Catatan

Temuduga terancang?

Imej
Dalam debaran menantikan keputusan sebuah temuduga, terlalu banyak gosip liar yang bertebaran oleh kilang² penyebaran khabar angin. Sebagaimana sesi² sebelum ini, kilang khabar angin yang tidak diketahui punca asalnya dari mana, tetap akan menyebarkan serta menyiarkan surat khabar angin ini dan peliknya, ianya begitu laku dan seolah² diketahui oleh seantero penduduk lagaknya.. Tidak perlulah penulis menulis satu persatu akan peri khabar angin tersebut. Nanti tergolong pula penulis ke dalam golongan yang menyebarkan sesuatu yang berbantuk sangka-sangkaan sedangkan bersangka-sangka itu kebanyakkannya adalah dosa... Pengalaman selepas temuduga...ia sepertimana calon² lain..tentu sahaj merasa akulah sebenarnya yang terbaik dan terlayak dari yang lain-lain..tetapi pada kali ini, penulis merasa amat berbeza. Terasa diri penulis begitu kerdil dan terlalu jauh dari jawatan yang dipohon berbanding belasan yang hadir dan berjaya sampai hingga ke final. Sejujurnya, sebelum menghadiri...

Melayu Masih Layu

Imej
Tatkala bersembang² semasa makan tengahari kerana menghadiri sebuah kursus dalaman, salah seorang ahli panel, pakar perubatan di sebuah organisasi tersohor mengisahkan mengenai anak-anak melayu yang sudah ribuan tahun menghuni semenanjung emas, tetapi nasib yang masih kurang terbela. Menurutnya, masih wujud anak-anak melayu yang mencapai 8 A dalam SPM lepas namun masih termanggu² untuk meneruskan kehidupan dek kerana masalah kewangan yang menghimpit... Adalah menjadi tanggungjawab partai politik yang berteraskan Islam-Melayu di tanah air untuk membela nasib golongan seumpama ini...yang sepatutnya mempu mengejar cita-cita namun terbantut dek kerana masalah kewangan yang mencengkam... Orang Melayu masih lagi bertakuk lama. Dihimpit masalah kewangan yang serius meskipun dasar DEB yang diberi peluang berdiri lama di kalangan bangsanya, namun ianya hanya mampu mengkayakan serta mengeyangkan beberapa kerat dari kalangan Melayu yang 'bernasib baik' dan terus menenggelamka...

Antara Saudi dan Houthi : Dimanakah kebenaran?

Imej

Kisah Komuniti Turki di Jerman

Imej
Malam sudah semakin melarut. Namun hati penulis seperti tidak senang selagi belum mencatat sebuah kisah terpenting. Kisah ini sudah beberapa kali disampaikan ke telinga penulis. Namun pada hari ini, kisah ini disebut lebih detail dan panjang. Ianya merupakan pengkisahan salah seorang mentor penulis. Diriwayatkan bahawa tatkala mentor penulis berada di Jerman, beliau telah menemui sebuah komuniti Turki yang telah berjaya membina sebuah masjid lima tingkat. Terdapat bangunan pejabat, sekolah, sekolah tahfiz dan  dewan dan juga ruang solat. Setiap malam nisfu syaaban, jemaah muasjid ini akan beramai-ramai mendirikan solat sunat tasbih, mengumpulkan jamaah dari setiap lapisan umur dan jantina. Berbeza dengan negara kita yang masih belum mampu menarik khalayak untuk bersama membaca yasinan tiga kali pada malam yang sama. Saban tahun, yang hadir hanyalah muka yang sama sahaja di apruang solat seusai wirid Maghrib, malam ke 15 dalam bulan Syaaban. Mentor melahirkan kekaguman nya ...

Terkenang semasa dulu : Permainan galah panjang

Imej
Suatu ketika dahulu, sebaik sahaja selesai menikmati minum pagi di tepi longkang bangunan sekolah, sekumpulan pelajar darjah satu akan berkumpul di suatu kawasan tepi padang untuk bermain galah panjang. Galah panjang ialah sebuah permainan tradisional, dimana beberapa peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar. Satu kumpulan akan bertindak sebagai defend manakala satu kumpulan lagi akan menyerang. Objektif utama permainan penyerang ialah untuk tiba di garis penamat dan mendapat seberapa ramai rakan dalam kumpulan yang berjaya. Pasukan defender pula akan cuba menghalang cita-cita pasukan lawan daripada berlaku.  Terdapat beberapa garisan yang perlu dilalui sehingga ke garisan penamat dan kemudian pemain penyerang akan mencuba sekali lagi untuk balik ke garisan permulaan.  Penyerang boleh bergerak secara veramai-ramai atau perseorangan bergantung kepada persetujuan awal. Sekiarnya penyerang terkeluar dari garisan atau tapak yang ditentukan, penyeran...