Catatan

Rotan kerana jenayah seks? Fenomena terkini kerajaan ...

Feb 18, 10 11:55am Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita. Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah. Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan. “Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wi...

Subuh yang mengharukan

Imej
Subuh Tahun Baru Cina penulis masbuq menghadiri jamaah. Ahad yang begitu damai telah memberikan pemadangan solat berjamaah yang sangat mengharukan....jamaah yang hadir begitu ramai sehingga mencecah lebih daripada 100 orang jamaah. Sepanjang penulis berada di surau qaryah penulis, jumlah jamaah untuk solat Subuh selalunya amat mendukacitakan. Walaupun tidak pernah menemui markah gagal, namun biasanya menemui markah B+ ataupun B- untuk kategori kuantiti jamaah. Namun untuk Subuh pagi ini, penulis berani memberikan markah A-. Jumlah yang hadir memang ramai. TETAPI, yang berjaya meramaikannya bukanlah terdiri daripada anak-anak qaryah sendiri. Tetapi adalah merupakan warga asing yang hadir untuk menyertai aktiviti jamaah Tabligh, keluar tiga hari. Menurut salah seorang ahli jamaah tempatan, yang kelihatan begitu teruja sekali, suasana seumpama ini adalah biasa di sekitar negara Bangladesh...Kalaulah qaryah kami seumpama itu untuk setiap waktu....Insya Allah...keamanan dan kemamuran pasti...

Malam Tahun Baru Cina & Malam Valentine

Malam Tahun Baru Cina, Sabtu 13 Feb. penulis dan keluarga keluar makan malam di restoran nasi ayam chicken rise shop yang baru sahaja memulakan francaisnya di bandar kelahiran penulis. Usai solat Isya di surau berhampiran, penulis menikmati hidangan bersama keluarga di sana. Servis yang diberikan boleh dikategorikan sebagai B gara-gara pesanan sepinggan nasi tambahan yang terlalu lewat walhal telah dimaklumkan di awal masa memebuat pesanan. Tatkala bayaran dibuat, penulis meringankan mulut untuk bertanya berkaitan pemberian diskaun terhadap kakitangan kerajaan sebagaimana yang penulis nikmati di restoran yang sama di Melaka suatu ketika kelak. Rupanya memang wujud diskaun sebanyak 10% terhadap staf kerajaan. Kalaulah tidak ditanya nescaya bayaran akan bertambah. Bagaimana sebuah restoran yang agak tersohor ini cuba untuk menyembunyikan keistimewaan selaku staf kerajaan tanpa adanya iklan dan sebagainya. ... Selesai makan, kami berlegar-legar di dalam kompleks yang menempatkan pelbagai ...

Kenapa mereka berbeza?

Imej
Zuhur tadi penulis berkesempatan berjamaah di musalla bangunan fakulti bersama seorang rakan dan juga seorang pelajar asing. Atas penghormatan selaku duta, penulis mempersilakan pelajar tersebut mengetuai solat berjamaah. Tiada apa keanehan yang berlaku dalam solat kami, melainkan setelah selesai imam memberikan salam, beliau terus berpaling menghadap kami sambil berzikir dalam keadaan 'sir'..Kemudian beliau terus beredar tanpa membaca doa dengan kuat sebagaimana lazimnya yang berlaku di Malaysia. Pada pandangan golongan yang taasub, dan kununnya berpegang teguh kepada mazhab syafie, di komuniti pekerjaan penulis, bolehlah dikatakan bahawa kelompok ini diketuai oleh Imam Tua .. mereka akan menggariskan dua kesalahan besar yang cuba di'highlight'kan seolah-olah telah berlaku satu kedosaan yang besar iaitu, i. Imam tidak berzikir dan berwirid dengan 'jahar' tatkala selepas selesai solat ii. Imam tidak mengangkat tangan dan suara untuk berdoa secara berjamaah selep...

pemilihan MPP

Hari ini merupakan hari pembuangan undi bagi masyarakat kampus di kawasan penulis. Terkenang penulis tatkala terlibat secara langsung dalam pemilihan di kampus sekitar tahun 1995... Penulis telah dicalonkan dalam pemilihan tersebut, yang pada waktu itu dinamakan JPP - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Penulis langsung tidak mahu berkempen apalagi mencalonkan diri. Sahabat-sahabat penulis yang beriya-iya mencalonkan penulis dan berkempen untuk penulis... Pada hari mengundi pun, penulis langsung tidak mengundi. Akhirnya, sekitar jam 6.30 petang, pengumuman telah dibuat di kampus masjid. Penulis telah diisytiharkan menang dengan bilangan undi terbanyak!! Sesuatu yang tidak pernah diimpikan oleh penulis sama sekali. Pada sebelah malamnya, satu perjumpaan tergempar telah dibuat bersama JPP yang terdahulu. Pemilihan telah dibuat diantara calon-calon yang berjaya bagi memilih YDP, timbalan YDP, setiausaha, Bendahari serta biro-biro yang bakal diwujudkan. Sebelum daripada itu, penulis bersama-s...

Dari W27 ke N27 volume III

Imej
GAMBAR HIASAN Bertugas di pejabat agama seolah-olah mendapat satu penghormatan yang besar di mata masyarakat, lebih-lebih lagi penduduk di kawasan perkampungan. Kebanyakan mereka mengkultuskan pekerja di situ dengan beranggapan bahawa para petugas ini adalah merupakan golongan ulama yang berilmu. Jika tidak, masakan mereka boleh menjawat jawatan tertentu di pejabat agama yang dianggap sebagai masjid itu ... Maka kerani, penolong pegawai penaksir juga dilabel sebagai ustaz meskipun kelulusan masuk adalah diploma dalam bidang pentadbiran, ataupun SPM biasa yang tiada kaitan dengan 'basic' pendidikan agama sebagaimana yang difahami oleh masyarakat secara amnya. Oleh yang demikian, maka pergerakan, akhlak dan pergaulan mereka sering diperhatikan dan sekiranya muncul sekelumit kesilapan, meskipun sebenarnya hanya kecil, akan diperbesar-besarkan dan dijadikan 'contoh' .. "orang pejabat agama buleh buat, nape kita tak buleh?" Maka secara umumnya yang bertugas di peja...

dari W27 ke N27 volume II

Imej
Di pejabat agama, penulis banyak terlibat selaku saksi nikah 'tangkap muat' bagi membantu pasangan yang bernikah di pejabat. Semaza zaman tersebut, kebanyakan pengantin yang dinikahkan di pejabat adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti ketiadaan wali, ataupun ditangkap basah. Penulis juga turut menemui pasangan yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah semasa sesi temuduga untuk bernikah. Walau bagaimanapun, kesemua perkara yang disebutkan tiada kaitan langsung dengan tugasan penulis. Penulis pernah menjadi panel temuduga amil bagi daerah Muar bersama dengan pojie atas undangan Tok siak yang berkuasa di daerah Muar. Menarik juga dapat menemubual dengan beberapa calon yang terdiri daripada orang lama. Idea Tok siak sebenarnya sangat bagus untuk diaplikasi di daerah lain. Penulis dihantar ke Pejabat Agama Daerah Muar dengan menaiki van jenazah!! Ini kerana ketiadaan kenderaan semasa hari tersebut kerana digunakan oleh pegawai lain. Sepanjang jalan, manusia yang meliha...