Catatan

Syaaban telah menjelma kembali

Hari ini rupa-rupanya 3 Syaaban 1432 hijrah... Ini bermakna ada lebih kurang 26 hari lagi untuk kita masuk ke Universiti Ramadhan untuk menjalani program mencanai iman dan jika kita berjaya akan beroleh segenggam Ijazah Taqwa. Nilai ijazah ini terbahagi kepada tiga pula iaitu, i. Awam ii. Khusus iii. Khawasul Khusus Entah bagaimana keadaan kita apabila selesai pengajian dan pentarbiahan di universiti agung tersebut. Mahu atau tidak mahu, suka atau benci, setiap insan bergelar muslim pasti akan masuk ke dalam universiti pentarbiahan tersebut. Bezanya ialah sikap dan keadaan kita apabila masuk ke dalam institusi Ramadhan ini. Ada diantara kita yang masuk dalam keadaan terseksa. Seolah-olahnya masuk ke pusat tahanan perang (POW). Ada juga yang masuk seolah-olah hadir ke kursus pembangunan manusia atau team building. Ini semua adalah bergantung kepada keimanan seseorang. Selaku seorang yang cuba meningkatkan kualiti keimanan, semoleknya seawal Rejab lagi kita telah membuat sedikit perse...

Azan Masjid An-Nabawi Ash-Sharif Madinah AL-Munawarrah

Imej
Betapa rindunya hati ini untuk menziarahimu Ya Rasulullah...Betapa aku hanya salah seorang umatmu yang kerdil dan diselaputi dosa ini terlalu ingin menziarahimu...

video azan mekah.. Tidak selalu kita lihat

Imej

Tebing Tinggi dan durian

Bermula 26 hingga 29 Jun 2011, sekali lagi nama penulis terpilih untuk menyertai kem jati diri di Tebing Tinggi Segamat johor. Ahad 26 Jun kami bertolak dari bumi Parit Raja sekitar jam 9.30 pagi menuju ke rumah mentor. Kami bergerak menuju ke Segamat dan singgah di Yong Peng untuk minum pagi. Walaupun penulis telah menyelesaikan tuntutan di Pt Raja, namun kerana menghormati sahabat yang masih belum menyelesaikan tuntutan diri, maka kami membantunya bersama di kedai makan tersebut. Perjalanan kami merentasi, Chaah, Labis dan akhirnya menemui gemereh dan langsung membelok ke Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi yang agak terasing dan jauh dari bandar Segamat hingga ke jam 11.30 tengahari. Setelah mendaftar penginapan, kami bergerak ke dewan terbuka di bahagian bawah yang agak jauh dari kampus utama. Peserta sedang diberi taklimat oleh Kem Komandan dan juga berlatih nyanyian lagu-lagu wajib. Bermula jam 12.15, ice breaking selaku LDK pertama membuka tirai. LDK I dipimpin oleh mentor dengan...

berjuang dan terus berjuang

Institut Pertanian Ayer Hitam BAtu Pahat sekali lagi mencatat sejarah pada 17 hingga 19 Jun 2011 dimana seramai lebih kurang 62 orang pelajar dari sekolah keb. Merlong dan sekolah keb. Seri telah berkampung di situ untuk menyelesaikan program PINTAR. Penulis dan beberapa orang sahabat sekali lagi dijemput untuk menabur budi bagi membantu anak-anak bangsa mengenal diri dan mempelajari kepentingan kehidupan beragama. Program pada kali ini merupakan program pertama di bawah kelolaan unit baru dan semestinya pengarah dan KF yang baru yang terdiri daripada saf kepimpinan ulama. Taklimat dimulakan sekitar jam 4.00 petang dan berakhir dengan solat Asr dan minum petang diikuti oleh ice breaking oleh tuan F. Ice breking kali ini amat menarik dengan lukisan gambar haiwan juga mulut peserta yang ditampal untuk mengelakkan mereka daripada berkata-kata. Menjelang maghrib, solat diimamkan oleh al fadhil tuan guru diikuti oleh tazkirah berkaitan solat. Tazkirah beliau kelihatan begitu bersahaja teta...

Hari Keluarga

11 Jun 2011 (sabtu) adalah diisytiharkan sebagai sambutan hari keluarga di organisasi penulis. Oleh kerana itu, penulis berpagi-pagi telah mempersiapkan diri dan keluarga. Puteri kedua penulis kelihatan amat mengantuk hingga masih tidur walaupun telah disiapkan. Ini menyebabkan kami mengambil keputusan untuk membiarkan dia tidur di rumah atuknya. Semasa dalam perjalanan, mentor penulis menghubungi mentor untuk memuaskan hati kerana terasa sudah agak lambat. Nawaitu utama untuk kesana bukan apa. Hanya untuk tidak melepaskan peluang merebut ipad2 yang dijanjikan dalam acara cabutan bertuah. Tiba di lokasi, kami mendaftar dan mendapat payung, beg dan beberapa jajan untuk kanak-kanak. Menunggu untuk makan KFC, kami bergerak ke khemah namun tiada pun wajah pejabat penulis yang kelihatan di bawah khemah. Akhirnya, kami hanya duduk-duduk di khemah di hadapan dewan badminton. Apabila tiba waktu makan, bergerak mengambil makanan. Cabutan bertuah tidak menghasilkan sebarang peralatan bertuah bu...

Yasinan dan bahaya darinya

Imej
Di setiap komuniti melayu khususnya, akan wujud satu jamaah yang dipanggil jamaah Yasinan. Jamaah yasinan ini terbahagi kepada dua kelompok yang besar iaitu pembahagian melalui jantina. Yasinan lelaki selalunya lebih hamper dengan jamaah di surau ataupun masjid dan di qaryah penulis, ianya tidak terorganisasi dengan begitu baik kerana selalunya ia dimasukkan terus ke dalam aktiviti-aktiviti masjid atau surau qaryah. Jamaah yasinan wanita selalunya akan bertindak lebih dominan. Mereka mempunyai struktur organisasi yang agak tersusun, dan mempunyai aktiviti yang agak berjadual. Pada musim perayaan khususnya aidil fitri, ianya akan bertukar menjadi jamaah marhaban atau baraan. Aktiviti kumpulan yasinan wanita ini selalunya akan diketuai oleh seorang yang lebih berwibawa dan diterima ramai. Aktiviti mereka ialah membaca yasin dan tahlil secara beramai-ramai. Anggota pertubuhan ini akan muncul pada saat-saat kematian, ataupun apabila ada ahli qaryah yang berhajat untuk mengelolakan aktiviti...