Z, penulis dan PH mendengar bual bicara antara ayahanda dan haji Z "Rupanya dah lapan tahun program ni berjalan.." "Ye ke.." "Betul....saya mula ikut masa program di tasik mardi. Masa tu dengan kerjasama yayasan. Kem komandan pun dari kalangan mereka. Kemudahan tu tasik tersebut amat-amat daif. Aktiviti malam ialah berjalan di sekitar tasik mencari CP. Siang ada lagi kembara.." Ya..masa itu penulis juga turut hadir sama. Peserta hanya tidur di dalam khemah. Berkongsi bilik air daif secara beramai-ramai. Fasi juga tidak seramai sekarang. Penulis tidak bermalam disitu memandangkan rumah penulis berhampiran sahaja. Masih terkenang kembara yang dilaksanakan pada waktu itu. Merentas anak-anak sungai dan soalan di CP lebih berkisar mengenai pemantapan iman dan juga rukun islam. Beberapa tahun berlalu. Kumpulan ini masih bergerak. Pimpinan kumpulan ini telah bertukar tangan. Beberapa proses perubah...

Jalan-jalan di ulu tiram

Imej
2 Mac 2012 perjalanan untuk menabur budi kali kedua dalam tahun ini selepas menikmati kedinginan hutan di kahang. Kali ini ianya bermula seawal jam 8.00 pagi. Dengan hanya menaiki bas mini yang agak perlahan, kami bergerak dan singgah sarapan di gerai bersebelahan petronas. Kami tiba di kawasan kem sekitar jam 11.00 pagi. Membuat sedikit persiapan, lawatan tapak dan sebagainya.Kelihatan wujud peserta dari kumpulan lain. Bagaimana dua kumpulan boleh melaksanakan aktiviti di lokasi yang sama? Keadaan kem adalah agak kurang kondusif. Suasana kampung yang cuba diwujudkan oleh pemilik agak kurang kemas. Ianya pada pandangan penulis sesuai untuk perkumpulan suluk kaum sufi... Menjelang Jumaat, kami bergerak untuk makan tengahari dan kemudiannya bergerak ke masjid berhampiran. Bangunan masjid mengingatkan kami kepada bumi parit jawa yang pernah dilaksanakan program beberapa bulan sebelum ini. Sekitar jam 3.00 peserta tiba di kawasan tapak. Taklimat ayahanda memakan masa sekitar 30 minit. Kemu...

maulid di jalanan

Dan pagi Jumaat 17 Feb sekali lagi majoriti warga organisasi berkumpul di padang kawad nan luas bersebelahan masjid menara nan sebatang atas tujuan atau nawaitu asal untuk meraikan maulid rasul. Masing-masing berbaris mengikut jabatan masing-masing, memperagakan pakaian beraneka warna dan fesyen, dengan tema penutupan aurat lengkap berpakaian kebangsaan. Lelaki memakai baju melayu pelbagai warna, ada jabatan yang seragam warnanya. Ada juga yang tidak seragam. Masing-masing membawa sepanduk mengenai sambutan maulid ar rasul. Bunga manggar dan bunga telur menjadi penghias dan kosmetik tambahan. Dibawa oleh sang dara jelita. apakah untuk promo ataukah untuk mencarik hati juri? Dimanakah nawaitu sebenar akan sambutan majlis ini? Tidakkah kita sedar bahawa tujuan asal diadakan sambutan ini adalah untuk memperingati ulang tahun kelahiran pembawa obor penerang kehidupan umat? Tidak malukah kita mengaku umat sedangkan kita membuat fiesta atas nama Muhammad Rasulullah SAW yang mempercampur aduk...

Kahang pembuka tirai perjuangan

17 Feb 2012 - untuk pertama kalinya bagi tahun ini, kami dijemput untuk menabur bakti PINTAR di SK Kahang batu 28, yang terletak kira-kira 40 km dari bandar Kluang dan 50km dari bandar Mersing.. Penulis pada pagi hari Jumaat menyertai perarakan maulid peringkat organisasi. Ketika jam 11.30 am, penulis bergerak ke Kluang dan menyelesaikan beberapa urusan. Penulis menunggu ketibaan tuan guru dan PH sekitar jam 3.00 petang. Perjalanan yang agak lancar dengan suasana panas terik akhirnya kami tiba sekitar jam 4.00 petang. Peserta telah menjalani taklimat dan sedang praktis lagu tema program. Menjelang Asr, kami solat bersama peserta dengan imam TG. Usai solat, ice breaking mengambil tempat. Penulis membantu PH untuk membuat penjajaran awal route kembara. Sekitar jam 6, bergerak semula ke dewan aktiviti untuk membuat persiapan bagi dinamika kumpulan menjelang malam nanti. Solat maghrib dimamkan oleh penulis dan tazkirah oleh salah seorang ulama muda yang bertiga. Usai Isya', aktiviti di...