Catatan

Teluk Gorek oh Teluk Gorek

Imej
18 Januari 2013 - pergerakan pertama bersama kumpulan ini selepas berehat hampir enam bulan. Kali ini kami ditugaskan untuk menggerakkan program pelajar baru pra diploma. Lokasi yang dijanjikan ialah Telok Gorek. Penulis memulakan musafir dari rumah dengan menumpang van organisasi. Kenderaan tersebut tiba di hadapan rumah penulis sekitar jam 10.15 pagi. Di dalam van putih jenis toyota itu terdapat beberapa orang rakan yang turut serta. Cuaca adalah dalam keadaan yang amat baik. Kenderaan dipandu agak laju. Berbual dengan ayahanda berkaitan pengalaman kehidupan dan juga kisah persatuan serta organisasi. Juga dibangkitkan mengenai program survivor yang sudah dirancang begitu lama tetapi masih gagal untuk direalisasikan. Penulis juga mencadangkan agar diadakan pertemuan yang lebih kerap sesama rakan dan dibuat ala usrah untuk memantapkan dalaman ahli. Kami tiba di pekan Mersing sekitar jam 11 pagi. Cuaca memang baik. Kami singgah sebentar untuk mendapatkan sedikit keperluan diri. ...

Pesta-pestaan di bulan kemuliaan

Imej
Isnin malam tatkala membeli burger di gerai tersohor di kota ini, telinga penulis menangkap bunyi-bunyian pertunjukan pentas mengalunkan lagu-lagu inggeris datangnya dari arah gerai berderet di dataran tepian sungai. Pada awalnya penulis menyangka gerai itu dibina bersempena kedatangan Tahun Baru Cina. Tetapi setelah kedengaran lagu-lagu irama 60an maka yaqinlah bahawa ianya adalah merupakan satu pesta terbuka. Negara baru sahaja 4 hari lepas meraikan sambutan maulid ar rasul di Puterajaya dengan menampilkan ulama tersohor untuk menyampaikan ceramah. Rupa-rupanya sambutan maulid kita hanyalah sebuah retorik!! Kalaupun tidak kerana ianya sudah menjadi amalan sejak zaman - berzaman... Kita semakin gagal untuk memahami apakah falsafah diwujudkan amalan sambutan tersebut. Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu pun sejarah bermulanya sambutan tersebut. Ramai dikalangan kita yang hanya tahu sambutan maulid menguntungkan kerana cuti umum. Bagi yang terpaksa bekerja akan dibayar d...

Maulid Ar Rasul

12 Rabiul Awwal datang lagi. Tarikh rasmi yang diterima di kebayakan negara Islam termasuk Malaysia. Maka sambutan rasmi diadakan  di masjid daerah dan negeri bahkan di peringkat negara. Hari ini seolah-olah umat bangkit dari tidur lena yang panjang. Semua segak berpakaian kebangsaan berarak bersama dalam beberapa jarak dengan sepanduk dan alunan selawat. Perarakan tidak langsung melibatkan percampuran antara jantina. Muslimat telah berkumpul di masjid menantikan muslimin yang berarak datang. Pemimpin dan hamba rakyat datang bersama... Ceramah dan pidato tentang kehebatan rasul SAW diperkatakan oleh penceramah tersohor. Usai ceramah makanan diedarkan. Hampir kesemua pegawai kerajaan hadir ke masjid meskipun sebelum ini tangga masjid pun tidak kenal wajah mereka. Selesai makan dan ketawa mendengar sela seli sang penceramah, semua bergerak pulang. Pabila zuhur menjelang, jemaah yang hadir adalah sama sahaja kuantitinya. Tidak bertambah tapi mungkin semakin berkurang. Masing-m...

