Catatan

Kelas ketiga

Kelas ketiga berlangsung agak awal. Perbincangan sebagaimana yang telah dinyatakan di awal pertemuan kedua telah disebutkan. Masuk ke kelas, terus bergerak untuk pembahagian topik. Namun sebelum itu, selepas belajar dari kesilapan kelas kedua, dimana perlu diterangkan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugasan, sedikit maklumat dipaparkan di lcd buat tatapan. Kemudian pembahagian kumpulan. Rupanya lokasi pun masih belum mendapat persetujuan ramai. Maknanya proses kali ini kelihatan sedikit gagal. Dek kerana idea awal telah ditetapkan. Mereka menjadi sedikit kabur dan terbiar. Lebih-lebih lagi apabila diprovok oleh penulis. Mereka rupanya mudah terpengaruh dengan idea lain.  Maka terpecah pandangan mereka menjadi tiga. Satu golongan yang nampak mendominasi memberikan cadangan untuk rekreasi di hutan lipur mahupun kawasan gunung. Sekelompok lagi cuba mencadangkan untuk program anak angkat di mana-mana kawasan perkampungan. Hanya segelintir sahaja yang masih tegas dengan cadangan as...

Kelas kedua

Kelas kedua penulis masih di kelas yang sama dan kondisi yang sama tanpa penghawa dingin. Entahkan rosak atau apa... Kelas dimulakan dengan taaruf ringkas bersama ahli kelas yang baru. Kemudian ialah sesi perbincangan di antara kumpulan yang telah dibentuk.  Pembentangan bermula jam 6 petang dan hanya berakhir sekitar jam 6.45 petang. Hampir kesemua kumpulan mempamerkan persembahan yang terpuji. Namun pembahagian tugasan diantara biro kelihatan masih kabur. Masih ada kumpulan yang mempunyai yang berat dan ada pula kumpulan yang kelihatan begitu mudah dan ringan sekali.  Penulis telah melontarkan idea untuk pelajar kali ini melaksanakan program di sekolah yang telah ditetapkan. Ia tidak seperti kumpulan sebelumnya. Penulis ingin mencuba kaedah terbaru. Idea awal dari penulis kemudian dikembangkan dengan inovasi pelajar. Kita tengok dahulu hasilnya. Setakat ini tiada sebarang bantahan yang berlaku...

Jatuh bangun sebuah perjuangan : sukar sangatkah untuk memilih Islam?

Imej
Kadang-kadang terlintas di minda penulis, sukar sangatkah untuk menyampaikan mesej tentang Islam pada hari ini? Walhal kita dikelilingi oleh terlalu banyak medium mudah seperti FB, tweet dan sebagainya. Cubalah sekali-sekala kita berbicara mengenai kebaikan dan keindahan Islam. Mungkin sepanjang hari kita penuhi dengan pelbagai aktiviti yang mungkin sekelumit pun tidak menguntungkan Islam. Bahkan kadang-kadang kita menyatu dengan para pendukung jahiliah untuk meruntuhkan Islam itu sendiri tanpa kita sedari. Sebagai contoh kita terlibat dengan sebuah mesyuarat yang membincangkan mengenai pengisian sebuah program bertaraf kebangsaan. Kita berbincang tentang pengisian. Maka juak yang kurang faham atau kurang mesra dengan syariah, akan menyodorkan pelbagai hidangan multi mesra dosa, seperti nyanyian, konsert, persembahan pentas yang melibatkan secara langsung pergaulan bebas antara dua jantina berbeza yang bukan mahram. Maka apa peranan kita? Adakah hanya menongkat dagu dan terangguk-anggu...

Hadis mengharuskan solat jama tanpa sebab

Imej
Ahmad b Yunos dan 'Aun b Salam memberitahu kepada kami dari Zuhair, Ibn Yunus berkata, "Zuhair memberitakan kepada kami, dari Said bin Jubair, dari Ibn Abbas, ia berkata, "Rasulullah SAW solat zuhur dan Asr bersama-sama di madinah tidak dalam keadaan takut dan tidak dalam safar. Abu zubair berkata, saya bertanya kepada Sa'id, "kenapa beliau melakukan sedemikian?" Ia menjawab, "saya pernah bertanya kepada Ibn Abbas sebagaimana pertanyaan anda padaku, dan ia menjawab, baginda SAW mahu agar umat ini tidak merasa terbeban" Hadis no 1147 kitab sahih muslim

Sukar sangatkah berdakwah?

Imej
Apabila diperlihatkan dengan gambar yang dipaparkan di FB petang tadi meskipun kenyataannya hanyalah ilusi sahaja dan mustahil akan terpapar di mana-mana universiti pun, perlulah difikir-fikirkan. Sampai bilakah kita di menara gading hanya memikirkan kejayaan bersifat duniawi semata tanpa memberikan pemberat terhadap pembangunan akhlak dan sahsiah pelajar yang berteraskan kesucian ajaran agama? Pernahkah sesiapa dikalangan penyelidik yang terpelajar dan berilmu ini membuat penyelidikan ilmiah mengenai perkaitan antara ajaran suci agama dengan kesinambungan pelajaran dan tradisi keilmuan sejagat?

Musafir ke Pulau Pinang

Imej
Sekitar jam 8.30 malam, penulis, orang sebelah nan setia, adik ipar dan puteri sulong bergerak menuju ke perhentian bas bersama bapa dan ibu mertua. Kami tiba sekitar jam 9.00 malam dan bas bergerak meninggalkan bumi kluang sekitar jam 9.15 malam. Pergerakan bas adalah dalam keadaan yang agak selesa. Tidak terlalu terkejar-kejar sebagaimana pengalaman penulis menumpang bas sebelum daripada ini. Tatkala tiba di sekitar kawasan Melaka, bas berhenti di perhentian sementara. Kemudian masuk ke stesen bas seremban untuk mengambil sejumlah penumpang sekitar jam 11.30 malam. Bas kemudiannya masuk ke stesen bas puduraya sekitar jam 1.00 pagi juga untuk mengambil sejumlah penumpang. Penulis yang cuba mendapatkan bekalan air mineral sejak di perhentian pertama lagi masih gagal untuk mendapatkannya. Hanya apabila bas berhenti di salah sebuah stesen minyak berhampiran slim river, barulah hajat meneguk air mineral ditunaikan. Kemudian penulis tertidur dan kerap juga terjaga, lebih-lebih ...

OH CUEPACS...

Imej
KUALA LUMPUR:  Cuepacs telah mengeluarkan senarai enam permintaan utama untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2013 terhadap 1.4 juta penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Omar Osman. "Kami berharap kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan kami. Kami akan berpuas hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan dipenuhi," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Rabu . Enam tuntutan skim baru yang diumumkan termasuklah perumahan mampu milik di kawasan bandar, peningkatan elaun sewa, bonus tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diperolehi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini. Beliau berkata permintaan ini bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs sejak 2010 dan telah mencapai peringkat kritikal. "Perumahan mampu milik di bandar bagi penjawat awam adalah isu yang pal...