Catatan

Skate board d Bat City

Imej
29 Zulkaedah 1431 waktu Zuhur tatkala singgah di sebuah kompleks membeli belah di Bat City yang agak hebat itu bagi berlanggan dengan Mesin ATM Maybank, di sebelah bangunan kelihatan beberapa orang pemuda sebangsa sedang berkumpul di terik matahari. Mereka sedang asyik memerhatikan dan juga bermain skate board. Agaknya ada pertandingan yang telah diaturkan.. Kelihatan mereka begitu bersungguh-sungguh bermain dengan berpakaian yang tidaklah kemas. Sanggup berpanas di waktu Zuhur. Para juri mungkin berada di bawah khemah yang disediakan. Tidak kelihatan pula bangsa lain tatkala penulis berada di situ, baik pemain mahupun penonton. Mungkin bukan 1 Malaysia yang berminat. Mungkin hanya ada 1 bangsa sahaja yang berminat. Mereka adalah bangsa penulis. Sudah barang pasti mereka juga 1 aqidah dengan penulis. Alangkah cantiknya kalau penganjur menepati waktu solat. Berhenti untuk solat sekurang-kurangnya. Lebih cantik kalau dianjurkan solat berjamaah sekali. Tentu lebih cantik. Ini bukan masala...

Datang tapi tak masuk

Seolah-olah terngiang-ngiang patah-patah lagu.."Mengapa datang tetapi tidak masuk..." cumanya penulis terlupa siapakah yang menyanyikan lagu tersebut. Yang pastinya, lagu itu merupakan sebuah lagu cinta.. Zuhur 29 Zulkaedah 1431, singgah di sebuah surau yang berhampiran dengan kota Bat City. Jamaah tidak mencapai dua saf. Ketika sedang berwudhuk, solat sedang didirikan. Ketika memanjat surau dan hendak masuk ke perut rumah Allah yang mulia itu, terpandang dua pemuda yang sedang duduk di tepi surau, berbual. Ketika penulis menjeling, mereka buat-buat selamba sambil meneruskan perbualan. Hati penulis terasa panas... Usai solat, ketika menginjak tangga keluar bangunan, dua pemuda itu masih di tempat yang sama, terus berbual kosong, seolah-olah sedang duduk di bangunan dewan orang ramai, ataupun sedang duduk di taman bunga. Adakah dia lupa bahawa dia sedang berada di rumah Allah? Adakah dia tidak mendengar suara seruan azan, suara seruan iqamah, suara takbiratul ihram dan sebagai...

Kesalahan dan kesilapan ketika solat berjamaah

Adalah menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan hati apabila melihat berduyun-duyun manusia mengerjakan solat berjamaah. Meskipun bilangan mereka ini semakin mengecil dari hari ke hari, namun kita sebenarnya mampu membuat satu analisis mengenai kehadiran mereka setiap waktu. Jika di masjid organisasi, waktu paling ramai ialah waktu zuhur dan asr kerana ianya waktu bekerja. Waktu paling sedikit ialah waktu subuh. Begitu jugalah halnya dengan waktu subuh di qaryah penulis. Penulis pernah terbaca mengenai hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa diantara perkara yang paling berat untuk dilaksanakan oleh golongan munafiq ialah solat Subuh dan Isya' secara berjamaah. Diriwayatkan juga bahawa Ibn Umar tatkala mendengar hadis tersebut, apabila pada waktu subuh tidak bertemu dengan orang yang biasa hadir solat berjamaah waktu yang lain, maka hatinya akan tertanya-tanya dan curiga, adakah yang tidak hadir itu sudah dihinggapi penyakit nifaq. Diantara perkara biasa yang berlaku dalam solat be...

Deepavalee..

Imej
Menjelang jam 12.00 malam, gamat sekitar rumah bapa mertua penulis yang terletak di puncak desir angin dengan bunyian letupan mercun disekitarnya. Rupanya malam ini adalah malam deepavalee..Suasananya sama sahaja dengann perayaan malam Tahun Baru Cina dimana mereka juga meletupkan mercun dihadapan rumah mereka. Sama juga dengan malam hari raya eid yang membunyikan mercun lebih awal, sebaik sahaja usai iftaar terakhir.. Mungkin semangat 1 malaysia tajaan kerajaan telah menyerap ke dalam sanubari rakyat menyebabkan merka ijmak untuk menandakan permulaan hari kebesaran mereka dengan dentuman mercun. Mercun dalam budaya masyarakat China bermula apabila mereka cuba untuk menghalang kedatangan sejenis makhluk yang cuba menyerang kampung mereka. Dengan bunyian tersebut, makhluk itu melarikan diri ketakutan. Maka bunyian itu terus dibudayakan dalam masyarakat mereka. Penulis kurang arif pula dari mana dalilnya bunyi dentuman mercun di kalangan muslim dan penganut hindu. Dentuman mercun sudah d...

Elak budaya robot - Najib

PUTRAJAYA 1 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam menjauhi 'budaya automasi' atau bersikap seperti robot sebaliknya berfikiran kritis dan konstruktif semasa bekerja. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sejajar dengan usaha transformasi negara melalui produktiviti kerja, setiap kakitangan awam perlu mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif. Justeru, kata beliau, semua ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan perlu secara berterusan membudayakan inovasi di dalam persekitaran kerja dan berusaha melakukan yang terbaik. ''Saya mahu melihat keberkesanan satu mekanisme yang boleh menggalakkan setiap warga kementerian berkongsi idea-idea kreatif dan bernas bagi memudahkan tugasan seharian supaya lebih efisien dan efektif. ''Keadaan ini seharusnya memberikan impak yang positif kepada perkhidmatan kerajaan sekali gus membawa kepada kepuasan rakyat," katanya ketika berucap semasa sambutan Hari Inovasi Keme...

ulasan sembang pagi di IKIM

IKIM pagi ini agak ceria dengan kehadiran DJ baru iaitu PIAN yang diganding kan dengan SITI ROHANI SURANI. Topik perbincangan pagi ini berkisar mengenai desakan consesus pihak Bebas di Parlimen yang mendesak kerajaan menukar pinjaman PTPTN kepada Derma Siswa dan biasiswa. Panggilan masuk pertama daripada seorang bapa yang meluahkan perasaannya berkaitan kedua-dua anaknya yang hanya setakat SPM tetapi telah bekerja selama 2 tahun dan mencapai gaji mencecah RM2000.00. Menurut si bapa itu lagi, kalau belajar hingga ke peringkat ijazah pertama, mengambil masa 5 tahun dan belum tentu mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Berlambak manusia yang berkelulusan ijazah pertama tidak mendapat pekerjaan, ataupun tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Adalah benar bahawa kita semua mahu melanjutkan pengajian ke tahap yang tertinggi namun terhalang dek kerana masalah kewangan. Meskipun diberikan pinjaman PTPTN, seperti IPTS yang menawarkan program yang menarik, namun be...
Imej
KEWAJIPAN BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA BERIMAN Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud: 30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. 31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ...