Catatan

Lanun Johor : Fenomena atau semboyan

Imej
Sebaik sahaja kebangkitan JDT bermula beberapa tahun yang lepas, gelombang itu diteruskan dengan pelbagai gaya dan kreativiti para pendukung pasukan tersebut. Antara yang paling dilihat dan terpapar kini ialah Lanun Johor yang memakai gelaran singkatan LJ dengan lambang tengkorak. Para pendukung dan pengikut gerakan atau fenomena ini berpendapat ini hanyalah seqadar suka² sahaja tidak lebih dari itu. Ianya bukanlah sebuah gerakan massa yang kukuh dan berorganisasi mantap. Ia dianggap sebagai satu gerakan penyokong kepada JDT itu sendiri. Tiada siapa pula yang tahu siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan fenomena ini. Tetapi bagi pandangan peribadi penulis, ianya kelihatan seolah-olah sebuah gerakan yang bersifat revolusioner. Ya mungkin pandangan ini tampak keterlaluan.  Mungkin secara pandangan jengkel, seolah-olah tampak seperti sebuah gerakan yang berwajah ganas. Bukankah perkataan 'lanun' itu sendiri sudah bercirikan keganasan dan kejahatan yang agak kla...

Rumah terbuka : Selepas perkabungan negara

Imej
Rumah terbuka masih hangat di sana-sini. Khususnya dalam wilayah selatan. Wilayah Lanun......Penulis belum mahu ulas perkara itu... Kalau tidak atas nama rumah terbuka, akan dipakai nama kunjungan marhaban. Bahkan di masjid jame dalam salah sebuah kampung, dinyatakan majlis marhaban sekampung pada 30 syawal. Mungkin manusia memakai alasan untuk mengeratkan silaturrahim dengan menjemput hadirin datang. Al maklumlah kalau tidak dijemput, sama ada melalui wassap, surat pekeliling, e-mail dan sebagainya, manusia jenuh nak mari kerumah. Orang moden kehidupan disibukkan dengan kepelbagaian. Tanpa undangan, boleh jadi terlupa untuk berkunjungan. Dengan mengadakan rumah terbuka, semua bangsa boleh hadir. Semangat 1 malaysia memuncak semula. Katalah sebuah pejabat yang ada kakitangan 15 orang. Apabila buat acara seumpama ini, hadirin akan jadi berganda-ganda. Bukan hanya 15 bahkan akan menjadi 40 ke 50 orang... Maka pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan. Ada rumah mamp...

Bermusafir ke tengah lautan

Imej
Sekitar jam 9.00 malam penulis bergerak memulakan musafir dengan bas merah diiringi lambaian isteri dan anak-anak. Musafir menuju ke daratan di tengah lautan. Musafir ini mungkin sangat berbeza dengan musafir biasa. Musafir yang diiringi dengan keberkatan, Insya Allah. Lokasi persinggahan pertama ialah stesen bas seremban. Di dalam bas, yang paling ketara ialah perbualan paling kuat di antara seorang abang duda dan akak janda yang menurut perbualan itu, merupakan sahabat lama yang sudah dua tahun tidak bertemu. Selepas melepasi stesen bas seremban sekitar jam 12 mlm,  kesesakan laluan menuju ke ibukota. Selepas tertidur dan membiarkan sahaja sang pemandu untuk meneruskan perjalanan, akhirnya tiba di puduraya sekitar jam 1 pagi. Bas meneruskan perjalanan dan berhenti lagi di beberapa stesen. Kali akhir, ialah sebelum melalui jambatan pulau pinang. Kami merentasi selat yang memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau mutiara beberapa minit sebelum fajar sadiq. Se...

Zionis ketawa : kita tersedu : McD pula?

Imej
Tatkala gerakan ketenteraan ke atas Gaza semakin ditingkatkan dan bilangan korban semakin bertambah, negara² di sekeliling Gaza yang mengaku Islam dan bernaung di bawah lengan OIC, Liga Arab dan apa sahaja nama yang diberikan hanya tahu memberikan kata² semangat dan janji, namun amat jauh dari bantuan ketenteraan yang amat diharapkan. Kalaulah Umar masih hidup, nescaya beliau akan menggerakkan ketenteraan dan mengumpulkan manusia di seluruh pelosok jajahan Islam bagi memerangi zionis yang berselindung di bawah Israel.. Kalaulah sultan Salahuddin masih bernafas, nescaya beliau juga akan turut menyertai tentera menyerang Tel Aviv dan seluruh negara haram itu...bukankah beliau pernah berazam untuk memerangi orang kafir sehingga mereka semua terhapus dari muka bumi ini kerna kebanayakn kerosakan, kejahatan dan sebagainya muncul dari mereka? Pemimpin negara islam hanya tunduk dan terdiam, dan mungkin sahaja menangis kerana tidak berkeupayaan untuk menggerakkan walau seorang pun...

Tragedi akhir Ramadhan

Imej
Bunyinya agak sadis...seusia iftaar tatkala berkejaran ke surau berhampiran, nah rupanya tiada jamaah lagi, walhal bintang-bintang telah mula muncul..Apabila masuk ke dalam perut surau, rupanya masih terpaksa menunggu. Surau milik siapakah ini? Apakah surau milik pengikut syiah yang hanya iftaar sebaik terbit bintang di langit kelam? Lima belas minit berlalu, baru muncul imam tua menunggang motosikal tua yang menderum bunyinya. Maka solat pun segera diiqamahkan... Kemudian, sebaik salam selesai disampaikan, imam tua mula bertakbir eid fitri...apakah pengumuman mengenai pengisytiharan rasmi eid telah dibuat seawal ini? Adakah imam telah ternampak hilal syawal? - Jika benar, ia perlu segera menghubungi tuan kadi daerah... Jika kedua² tidak, dari mana datangnya fikiran sang imam untuk memulakan takbir eid? Apa akan berlaku jika pengisytiharan yang dibuat kelak menghasilkan tarikh yang bukan esok? Pentadbir agama daerah perlu segera berikan penerangan. Ini satu bid...

Trisemester akhir universiti Ramadhan : antara memburu lailatul qadr atau memburu persediaan eid

Imej
Semester pendek pengajian di universiti Ramadhan sudah berada di fasa akhir trimester kedua yang menjanjikan anugerah dekan (keampunan) kepada sesiapa yang berjaya berdiri selaku hamba yang cemerlang di kalangan para hambaNya yang berpeluang mengikuti sesi pengajian pada tahun ini.  Pengajian trisemester terakhir akan berlangsung bermula seawal malam Jumaat bersamaan 17 Julai kelak. Modul pengajian di trisemester terakhir universiti ini akan menjadi lebih tough kepada pelajar cemerlang di trisemester kedua dan pertama, atau setidak-tidaknya kepada pelajar cemerlang trisemester kedua. Walau bagaimanapun, jangan dilupa, boleh jadi pelajar yang kelihatan lemah dan lunglai pada dua trisemester yang awal, bakal bangkit dan membuat pecutan akhir di trisemester ini dan tidak mustahil pula berjaya meraikan 'malam pra graduan 1000 bulan', disamping anugerah berbentuk pelepasan dari neraka dan juga anugerah keampunan di malam eid... Tatkala para ulama / pensyarah kontrak univers...

Iftaar bersama anak yatim : Cari perbezaan diantara dua majlis

Imej
Ini di negara "kafir" Republik Iran Ini di negara sunnah - Daulah Malayzie