Catatan

Lawatan sehari ke ibu negara

28 Feb 2010 (Ahad) Sebenarnya perjalanan ini kurang dirancang melainkan pada Sabtu 27 Feb 2010 bila kedengaran bonda begitu berkeinginan untuk menghadiri walimah anjuran anak saudaranya di Kuala Lumpur...kota metro. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk perjalanan ini. Pertama, hari ini mungkin laluan turun ke KL sesak kerana hari akhir atau penutup kepada manusia yg bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Kedua, tayar belakang kereta yang sudah semakin uzur sedangkan hari kemewahan masih jauh dek kerana gaji bulan feb cepat akibat perayaaan tahun baru cina. Akhirnya satu persetujuan dicapai. Isteri penulis setuju untuk membantu meminjamkan wang untuk penukaran tayar. Bonda setuju untuk membaiayai petrol dan adik bungsu bersetuju untuk membiayai tol. Aku pula membiayai belanja makanan sepanjang jalan. Persediaan pertama dibuat ialah menukar tayar. Kedai tayar di hadapan hotel kota prima menjadi pilihan. Dengan wang lebih kurang RM400 segalanya selesai. Dalam hati, mungkin ini k...

Asar yang memberangsangkan

Asar 24 Rabiul Awwal penulis bergerak ke surau yang mengumandangkan azan berhampiran pejabat. Tatkala bertegur sapa dengan seorang pensyarah di lokasi wudhuk, dia menyatakan bahawa tidak seronok rasanya kalau sudah mendengar azan tapi masih nak teruskan kerja. Bukankah Nabi pernah mengancam bahawa manusia yang mendengar azan tetapi enggan atau segan hadir akan dituang timah panas ke dalam telinganya ? Dia menambah lagi "Sekarang ini ramai yang sanggup rileks di kedai kopi dan membiarkan laungan azan dari surau berhampiran...tanpa sedetik rasa untuk menghadirkan diri solat berjamaah. Alangkan pada zaman nabi SAW, orang munafik pun ke masjid (kecusli solat subuh & Isya' - Pen) Zaman ni lagi teruk. Langsung tak hadir walhal telingan mendengar .." Komentar yang menyentak perasaan , lebih teruk dari munafik (di zaman Nabi SAW) ... Ya Allah ..

Cinta sebelum kahwin?

Imej
Tajuk ini agak berat untuk dibicarakan. Lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Teringat pada kisah ayat-ayat cinta, satu-satunya filem yang ditonton penuh minat oleh penulis untuk filem-filem dari seberang. Selalunya penulis menolak untuk menonton sinetron atau filem dari seberang kerana terlalu banyak unsur tahayul yang terselit dicelahannya. Namun, filem yang pernah ditayangkan di kaca TV3 sebanyak dua kali itu ditonton penuh minat oleh penulis dalam kedua-dua tayangannya. Bukan apa .. lakaran cerita cintanya amat menarik sekali. Seorang lelaki (pelajar) yang mendapat cinta sejatinya tanpa perlu untuk bercinta sakan, berjalan berdua-duaan setiap hari, atau berbalas sms sepanjang malam dan siang, ataupun bergayut menghabiskan wang beratus ringgit sebulan. Demi untuk mendapatkan cinta serta memperkasakannya tanpa rasa jemu. Tetapi, akhirnya setelah bercinta sakan, setelah disatukan, rumah tangga sudah mula berantakan, nauzubillah .. Apakah salah bercinta semasa bersekolah bang? Atau sa...

ringan-ringan sebelum berkahwin

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula. Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang...

Dipimpin untuk memimpin

4 Mac 2010 - penulis kembali bersama rakan-rakan seperjuangan bagi menjayakan kem jati diri pengawas sek. men LKTP kahang timur - satu program yang belum pernah disentuh oleh team kami sejak pengaktifan kami sekitar tahun 2005.. Perjalanan kami kali ini bermula sekitar jam 5 petang mskipun janji awalnya pada jam 12 tghari. Penantian sememangnya satu penyeksaan! Dek kerana dijanjikan, maka penulis tidak membawa kenderaan ke pejabat. Hanya menumpang rakan sepejabat yang tinggal berhampiran. Akibatnya, terpaksa menunggu hingga ke petang. Kami hanya tiba di lokasi sekitar jam 8 malam. Selesai menikmati sedikit makan malam, kami bergerak mencari telur ayam dan seterusnya pulang bagi membuat 'bom' dan 'peluru' .. agak hebat bunyinya bukan? seolah-olah kali ini berada di kem pengganas. Terbentang dihadapan penginapan kami lautan luas China Selatan. Bahan masih belum cukup rupanya. Terpaksa keluar lagi mencari sirap dan tepung ubi. Akhirnya kembali sekitar jam 1 pagi. Urusan ha...

Kluang yang semakin panas ...

Penulis dapati bandar kluang, bandar kelahiran penulis kering, berdebu seolah kemarau...sejak hampir tiga bulan yang lepas. Hujan yang pernah turun sepanjang bulan tersebut adalah amat minima. Kadang-kadang kelihatan tompokan awan hitam yang memberikan harapan gembira namun akhirnya hanya berlalu pergi tanpa sudi menggugurkan isinya ke bumi kluang. Adakah bumi ini telah hilang keberkatannya dan termasuk dalam senarai yang dibenci Allah? Dalam minggu lepas (Isnin) tatkala penulis bergerak pulang dari pejabat, hujan turun begitu lebat dari area air hitam. Penulis bersyukur kerana mungkin ini petanda hujan telah turun di bui kluang dan doa-doa yang dipanjatkan setipa selepas Solat Jumaat dalam munajat memohon hujan diperkenankanNya. Namun tatkala tayar memasuki bandar kluang, jalan kelihatan kering..Subhanallah.. Ketika berada di pasar malan, terdengar perbualan menyatakan di Kg Abd Rahman Yassin, hujan turun mencurah...kenapa Kg melayu kluang masih kering (meliputi bandar).. Kebanyakkan ...

dari raudhah ke kemAH

Imej
AKTIVITI RIADAH 11 Disember 2009 – Penulis berada dalam musafir menuju ke kem sri Raudhah Gombak bagi membantu menjayakan Program Jati Diri pelajar untuk fasa ke dua tahun 2009. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira lebih 4 jam bersama dengan sahabat mentor penulis dan juga kem komandan dengan menaiki kereta Toyota kem komandan yang telah dipotong springnya itu… Pergerakan dari ibu pejabat bermula dari jam 9.30 pagi Jumaat yang mulia. Musafir pada hari Jumaat mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie & Hanbali mengklasifikasikan sebagai haram sekiranya dilakukan selepas terbit fajar pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, sekiranya dilakukan sebelum terbit fajar maka hukumnya adalah diharuskan. Walau bagaimanapun terdapat juga pandangan yang menyatakan diharuskan bermusafir pada hari Jumaat sebelum tergelincir matahari dan ianya merupakan pandangan dari mazhab Maliki dan hanafi.. Kami tiba di kem tersebut sekitar jam 1.30 tengahari setelah agar terkeliru kerana jalan yang dilalui t...