Catatan

Sehari di Batu Pahat

Perayaan dewalee disambut sederhana dan meriah. Penulis menemani isteri untuk program khidmat masyarakat pelajar beliau di Darul Hanan Batu Pahat. Turut serta anak sulung kami. Kami tiba di Darul Hanan sekitar jam 9.45 pagi. Tiga puluh minit kemudian kami bergerak keluar dan singgah di kedai muslimah berhampiran madrasah tahfiz. Pekedai memakai niqab, satu fenomena biasa di kalangan para pencinta agama tetapi dipandang aneh dikalangan yang berpura-pura... Kami kemudiannya beriktikaf di BP Mall bermula waktu zawaal dan berakhir selepas Asr... Menikmati jamuan tengahari di restoran ayam penyet yang menghidangkan menu indonesia serta diserikan dengan lagu-lagu dangdut tahun 80 an. Pekerja adalah pemuda pemudi melayu malaysia. Dipunyai oleh seorang tionghua.. Solat zuhr di surau wujud jamaah...begitu juga waktu Asr. Tatkala diperhatikan terbangun juga beberapa jamaah. Nampak ada perubahan meskipun wujud juga wajah kelihatan wara namun sanggup solat sendirian di belakang saf jamaah....

Semalam di Johor Bahru

Imej
Sekitar jam 8.00 malam penulis sekeluarga bergerak menuju ke Johor Bahru. Dalam keadaan hujan yang seqadar membasahi bumi, kami singgah sebentar di Jame Bandar Kluang. Destinasi kami ialah kampung sanibong terletak di permas jaya Johor bahru. Ini adalah pertama kali kami ke sini. Tempat meletak kereta dikenakan bayaran RM2 sahaja. Manusia sangat ramai disini hinggakan ada yang sudah merungut masih belum mendapat makanan yang dipesan. Kami pergi ke kedai sebelah yang agak kurang pelanggan. Suasana samar seperti mencipta keromantikan. Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus... Hidangan ialah ikan, udang segar dan sotong... Selepas selesai kami bergerak ke pasar karat fitengah-tengah bandaraya. Menjelang jam 1200 tengahmalam, lantunan bunyi mercun menguasai ditengah-tengah bangunan pencakar langit. Ianya berdentum tanpa henti selama satu jam kami disitu. Ianya adalah permulaan sambutan dewalee...Malaysia amat unik kerana ketiga-tiga bangsa utama di d...

Azan. ..antara penanda aras masuk waktu dan memanggil insan ke rumah Allah?

Imej
Laungan azan yang dikumandangkan setiap waktu apabila masuk sahaja waktu solat di kebanyakan menara masjid dan surau di setiap dunia Islam sejak ianya diperkenalkan lebih 1,400 tahun yang lalu sememangnya dikenali ramai oleh semua golongan masyarakat sama ada ia seorang muslim atau non-muslim, dan sama ada ia gembira atau kurang menyukainya. Lafaz azan yang dipopularkan oleh sahabat Bilal b Rabah, bekas hamba berketurunan Habsyi yang kemudiannya telah kedengaran derap kakinya di syurga oleh Junjungan Rasul SAW itu, telah diperintahkan sendiri oleh Junjungan SAW untuk mengumandangkan azan berdasarkan mimpi benar sahabat yang menerima lafaz-lafaz yang dikumandangkan. Abu Dawud menceritakan bahawa Abdullah bin Zaid berkata: " Ketika kaum muslimin bermesyuarat tentang cara bagaimana untuk memanggil orang mendirikan solat, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku telah melihat seorang lelaki sedang membunyikan loceng. Aku dekati orang itu dan aku bertanya kepadanya, apakah t...

Sehari di SK Parit Raja Muar

Imej
Kumpulan Khidmat Masyarakat Seksyen 11 telah memutuskan untuk mengadakan program bagi memenuhi kerja luar selama 14 jam di sekolah kebangsaan Parit Raja Muar. Mereka bercadang untuk melaksanakan program separa motivasi dan juga menghijaukan bumi dengan membuat penanaman beberapa batang pokok kelapa. Pasukan ini telah tiba awal sehari dengan tidur di bangunan sekolah. Persiapan awal perlu dibuat agar program yang telah dirancang benar-benar mantap. Tatkala penulis tiba sewaktu zawaal yang agsk terik, kumpulan ini sedang sibuk melayan pelajar tahun 5 seramai lebih kurang 30 orang ini untuk pembentukan kumpulan. Sewaktu pembentangan dibuat, fasi bertugas berjaya menghidupkan suasana dan ini memberangsangkan peserta untuk melaksanakan pembentangan. Nampaknya grup kami di PI perlu belajar dari kumpulan ini untuk menarik minat khalayak dan tidak membosankan mereka... Ketibaan penulis disambut oleh guru besar. Beliau kelihatan begitu teruja dengan kedatangan pasukan ini dan mencada...