Solat Isya di surau suatu kampung

Imej
Hari kedua dari tarikh rasmi keputeraan Junjungan penulis sekeluarga bergerak menuju ke kampung kelahiran arwah ayahanda. Disini masih ada rumah kepunyaan bapa saudara yang masih hidup dibina bersebelahan tapak rumah arwah nenda penulis. Menjelang waktu Isya penulis bergerak keluar mencari surau atau masjid yang berhampiran. Surau yang paling hampir tidak dihiraukan kerana nawaitu asal hendak ke masjid. Di masjid, lampu bangunan itu dihidupkan tetapi tiada seorang jamaah yang hadir. Adalah disyaki mereka menghadiri majlis tahlil di rumah si mati terlebih dahulu kemudian akan kembali semula ke masjid selepas selesai. Penulis bergerak lebih ke hadapan untuk mencari surau dan akhirnya bertemu. Tatkala itu hanya ada dua orang jamaah iaitu imam dan muazzin. Azan sedang dikumandangkan tetapi tanpa pembesar suara.... Kemudian selepas solat sunat bilangan jemaah hanya bertambah seorang lagi iaitu penulis sendiri!! Usai solat bergerak keluar dan memandang sekeliling masih banyak rumah...

Sketsa sarapan pagi

Hari kedua selepas tarikh sambutan rasmi keputeraan Rasulullah SAW, keluar makan pagi di warung antara dua pokok besar yang telah agak lama wujud. Menu utama capati buatan tangan yang panas. Pelanggan agak ramai. Sekitar jam 10.00 pesanan dibuat. Penulis sibuk melayan karenah anak-anak yang asyik berlari kesana-kemari. Air yang dipesan tiba selepas 15 minit. Kemudian, setelah menunggu hampir 45 minit, pesanan masih belum tiba....perasaan amarah mula menyerang! Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk ke kedai lain dengan membayar harga minuman dan sepinggan mee rabus sahaja... Kelemahan yang wujud seumpama ini perlu diambil perhatian serius oleh penggerai. Ianya perlu diperbetulkan dengan kadar sefera sebelum terlambat. Perasaan ego seperti "kalau nak makan tunggu. Kalau nak blah ramai lagi yang akan datang dan sanggup menunggu" tidak boleh terus diamalkan. Lama-kelamaan hanya tinggal gerai pokok, kerusi, meja dan jualan sahaja. Pelanggan lari ke gerai lain...Wallah...

Sukarkah memberi peluang?

Imej
Beberapa hari yang lepas ada di kalangan rakan-rakan penulis yang berpeluang memasuki temuduga untuk jawatan selaku Penolong Pengarah. Difahamkan terdapat dua kekosongan yang wujud. Bilangan pemohon mencecah ribuan angkanya. Namun yang berjaya disaring hanya berbelas sahaja. Calon dalaman tidaklah sampai habis jari-jari kedua tangan untuk mengiranya. Namun yang tidak memiliki segulung kertas bernama ijazah, hanya memiliki helaian kertas peperiksaan khas sahaja tidak mendapat jemputan untuk menyertai sesi temubual yang dibuat. Maka berkokoklah insan yang tidak dijemput ini. Meskipun secara teknikalnya adalah layak, namun kerana gagal melepasi saringan yang direkacipta oleh pembuat dasar, maka terbitlah perasaan kurang senang itu. Kurang lebih dua tahun sebelum itu, sang pemegang helaian kertas peperiksaan khas itu, yang merupakan pemegang tunggal di organisasi tersohor sehingga catatan ini ditaip, turut dipanggil dalam satu temubual eksklusif jam 12 tengah malam. Namun pada ...

Sarapan di warung kerang

Imej
Sarapan pagi ini di warung kerang. Atau sebelum ini dikenali sebagai warung pokok ceri. Bagi penulis warung ini boleh dianggap paling menarik kerana mampu menyediakan makanan panas. Menu di sini kesemuanya digoreng selepas pesanan dibuat. Meskipun jangkamasa menunggu pesanan sampai agak lama namun hasilnya agak lumayan. Di sini, segala tumisan dibuat secara manual tanpa elektrik. Ertinya jika bawang dan lain-lain bahan akan ditumbuk dalam lesung batu. Pelanggan akan dapat mendengar bunyi ketukan lesung batu sambil menikmati suasana kampung yang damai di sini. Harga adalah amat berpatutan...