Catatan

Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari

Imej
حَدَّثَنَا ابْنُ بُرَيْدَةَ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ شَرَاحِيلَ الشَّعْبِيُّ شَعْبُ هَمْدَانَ أَنَّهُ سَأَلَ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ أُخْتَ الضَّحَّاكِ بْنِ قَيْسٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ فَقَالَ   حَدِّثِينِي حَدِيثًا سَمِعْتِيهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُسْنِدِيهِ إِلَى أَحَدٍ غَيْرِهِ فَقَالَتْ لَئِنْ شِئْتَ لَأَفْعَلَنَّ فَقَالَ لَهَا أَجَلْ حَدِّثِينِي فَقَالَتْ نَكَحْتُ ابْنَ الْمُغِيرَةِ وَهُوَ مِنْ خِيَارِ شَبَابِ قُرَيْشٍ يَوْمَئِذٍ فَأُصِيبَ فِي أَوَّلِ الْجِهَادِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا تَأَيَّمْتُ خَطَبَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَطَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَوْلَاهُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَكُنْتُ قَدْ حُدِّثْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ أُسَامَةَ فَلَمَّا كَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَ...

Kelas 9

Minggu ini merupakan kelas ke sembilan. Perbincangan awal berkisar mengenai program yang bakal dilaksanakan di Kluang. Sebelum itu menyelesaikan ujian azan. Ternyata terdapat bakat-bakat muazzin terpendam di dalam dada anak-anak muda ini. Penulis menegaskan bahawa program kerja luar yang dibentuk oleh pihak ko kurikulum ini bukanlah program biasa, Ianya dinilai dan mengandungi 30% markah. Penilaian dibuat berdasarkan kepada team work, salah sati elemen utama dalam pembentukan kemahiran Insaniah yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan program ko kurikulum. Sekiranya segala benda perlu disuap kemulut, maka hilang wacana KI yang dicanang-canangkan oleh semua pihak yang terlibat dalam pembentukan kursus-kursus ko kurikulum. Perbincangan utama pada minggu ini ialah topik berkaitan aktiviti masjid. Maka penulis membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan yang membincangkan mengenai aktivit yang perlu diwujudkan, kaedah menarik orang hadir juga perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Dia...

Kisah Ar Ma Gaddon

Imej
Dinyatakan dalam kuliah radio IKIM.FM  sekitar jam 7.30 pagi tadi, bahawa di wilayah zionis kini (Armageddon) pernah berlaku peristiwa besar yang telah dirakamkan dalam Al Quran yang melibatkan kuasa hitam dan kuasa putih. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: ...

kelas lapan

Imej
Kelas pertama selepas cuti seminggu mempamerkan beberapa orang pelajar yang tidak hadir. Perbincangan awal kali ini ialah berkaitan kertas kerja kerja luar yang gagal untuk diluluskan. Lokasi dan tarikh terpaksa ditukar serta merta. Persetujuan awal ialah di surau berhampiran kediaman penulis. Seterusnya kelas pada petang ini membincangkan mengenai khutbah Jumaat dan solat Jumaat. Perbincangan dibuat secara santai dengan berpandukan kepada kitab Muta'al Badrain karangan Syekh Daud Fatoni.

kelas VII

Kelas terakhir sebelum pelajar bercuti selama seminggu. Kelas kali ini membincangkan mengenai fungsi dan kelebihan masjid. Sebagaimana biasa, kumpulan dibahagikan kepada dua dan sebelum itu ujian azan diadakan. Pembentangan oleh kedua-dua kumpulan adalah seperti biasa sahaja. Namun yang menariknya apabila diminta pandangan bagaimana hendak memakmurkan semula masjid dan surau yang semakin hari semakin kosong dan tidak bermaya, seseorang mencadangkan agar ditukar kerajaan yang ada dan ini dipersetujui oleh majoriti ahli kelas. Penulis cuba merasionalkan pandangan mereka dengan berhujjah bahawa adakah kita ini terpaksa menunggu sehingga lima tahun baru hendak bergerak hanya dengan menukar kerajaan melalui kertas undi sedangkan ruang masa yang diberikan Allah untuk kita melaksanakan kerja-kerja dakwah ini terbentang luas dalam masa lima tahun. Ini bermakna mengikut pandangan tersebut, maka selama lima tahun kita hanya membiarakan sahaja masjid menjadi kosong, manusia menjadi semakin lia...

Malam Jumaat yang damai

Imej
Malam jumaat yang sangat damai berlangsung sejak menjelang Asr lagi..Bahkan sebenarnya lebih awal lagi. Langit yang selalunya membiarkan mentari menyinar garang dan terik menembusi bumi dan membakar kulit kelihatan tertutup rapat seolah-olah enggan memberikan walau sejalur ruang cahaya menembusinya untuk mengintai bumi...Suasana redup, nyaman, tanpa hujan .. Apakah sebenarnya yang berlaku..? Menjelang Asr, masjid mula dipenuhi dengan pelbagai jamaah dari pelbagai ceruk rantau. Mereka datang dengan wajah suci penuh keikhlasan...Ingin bersua muka dengan lelaki berjanggut perang dari susur jalur keturunan Rasulullah SAW.. Penulis pulang dahulu ke rumah untuk mengambil isteri, adik ipar dan anak. Tatkala tiba semula di masjid sekitar jam 8.20 malam, suasana kampus dipenuhi dengan suara bacaan selawat dari corong masjid nan sebatang...Alangkah indah dan hebatnya suasana itu.. Manusia memenuhi ruang solat tingkat atas, bawah dan juga di laman. Ramai juga manusia yang menikmati makanan di...

Berdayung di Sri Dayung

Jumaat 13 April 2012 penulis memulakan musafir lagi menuju ke SK Sri Dayung, Sri Medan Batu Pahat dalam misi yang ke 6 untuk tahun ini. Penulis hanya berdua menumpang kenderaan yang dipandu oleg TG. Bergerak dari ibu pejabat sekitar jam 10.00 pagi dan singgah sebentar di pejabat koko untuk menguruskan kertas kerja berkaitan aktiviti luar yang telah tergendala dek kerana masalah kelulusan. Sekitar jam 10.30, kami bergerak menuju ke destinasi dan singgah sebentar untuk makan di salah sebuah kedai makan. Kemudian melanjutkan perjalanan dan tiba di lokasi sekitar jam 11.30 pagi. Sahabat yang lain tidak kelihatan kerana mereka ada urusan yang perlu diselesaikan. Sekolah yang agak luas dengan sebuah bangunan baru tiga tingkat. Solat Jumaat di masjid yang agak moden bagi sebuah perkampungan yang agak jauh dari kota dilengkapi dengan peralatan multimedia yang canggih mempertontonkan jamaah dengan teks azan dan juga teks khutbah. Walau bagaimanapun suara azan amat perlahan dan seolah-olah k...