Catatan

parit jawa siri II

6 April 2012 sekali lagi penulis dan rakan-rakan diarahkan untuk bertugas di kem parit jawa, Muar johor. Dengan menaiki kenderaan syarikat, kami bergerak menuju ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi. Udara pagi Jumaat dalam keadaan mendung, kami bergerak membelah pagi yang indah.. Tiba di lokasi sekitar jam 11.00 pagi. Beberapa orang sahabat yang lain sudah berada di lokasi. Kelaparan mula merobek usus saudara PH. Menjelang jam 12.30, hidangan tengahari disuguhkan kepada kami. Menjelang jam 1.15, kami bergerak menuju ke masjid yang sama sebagaimana yang kami singgah dua minggu lepas. Masjid ini rupanya masih aneh. Tanpa suara azan yang dialunkan keluar bangunan. Hanya alunan azan dari dalam sahaja. Mungkin speaker masjid itu masih belum berfungsi sepenuhnya akibat kerosakan belum pulih. Usai solat Jumaat, kami bergerak semula ke kem untuk memulakan aktiviti. Di kem, peserta telah tiba dan peserta perempuan sedang menikmati jamuan tengahari. Acara pertama taklimat kem komandan bermul...

isra

Seketika sebelum pulang ke teratak, satu panggilan hinggap di HP penulis. Panggilan dari isteri di rumah. Meminta tolong untuk mengambil adiknya di KL. Dan penulis tanp[a banyak soal hanya menyetujui permintaan itu. Setelah perundingan dibuat, kami bersetuju untuk mengambil adik ipar di seremban.. Perjalanan bermula sekitar jam 7.00 malam, singgah di rumah mertua dan terus bergerak menuju ke lebuh raya. Singgah mengambil minyak di Shell, sebelum masuk ke lebuhraya. Solat diniatkan untuk takhir. Tiba di jejantas ayer keroh sekitar jam 9.00 malam. Makan di salah sebuah restoran dengan hidangan yang amat menyelerakan dan lazat. Perjalanan diteruskan usai solat jama. Tiba sekitar jam 11.00 malam. Bergerak balik dan tiba di rumah sekitar jam 1.00 pagi.. Alhamdulilla..diizinkanNya untuk bangun pada waktu pagi. Bekerja seperti biasa...

Sakit adalah guru yang terbaik

Satu ketika dalam kerajaan yang besar, terdapat seorang bendahara yang sangat tawadhuk dan kerap kali mengungkai kata-kata segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Pada satu ketika, raja telah berlawan pedang dengan adindanya sebagai salah satu aktiviti riadah di pagi hari. Ketika sedang asyik, tiba-tiba mata pedang adindanya telah melukakan betis raja yang mengakibatkan tusukan dan luka yang agak dalam. Maka acara tersebut dihentikan dan raja kesakitan akibat tusukan itu. Beberapa hari kemudian, sang bendahara telah dipanggil oleh raja yang kesakitan itu, "Pada pandangan beta, nampaknya adinda beta ada berniat untuk memusnahkan beta..lihatlah ini perlakuannya.." Sambil menunjukkan kesan luka yang masih belum sembuh sepenuhnya itu. "Tuanku,..Patik tak berasa sebagaimana itu. Segala sesuatu pasti ada hikmahnya tuanku. Pada pandangan patik, perkara ini tentu ada hikmahnya.." Mendengarkan kata-kata bendahara itu, maka naiklah murka sang raja, lantas segera ...

Machap lagi?

Imej
30 Mac 2012 sekali lagi kami diamanahkan untuk melaksanakan misi di Sek Keb Seri Machap Simpang Renggam. Setahun sebelum ini, kami pernah dijemput ke sana hanya selama dua hari semalam di bawah lembayung yang berbeza tetapi pelakon yang hampir sama. Kali ini kami sekali lagi diminta untuk melakonkan watak-watak manusia semi-sempurna bagi membangunkan perasaan keinsafan dan keajaiban dalam diri pelajar untuk meneruskan perjuangan serta membina sejarah kehidupan yang lebih mengkagumkan. Kami hanya seqadar menjalan tugas para nabi dan petunjuk itu datangnya dari yang Maha Berkuasa... Adalah amat jarang penulis akan ke lokasi kejadian dengan berkenderaan sendiri dan berseorangan. Tetapi dek kerana lokasi yang agak hampir dan adalah lebih baik sekiranya berkenderaan sendiri memandangkan jika berkenderaan organisasi akan menjadi lebih jauh dari kadar biasa, maka penulis akur untuk bergerak dengan kenderaan sendiri. Perjalan bermula hanya se awal jam 11 pagi dari kediaman penulis menuju ke Ai...

