Catatan

Pemilihan MPP : Antara tanggungjawab dan perjuangan

Imej
Pemilihan wakil-wakil MPP untuk mengisi kekosongan kerusi bagi dua semester telah berlangsung. Kemenangan beberapa calon juga kekalahan telah diumumkan dengan baik tanpa wujud sebarang anasir kekalutan dan sebagainya yang seboleh-bolehnya akan dielakkan oleh pihak pentadbir institusi. Kadang-kadang kita tertanya-tanya pula..apakah sebenarnya fungsi dan tanggungjawab MPP ini. Adakah seqadar untuk mengisi kekosongan kerusi dengan menabur beberapa janji yang kelihatan tidak munasabah untuk dilaksanakan, Sebagai contoh, tatkala terbaca janji-janji calon di poster-poster yang tergantung di segala ceruk kampus, penulis tersenyum sendiri. Antaranya ialah janji untuk berusaha mewujudkan tempat letak kereta atau motosikal berbumbung...wah banyak betul peruntukan mereka...? Bukankah MPP itu hanya bertugas selaku salah sebuah badan untuk melaksanakan segala aktiviti pelajar..MPP tiada kuasa untuk menentukan segala perkara yang berkaitan dengan dasar dan peraturan sedia ada di institusi... ...

Kelas Kedua

Kelas kedua penulis hadiri agak awal daripada biasa. Terdapat seramai beberapa belas pelajar setia yang hadir awal rupanya. Sayang sekali kerana LCD masih dalam keadaan yang tidak berapa baik. Kelas dimulakan dengan mesyuarat. Pengarah telah membentangkan beberapa cadangan untuk dilaksanakan. Setelah proses pengundian selesai, terdapat dua program yang dirancang akan dilaksanakan. Pergh..dua program? Setelah dibuat perbincangan agak halus, program tersebut digabungkan. Pembentangan berkisar mengenai elemen khidmat masyarakat dan juga carta organisasi... Kumpulan ini kelihatan tidak sedia membuat pembentangan meskipun telah dimaklumkan pada minggu sebelumnya. Mereka beralasan tiada arahan...adakah mereka terkhilaf atau sengaja berlaku kekhilafan...?

kelas pertama

Kelas pertama untuk semester ini telah bermula. Penulis sekali lagi diberi amanah selaku jurulatih untuk kursus khidmat masyarakat, kursus yang ditinggalkan dua semester lepas. Pada semester sebelumnya penulis ditugaskan untuk kursus imam dan muazzin. Hari pertama ialah hari taaruf. Terdapat seramai 33 orang pelajar mengikut senarai dengan seorang tidak dapat hadir. Seperti biasa sesi ice breaking dimulakan dengan nama beserta gaya. Kebanyakan pelajar siswi agak malu-malu dengan mempamerkan gaya yang hampir serupa. Manakala pelajar siswa mempamerkan gaya yang lebih hot. Selepas ice breaking acara pemilihan jk dijalankan. Selepas berjaya melantik pengarah yang menang tanpa bertanding, penulis mengizinkan pemilihan ajk diteruskan oleh pengarah program. Kumpulan ini kelihatan agak agresif kerana dalam pertemuan pertama ini mereka telah berjaya membentuk beberapa biro untuk menjayakan program. Meskipun program masih belum ditentukan, namun biro yang dipanggil unit sudah berjay...

hari raya di organisasi

Hari raya bagi organisasi penulis untuk tahun ini jatuh pada hari Khamis 13 september 2012. Deraian hujan yang agak lebat memulakan sambutan bersama dengan alunan bacaan selawat. Kemudian ialah acara makan dan makan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap jabatan diberi tanggungjawab untuk menyediakan menu. Alunan nyanyian dan tarian adalah acara biasa dan wajib dalam setiap acara sambutan seolah-olah tidak sempurna sesuatu majlis tanpa sentuhan mereka. Entah bila agaknya pihak penganjur akan mengubah konsep sambutan agar lebih diberkati.... Majlis berakhir sebaik masuk waktu zuhur....

marhaban ya marhaban

Imej
Marhaban datang lagi bersempena dengan kehadiran syawal. Pergerakan kumpulan marhaban sememangnya amat masyhur di negeri gerbang selatan ini. Seolah-olah tidak sah sambutan hari raya sekiranya tiada di adakan marhaban masuk kerumah-rumah penduduk sebagai salah satu langkah bagi menziarahi jiran tetangga dan rakan taulan. Pergerakan marhaban biasanya akan berperingkat-peringkat. Mungkin gelombang pertama ialah marhaban rumah ke rumah bagi penduduk qaryah. Ianya mungkin memakan masa sehingga dua minggu untuk enghabiskan ziarah ini. Itupun tidak mampu untuk dilaksanakan ke seluruh rumah ahli qaryah. Ada qaryahahajayang mampu menghabiskan kesemua rumah penduduk dalam masa satu hari sahaja. Meskipun ramai tetapi masa yang diperuntukkan untuk sesebuah rumah adalah kurang dari lima minit. Ini bermakna mereka hanya masuk, membaca selawat dan seterusnya mengumumkan kepada tuan rumah untuk memohon maaf dari kesemua ahli kumpulan. Selalunya acara makan akan dibuat pada rumah yang terakhir denga...

Tandas awam VS tandas masjid

Imej
Topik ini bermain di fikiran penulis sudah agak lama juga. Cuma belum berkesempatan untuk ditulis. ysia. Adakah kebanyakkannya dalam keadaan yang baik atau teruk? Kata ahli bijak pandai jika hendak menilai sifat sebenar seseorang sama ada dia seorang pembersih atau pengotor maka cubalah ditinjau perihal tandasnya sama ada berkeadaan bersih atau kurang. Berlandaskan kepada dalil tersebut, maka cubalah kita tinjau berkaitan tandas di surau dan masjid dalam negara Islam contoh kita Malaysia... Kebanyakan tandas yang penulis temui khususnya di kawasan selatan tanah air berada pada tahap yang sangat menakutkan...Ini bukan tuduhan tetapi pemerhatian dari mata kepala sendiri. Penulis agak terkesan dengan tandas di salah sebuah masjid di negari Hang Tuah yang berada dalam keadaan yang baik dan boleh dipuji semasa lawatan penulis sekitar Hari raya baru-baru ini. Sayangnya penulis tidak sempat pula untuk merakamkan fotonya. Dan sebenarnya hasil lawatan penulis ke tandas mas...

merdeka 55

Imej
Segala puji bagi Allah yang masih mengekalkan nikmat keamanan dan kesejahteraan di mukabumi Malaysia sehingga huruf-huruf ini ditaip keadaan masih biasa dan dianggap selesa serta aman sentosa meskipun jenayah kejam kedengaran semakin menjadi-jadi beserta beberapa siri rompakan namun ianya seqadar secalit lumpur sahaja yang tidak mampu mengotorkan keseluruhan rupa bumi tanah air bertuah ini. Benar jika ditilik secara makro dibandingkan dengan kebanyakkan negara yang dilanda bahana api peperangan seperti Mynmar, selatan Thai, Syria, Iraq dan lain-lain. Juga negara yang kerap dilanda bencana seperti China, Filipina, Indonesia dan lain-lain, ternyata anak tanah merdeka ini sepatutnya menjadi manusia atau hamba yang paling bersyukur.... Namun bagaimana kita ingin menterjemahkan kesyukuran itu? Adakah dengan seqadar melafazkan kalimah syukur sahaja atau kalimah Alhamdulillah sahaja kemudian kita bersama dengan selebriti dan bangsa Malaysia lain berpesta sepanjang malam Jumaat ini? C...