Catatan

Ramadhan 1432

Marhaban Ya Ramadhan Dengan izin dariNya jua, Alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan untuk melangkah masuk ke gerbang universiti Ramadhan yang mulia. Kami masih lagi diberi kesempatan untuk mengikuti tarbiah dan kuliyyah Ramadhan 1432. Segala Pujian hanya bagiNya.. Ingin melukiskan keazaman pada kesempatan ini untuk mempertingkatkan kualiti Ramadhan ke tahap yang lebih baik. Takkan hendak mendapat Sijil Am Peperiksaan sahaja setiap tahun. Seqadar sijil hadir ke universiti Ramadhan sahaja tanpa mendapat ijazah taqwa yang sangat mahal dan tinggi nilainya itu. Tentulah kita diselaputi kerugian berterusan. Oleh itu marilah kita bekerja keras buat merebut ijazah taqwa bernilai itu. Al Ghazali menyatakan bahawa darjat orang yang berpuasa itu terbahagi tiga iaitu : 1. Puasa orang awam 2. Puasa orang khusus 3. Puasa orang khawasul khusus Sekurang-kurangnya kita rebutlah darjat yang kedua itu kalaupun tidak mampu melangkah ke darjat ke tiga yang paling tinggi. Darjat kedua, ialah puasa buk...

kluang-putrajaya-masjid india-the mines

Malam Jumaat lepas penulis, anak-anak, bonda dan adik perempuan bertolak ke pusat pentadbiran negara yang telah diasaskan oleh Tun Mahathir untuk mengambil isteri yang berkursus di KPM sejak Selasa. Selasa lepas juga penulis bercuti untuk menghantar isteri ke sana. Bergerak dari rumah seawal jam 5 pagi. Singgah di Ayer Keroh untuk solat dan sarapan. Tiba di destinasi tepat jam 7.45 pagi. Isteri dilojing di rumah datuk saudara disebabkan tiada kemudahan penginapan yang disediakan. Berbalik kepada perjalanan di malam Jumaat, kami singgah juga di R&R yang sama, Ayer Keroh untuk solat. Kami berjaya tiba di hadapan Masjid Agung Putra sekitar jam 10.00 malam. Datuk saudara menjemput di hadapan masjid memandangkan penulis tidak dapat membuat pengecaman dengan baik lokasi sebenar rumah beliau, meskipun mempunyai kemudahan GPS. Rumah datuk saudara tidaklah sebesar mana. Al maklumlah bangunan kuaters kerajaan. Mempunyai 2 bilik tidur. Kami ditempatkan di sebuah bilik. Serangan nyamuk sa...

Sg Abong Muar

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan ...At Taubah : 18 Kali ini kami sekali lagi terpilih untuk menabur bakti, mengutip ganjaran dan cuba menuai budi sekali lagi. Lokasi ialah masjid Sg Abong Muar. Untuk pertama kalinya kami melaksanakan aktiviti di dalam rumah Allah. Musafir bermula di pagi Jumaat yang indah menumpang kenderaan tuan guru bersama pegawai hutan. Singgah di stesen minyak shell parit sulong untuk mengisi tangki dan tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengahari. Acara bermula dengan makan tengahari di gerai dalam kawasan masjid. Masjid Sg Abong Muar tidak mempunyai bangunan yang terlalu indah sehebat Masjid Putrajaya, apalagi seluas masjid Negeri Selangor. Dari luar, hanya sebuah bangunan empat segi tanpa bumbung melayu. Namun kawasan sekitarnya luas dengan dereta...

tahlil kematian amalan jahiliah Nik Aziz 1 1

Imej

Malan Nisfu Syaaban

Imej
Malam nisfu syaaban telah muncul kembali pada semalam, menjelang Maghrib 15 Syaaban 1432. Laman rohani yang telah lama usang dan sunyi mula riuh kembali dengan dengungan suara zikir, doa, munajat dan bacaan al quran. Bagi masyarakat melayu, khususnya di negeri Johor ini, kedatangan nisfu syaaban disambut dengan acara membaca yaasin tiga kali diikuti dengan bacaan tahlil dan akhirnya makan beramai-ramai. Dinyatakan oleh Kiyai Suhaili dalam kuliah di surau jasa sepakat pada Jumaat 15 Julai 2011, bahawa pada malam nisfu syaaban aisyah r.a mendapati bahawa Nabi SAW sujud dalam keadaan yang sangat lama dan lebih panjang daripada biasa hingga disangkakan bahawa Nabi SAW telah meninggal dunia. Apabila Nabi SAW selesai solat, Aisyah lantas bertanya perihal lamanya sujud baginda itu. Lantas dijawab bahawa Jibrail datang menemuinya dan menyatakan pada malam ini (nisfu syaaban), dibuka 300 pintu rahmat dan keampunan kecuali kepada beberapa golongan dari umatmu iaitu; 1. mereka yang syirik kepada ...

Mesyuarat Pemilihan JK Surau Masjid

Imej
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan ... At taubah : 18 Pemilihan JK masjid dan surau di negara ini, khususnya di negeri Johor biasanya berjalan dalam keadaan tenang tanpa kedengaran sebarang gelora. Dan perkara itu sudah berakar dan bertradisi sejak sekian lama. Akhir-akhir ini sebelum berlagu gempita sang kuning di ibu kota, kedengaran di kaca televisyen dan akhbar mengenai cadangan kerajaan negeri pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya dalam memilih AJK masjid. Maka disambut oleh sebahagian besar melayu-muslim di serata ceruk rantau tanah semenanjung emas ini dengan nada penuh negatif, menentang keras akan cadangan tersebut. Penulis ingin menyatakan sesuatu yang berlaku. Dalam pemilihan jawatankuasa surau di qaryah penulis, yang sepatutnya dilaksanakan melalui mesy...

Apabila kita rasa kita sahaja yang betul...

Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. An Nahl:23 Kadang-kadang kita kerap merasa dalam apa bentuk pertelingkahan, persengketaan atau permusuhan dan perselisihan, kita beranggapan bahawa kita ini senantiasa berada di pihak yang benar. Kita amat jarang untuk berlapang dada menerima perkataan manusia yang dianggap 'musuh'dan senantiasa bersisi negatif terhadap segala perlakuan, perkataan bahkan senyuman mereka yang telah dicop ini terhadap kita, walhal kadangkala mereka sebenarnya cuba untuk menjernihkan keadaan. Ada yang mengadu bahawa jiwa tidak tenteram di pejabat lantaran diri telah dicop 'jahat' dan tidak layak untuk dijadikan rakan taulan, apalagi sahabat handai. Di pihak yang lain juga terang-terang menolak kembali tawaran persahabatan juga kerana yakin dan percaya bahawa orang tersebut adalah pendosa dan penjahat serta pelbagai label lagi ...