kelas VI

Imej
Kelas petang yang agak redup ini berjalan seperti biasa. Kehadiran juga seperti biasa. Tetapi kali ini nampaknya mereka datang agak awal daripada biasa. Lebih awal daripada minggu sebelumnya. Perbicaraan pada petang ini berkisar mengenai masalah muwafiq dan masbuq manakala maudu' perbincangan adalah dalam ruang lingkup falsafah fiqh imam asy syafie, pendiri dan pengasas mazhab yang dianuti oleh kebanyakan muslim di sekitar asia tenggara. Kitab yang dirujuk ialah kitab karangan wahbah az zuhaili, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh pihak YAPIM. Dek kerana peralatan maha cangih di bilik kuliah ROSAK dan GAGAL untuk digunakan, maka penulis menggunakan kaedah lama, iaitu membaca kitab sebutir demi sebutir. Berdasarkan kepada bentuk-bentuk pertanyaan yang cuba ditimbulkan oleh pelajar boleh dikatakan bahawa mereka memahami topik yang cuba disampaikan. Topik kedua berkisar mengenai pakaian dan apakah pakaian yang sesuai apabila seseorang itu mengerjakan solat dan juga a...

Kuliah Maghrib di Jame' Kg Melayu

Imej
Kuliah maghrib malam 25 Mac 2012 berkisar mengenai tajuk keimanan kepada para malaikat. Sebelum itu, muallim memberikan secebis maklumat berkaitan kekhusyukan solat. Solat itu boleh dicapai khusyuknya apabila mematuhi beebrapa perkara sebagaimana kata syekh abdul samad al palimbani di dalam kitab siarus salikin yang mana ianya diceduk daripada kitab ihya' ulumuddin karangan hujjatul islam, al ghazali, iaitu: 1. Memahami bacaan dalam solat; 2. Menghina diri di hadapan Allah; 3. Membesarkan Allah Taala lebih dari segala-galanya; 4. Raja' mengharap agar diterima oleh Allah akan solat itu; 5. Khauf - takut kalau-kalau solat itu ditolak olehNya - maka bagaimana dan apa lagi amal yang boleh digantikan dengannya? Menurut syekh al palimbani lagi, rukun solat itu terbahagi kepada tiga iaitu 1. Rukun qauli - bacaan-bacaan di dalam solat; 2. Rukun Fe'li - perbuatan-perbuatan semasa solat; 3. Rukun qalbi - perbuatan hati, iaitu khusyu' Diantara perkara-perkara makruh di dalam s...

Kelas Kokurikulum V

Kelas yang kelima, penulis tiba sekitar jam 5.05. Tatkala itu hanya ada lima orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas. Hujan sedang turun dengan agak lebat di luar sana. Sementara menantikan kehadiran yang lain, penulis memasang peralatan mengajar. Masa terus berlalu. Kumpulan yang hadir mula bertambah sedikit demi sedikit. Alasan mereka ialah hujan lebat membuatkan pergerakan terbatas. Penulis memulakan kelas dengan pembentangan kertas kerja projek oleh pengarah program dan diikuti oleh perbincangan berkaitan solat-solat sunat yang disunatkan berjamaah serta kelebihan solat berjamaah manakala kumpulan kedua membincangkan tatacara imam dan makmum dalam solat berjamaah. Hasil perbincangan membuahkan hasil dimana kumpulan pertama dilihat mempertahankan kesunahan (pen:)solat sunat hajat secara berjamaah manakala kumpulan kedua cuba untuk membantah solat hajat secara berjamaah. Alasan kumpulan kedua, solat sunat hajat secara berjamaah tidak mampu untuk menyatukan niat para pesertany...