Catatan

Sungkai dalam kenangan

Sekitar akhir tahun 2004, penulis telah mendapat tawaran untuk menyertai kursus HROD di Sungkai Perak. Kursus yang dianggap amat berprestij dan mampu mengubah manusia itu merupakan siri kursus yang wajib dihadiri oleh setiap warga organisasi, begitulah polisi tidak bertulis yang dibuat pada asalnya... Berbalik kepada kursus, terdapat juga beberapa rakan yang turut sama dihantar untuk menghadiri kursus di sana. Kami dihantar kesana dengan bas. Sungkai adalah satu kawasan atau pekan kecil yang terletak dalam negeri Perak. Perjalanan dengan bas memakan masa yang agak panjang. Kem latihan tersebut terletak agak terpencil di dalam kebun getah. Setibanya disana, kami disambut oleh seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Pak Din. Disampingnya pula seorang lelaki berwajah agak lembut digelar Pak Ya. Kedua-dua watak ini sebenarnya memainkan peranan utama sepanjang kursus tersebut berjalan. Lokasi tempat tidur adalah asrama luas yang mengandungi beberapa bilik tanpa katil, hanya ti...

balada seorang pengacara

Rancangan realiti top host yang disiarkan di TV3 setiap Rabu mula menarik minat penulis kerana rancangan tersebut agak berlainan daripada rancangan realiti biasa. Ianya memaparkan beberapa orang peserta yang cuba merebut peluang untuk menjadi pengacara bersama TV3. Sekali tonton, seolah-olah menyerupai rancangan realiti hebat he apperantice. Mungkin sudah banyak sebenarnya rancangan realiti yang cuba meniru dan menyerupai rancangan tersebut, namun kali ini, tema utamanya ialah untuk mencungkil bakat selaku pengacara... Penulis sebenarnya banyak terlibat dengan sesi pengacaraan di peringkat organisasi. Banyak sebenarnya program-program yang dilaksanakan di peringkat organisasi telah diacarakan oleh penulis. Banyak juga peristiwa pahit maung yang dialami oleh penulis sepanjang berkecimpung dengan bidang ini. Penulis mula terlibat dengan bidang ini apabila dengan rela menawarkan diri dalam siri pencarian pengacara peringkat organisasi yang telah terlupa akan tahun berlakunya. Ramai juga y...

Lawatan sehari ke ibu negara

28 Feb 2010 (Ahad) Sebenarnya perjalanan ini kurang dirancang melainkan pada Sabtu 27 Feb 2010 bila kedengaran bonda begitu berkeinginan untuk menghadiri walimah anjuran anak saudaranya di Kuala Lumpur...kota metro. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk perjalanan ini. Pertama, hari ini mungkin laluan turun ke KL sesak kerana hari akhir atau penutup kepada manusia yg bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Kedua, tayar belakang kereta yang sudah semakin uzur sedangkan hari kemewahan masih jauh dek kerana gaji bulan feb cepat akibat perayaaan tahun baru cina. Akhirnya satu persetujuan dicapai. Isteri penulis setuju untuk membantu meminjamkan wang untuk penukaran tayar. Bonda setuju untuk membaiayai petrol dan adik bungsu bersetuju untuk membiayai tol. Aku pula membiayai belanja makanan sepanjang jalan. Persediaan pertama dibuat ialah menukar tayar. Kedai tayar di hadapan hotel kota prima menjadi pilihan. Dengan wang lebih kurang RM400 segalanya selesai. Dalam hati, mungkin ini k...

Asar yang memberangsangkan

Asar 24 Rabiul Awwal penulis bergerak ke surau yang mengumandangkan azan berhampiran pejabat. Tatkala bertegur sapa dengan seorang pensyarah di lokasi wudhuk, dia menyatakan bahawa tidak seronok rasanya kalau sudah mendengar azan tapi masih nak teruskan kerja. Bukankah Nabi pernah mengancam bahawa manusia yang mendengar azan tetapi enggan atau segan hadir akan dituang timah panas ke dalam telinganya ? Dia menambah lagi "Sekarang ini ramai yang sanggup rileks di kedai kopi dan membiarkan laungan azan dari surau berhampiran...tanpa sedetik rasa untuk menghadirkan diri solat berjamaah. Alangkan pada zaman nabi SAW, orang munafik pun ke masjid (kecusli solat subuh & Isya' - Pen) Zaman ni lagi teruk. Langsung tak hadir walhal telingan mendengar .." Komentar yang menyentak perasaan , lebih teruk dari munafik (di zaman Nabi SAW) ... Ya Allah ..

Cinta sebelum kahwin?

Imej
Tajuk ini agak berat untuk dibicarakan. Lebih-lebih lagi pada akhir zaman ini. Teringat pada kisah ayat-ayat cinta, satu-satunya filem yang ditonton penuh minat oleh penulis untuk filem-filem dari seberang. Selalunya penulis menolak untuk menonton sinetron atau filem dari seberang kerana terlalu banyak unsur tahayul yang terselit dicelahannya. Namun, filem yang pernah ditayangkan di kaca TV3 sebanyak dua kali itu ditonton penuh minat oleh penulis dalam kedua-dua tayangannya. Bukan apa .. lakaran cerita cintanya amat menarik sekali. Seorang lelaki (pelajar) yang mendapat cinta sejatinya tanpa perlu untuk bercinta sakan, berjalan berdua-duaan setiap hari, atau berbalas sms sepanjang malam dan siang, ataupun bergayut menghabiskan wang beratus ringgit sebulan. Demi untuk mendapatkan cinta serta memperkasakannya tanpa rasa jemu. Tetapi, akhirnya setelah bercinta sakan, setelah disatukan, rumah tangga sudah mula berantakan, nauzubillah .. Apakah salah bercinta semasa bersekolah bang? Atau sa...

ringan-ringan sebelum berkahwin

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula. Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!! Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang...

Dipimpin untuk memimpin

4 Mac 2010 - penulis kembali bersama rakan-rakan seperjuangan bagi menjayakan kem jati diri pengawas sek. men LKTP kahang timur - satu program yang belum pernah disentuh oleh team kami sejak pengaktifan kami sekitar tahun 2005.. Perjalanan kami kali ini bermula sekitar jam 5 petang mskipun janji awalnya pada jam 12 tghari. Penantian sememangnya satu penyeksaan! Dek kerana dijanjikan, maka penulis tidak membawa kenderaan ke pejabat. Hanya menumpang rakan sepejabat yang tinggal berhampiran. Akibatnya, terpaksa menunggu hingga ke petang. Kami hanya tiba di lokasi sekitar jam 8 malam. Selesai menikmati sedikit makan malam, kami bergerak mencari telur ayam dan seterusnya pulang bagi membuat 'bom' dan 'peluru' .. agak hebat bunyinya bukan? seolah-olah kali ini berada di kem pengganas. Terbentang dihadapan penginapan kami lautan luas China Selatan. Bahan masih belum cukup rupanya. Terpaksa keluar lagi mencari sirap dan tepung ubi. Akhirnya kembali sekitar jam 1 pagi. Urusan ha...