SPM - Kenangan 20 tahun lampau

Imej
Apabila mendengar kisah dan celoteh penyampai radio IKIM tatkala dalam perjalanan menuju ke pejabat sepanjang jalan yang agak basah dibawah perarakan besar awan kelabu pagi tadi, maka kenangan tatkala menjadi calon SPM sekitar tahun 1992 kembali menjelma... Ya 1992 sebaik sahaja cuti sekolah bermula, rakan-rakan junior lain berarak beramai-ramai bersama beg bersaiz besar memuatkan segala khazanah terutamanya kain baju seluar menuju ke pintu pagar sekolah untuk menikmati cuti panjang, kami pelajar senior form five di sekolah berasarama penuh (SBP) hanya mampu melihat dan merenung dan kemudian kami semua bakal menjadi raja di dalam halaman sekolah. Ya  .. untuk menyambut kedatangan musim peperiksaan SPM pelbagai perkara berlaku. Kalau sebelum ini muka sahabat kita ini tidak pernah dikenali oleh bangunan surau, kini setiap waktu dia mula menjadi sahabat akrab kepada permaidani surau. Seolah-olah tidak mahu ia berenggang dengan bangunan yang paling suci di sekolah ini. Ada jug...

Banjir : Antara bala dan manusia...

Imej
"Aku dah duduk Kluang ni sejak darjah enam (umur 12 tahun : Pen) Tapi tak pernah rumah aku kena banjir. Sekarang sejak tahun 2004 banjir selalu. Dulu masa zaman aku sekolah, hujan seminggu turun tak berhenti pun masih tak banjir. Kami boleh tidur dengan tenang dan bahagia...Kini, selepas buat longkang konkrit depan rumah, banjir selalu je berlaku ...walaupun hujan sehari suntuk dengan kadar yang lebat..." Begitu bersemangat sahabat ini berkata suatu ketika di sebuah gerai tatkala sarapan pagi... "Sekarang ni, pantang hujan lebat sikit, hati mula cemas dan risau...takut banjir melanda...Memanglah banjir nya tak seperti tempat lain yang termenung berminggu-minggu. Sehari semalam dah surut dan boleh balik berkemas apa yang patut. Tapi barang-barang rosak, sampah sarap, lumpur dan segala bagai...nak berkemas bukannya mudah.." "Aku tak fikir perkara ni berkait secara langsung dengan fenomena alam. Aku rasa ni semua adalah akibat dari kebejatan tangan-tangan ma...

Eid Adha dan pengorbanan - dengan RM1.00 anda mampu berkorban!

Imej
Aidil Adha muncul semula mengikut aturan giliran yang telah ditetapkan olehNya. Aturan ini tidak pernah berlomba-lomba untuk mendahului antara satu dengan yang lain. Tidak pernah berlaku Eid Fitri didahului oleh Eid Adha sebagaimana siang dan malam yang silih berganti tanpa ada yang tiba-tiba malam mahu terus menutup siang ketika jam pukul 12 tengahari atau tiba-tiba jam 1 pagi di Malaysia mentari terus muncul kerana ingin berlumba dengan malam... Aturan dan perjalanan alam, hari dan waktu yang berlaku mengikut urutan ini adalah merupakan sunnatullah yang amat sempurna. Dan 10 zulhijjah 1433 ditetapkan pada Jumaat 25 oktober 2012. Hari raya eid adha atau dikenali di kalangan masyarakat melayu sebagai hari raya korban - mungkin kerana ibadah korban yang berlaku atau kerana mengenang peristiwa korban Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail, adalah sambutan yang kurang meriah disambut khususnya bagi umat Islam di selatan semenanjung. Dirawikan bahawa sambutan eid adha di kawasan utara d...