Catatan

Makan² di kedai milik peniaga Pattani

Imej
Boleh dikatakan kebanyakan warung atau kedai makan melayu di sekitar kluang adalah dimiliki oleh orang² yang berasal dari seberang utara semenanjung emas. Salah satu yang biasa dilawati ialah yang terletak di tepi jalan berhadapan dengan deretan rumah² banglo milik bumiputera di Kampungong Melayu. Ianya amat berhampiran dengan lampu isyarat simpang empat kampung melayu. Pemilik asal premis tersebut ialah seorang saudara baru yang terkenal dengan itik panggang. Meskipun begitu, penulis pernah mengalami pengalaman luar biasa ketika berurusan dengan pemilik lama premis berkenaan. Hidangan yang dipesan tidak sampai sehingga yang menunggu tersengguk mengantuk. Akhirnya, penulis pulang dengan tangan kosong. Mungkin pemilik tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Para petugas beliau yang buat silap. Apabila jumlah pelanggan sudah mula mengerumuni kedai, petugas kelihatan kelam-kabut dan akhirnya pelanggan tidak dilayan dengan baik. Bagi penulis, kejayaan sebuah kedai makan bukan hanya terletak...

Nak kahwin : belanja besar : tok sah nak berangan

Imej
Penulis agak teruja dengan paparan yang ditemui di laman muka buku beberapa jam sebelum Jumaat ini. Kalaulah majoriti pemuda pemudi sanggup sebegini, urusan perkahwinan akan menjadi semakin mudah dan pintu² maksiat Insya Allah akan tertutup rapat. Persoalannya, sanggupkah? Mungkin di kalangan tuan punya badan lagi suka, lebih² lagi pengantin lelaki. Tetapi ibu-bapa selalunya yang mahu macam². Kalau tidak pun, mereka akan terikut² rentak paluan saudara mara yang lain. "Anak perempuan nko yang masuk universiti...inilah sorang. Takkan nko nak kawinkan dia dengan jantan tu? Dah la kerja kerani je..." "Mak nak juga tengok cucu nenek di bersanding. Buat besar-besaran.Sebelum nenek tutup mata..." Itu antara dialog biasa yang sering kedengaran menyebabkan ibu-bapa yang agak separuh sedar menjadi tidak keruan dan mengikut sahaja kehendak mereka yang berada disekeliling mereka. Kalau lelaki betul² nakkan anak aku, kenalah betul² sikit. Ada nak buat majlis m...

Sarapan di mana? Stesen Keretapi Kluang

Imej
Stesen keretapi Kluang mungkin agak terkenal di kalangan penggemar kopitiam di negara ini kerana di sinilah berasalnya beberapa kedai kopitiam di beberapa negeri seperti di Perak dan juga KL. Bermula daripada kantin biasa di stesen keretapi sejak zebelum perang dunia ke II lagi, nama stesen keretapi ini semakin melonjak naik seiring dengan lonjakan kedai makan yang ada di situ. Namanya semakin melonjak apabila didapati terdapat campuran haiwan tidak halal di dalam ramuan kopi yang dikatakan amat lazat dan menyelerakan itu... Penulis tidak berhasrat untuk mempromosi kedai tersebut kerana ianya sudah terlalu glamour. Acapkali stesen televisyen membuat liputan dan penggambaran di situ. Namun sejak dilanda kontroversi, ianya agak mula ditinggalkan. Sang penggemar kopi "diehard fan" juga sanggup berpatah arang dengan kerusi dan meja kedai yang menjadi lokasi kunjungan saban hari sebaik mengetahui hakikat sebenar akan ramuan yang terkandung dalam kopi kegilaan.  ...

Jalan² cari makan : edisi kluang

Imej
Salah satu restoran atau kedai makan yang terdapat di kota Kluang adalah restoran two city. Restoran ini terletak berhadapan dengan bangunan yang kini menjadi sekolah tahfiz. Dahulunya bangunan tersebut menempatkan pejabat SOCSO cawangan. Restoran ini sudah beberapa kali bertukar pengurusan. Makanan yang dijual disini terdiri daripada makanan biasa. Mungkin yang paling istimewa bagi penulis ialah kupang goreng pedas.  Walau bagaimanapun, malam tadi stok kupang telah habis. Maka diganti dengan kerang masak pedas. Kami sekeluarga menempah hidangan nasi goreng sotong kunyit, mee hong kong, kerang masak pedas dengan minuman fresh oren dua, milo ais, asam boi dan cikong. Ini termasuk 6 keping otak². Tahukah berapa harganya..? Harganya ialah RM41.20... Memang agak mahal... Paling sedap adalah kerang sahaja.. Lokasi : http://www.instantstreetview.com/1qbijiz5ds3swz3q9zqhz5o Wallahu a'lam

SIS dan IS : sama mengundang bahaya

Imej
Gerakan Islamic State atau IS yang begitu popular di media kini amat ditakuti oleh mana² pemerintah. Pemerintah daulah semenanjung emas dan kepulauan borneo misalnya dengan begitu tegas dan beriltizam memerangi anasir IS yang dikatakan semakin menular di kalangan rakyat jelata yang terpengaruh dengan propaganda jihadis yang dikobarkan. Saban hari medan media songsang kita pasti akan memutarkan slot berita mengenai kejayaan, kezaliman atau apa sahaja yang berkait dengan gerakan IS, guna untuk melemahkan semangat palsu kaum jihadis yang mula berkobaran di serata alam. IS dikatakan bertindak begitu ganas terhadap musuh mereka. Sesuatu yang sangat bertentangan dengan norma Islam sebenar. Kemunculan Abu Bakar Al Baghdadi selaku khalifah yang cuba menguasai wilayah Iraq dan Syria serta menyatukannya dilihat agak kurang mendapat dokongan dan sokongan apatah lagi telah tersebar di media sosial mengenai hubungan kumpulan ini dengan pihak zionis dan juga US. Mereka ini adalah kumpulan jih...