Catatan

Aku dah jemu....

Imej
Dalam perjalanan pulang dari pejabat yang mengambil masa selama lebih kurang satu jam ataupun kurang, bergantung kepada keadaan trafik. P : " Aku rasa dah bosan la bang..kerja kat pejabat tu. Asyik kena buat benda yang sama jek tiap hari..." P1 : "Dah berapa lama nko kat pejabat tu..?" P : "Dah lima tahun. Semua benda aku dah master. Cumanya aku dah bosan. Ada ketikanya sepanjang lapan jam bekerja, aku hanya hasilkan empat keping surat jek..selebihnya aku tenggelam dalam keboringan yang mendukacitakan..." P2 : "kalau kau boring selalunya kau buat apa?" P : "Aku pergi ke lokasi lain. Lepak situ kadang hingga berjam-jam. Aku bukannya tak suka pejabat aku. Tapi aku dah boring. Suasana sama. Kawan-kawan sama. Bos pun sama..uiihh.." Ini adalah sebenarnya satu fenomena yang biasa berlaku di organisasi ini. Dan rasanya dimana-mana organisasi sama sahaja. Kebosanan biasa berlaku di tempat kerja. Banyak faktor yang merangsang perkembangan perasa...

Mujahid dan mujahidah

Imej
"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,"-Timbalan Presiden UMNO. Inilah para mujahid dan mujahidah yang belum menerima tarbiyyah sepenuhnya....

PDC Port Dickson

25 Nov 2011 sekali lagi penulis dijemput untuk menabur budi. Kali ini bersama dengan PPD. Peserta ialah pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan serta pelajar bermasalah. Penulis bergerak dengan kenderaan jabatan bersama PH, ayahanda, dan beberapa orang fasilitator dari jabatan penganjur. Pergerakan kami agak lewat kerana urusetia perlu memastikan kehadiran pelajar. Kami sempat minum pagi terlebih dahulu sebelum bertolak. Menunggu dan mengambil penumpang kenderaan mengambil masa yang agak lama. Perjalanan sebenar ke lokasi hanya bermula sekitar jam 11.00 pagi. Kami kemudiannya singgah di sebuah pekan untuk menikmati makanan berupa roti canai dan kambing. Kami melalui jalan lama dan singgah disebuah perkampungan di Melaka, Kampung Durian Tunggal untuk solat Jumaat. Khutbah yang disampaikan oleh khatib bertajuk rasuah dan amat berkesan serta terkesan sekali isi kandungannya. Pergerakan kemudian diteruskan ke lokasi yang ditentukan. Kami hanya tiba sekitar jam 3 petang dan hu...

Monolog seorang staf upahan yang mukhlis?

Imej
Oh...akulah staf yang bekerja sebagai satu ibadah Oh..akulah staf yang mukhlis Bila bos penilaiku minta sesuatu Dengan segera aku ada-adakan.. Bila orang lain minta tolong dari ku Nko siapa? Kerja aku lagi berlambak... Nko ingat aku ni tukang buat kerja nko je ke? Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis bekerja sebagai satu ibadah Kerja aku memang banyak Nak tengok list kerja aku.. Huiii.... Tapi aku sempat update status FB aku tatkala orang lain yang tak berapa ikhlas bekerja Sibuk menyiapkan tugasan dari penilai pertama Aku juga sempat kesana kemari Lebih-lebih lagi bila penilai pertamaku tak kelihatan bulu hidungnya melintas di pejabat indahku Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis bekerja sebagai satu ibadah Tapi jangan sekali-kali nak tambah senarai tugas aku Aku akan SOUND awal2 Tak kira la dia tu siapa.. Janji aku boleh bekerja dengan aman Boleh up date FB setiap jam Boleh memantau dan komen pula FB orang lain eh, sempat pula bergosip dengan teman-teman Tapi aku seorang pekerja yan...

Hari Raya di pejabat baru : backdated entry

Sambutan hari raya di peringkat jabatan penulis diadakan agak lewat pada tahun ini, iaitu pada 1 Zulkaedah 1432. Sememangnya sambutan hari raya eid di negeri ini kerap berlarutan hingga menjejak ke bulan zulkaedah, meskipun takbir hari raya hanya dikumandangkan sehingga seleai solat sunat eid fitr, berbanding alunan takbir sehingga asr 13 Zulhijjah, namun kemeriahan, kehangatan dan aura sambutan eid fitr sangat terasa di kebanyakan negeri-negeri di semenanjung tanah melayu, khususnya di negeri Darul Ta'zim ini. Sebagaimana biasa, sambutan dikendalikan oleh sepenuhnya oleh pihak wanita jabatan penulis. Lokasi ialah makmal yang masih kosong dan luas. Ini merupakan sambutan pertama yang dibuat di kompleks bangunan baru yang tersergam indah ini. Ucapan oleh timbalan memulakan rentak majlis dan disusuli oleh lagu-lagu raya...itu memang biasa di mana-mana majlis hari raya. Jarang sangat telinga kita akan disumbat dengan alunan nasyid ataupun selawat jika majlis seumpama ini. Lagu hari ra...

perayaan hallowen ?

Imej
GAMBAR HIASAN Di suatu petang yang agak redup, tatkala pulang dari pejabat, penulis bersama tiga penumpang regular bersiap untuk memasuki satu road block. Sejak akhir-akhir ini memang setiap hari pasti ada sekatan jalan raya untuk pemeriksaan polis atau singkatan road block. Seolah-olah zaman darurat, kerana teringatkan babak-babak dalam filem Bukit Kepong arahan Senator Dr Jins Shamsuddin , juga filem-filem berkaitan zaman dharurat yang sering ditayangkan di stesen-stesen TV milik pemerintah, khususnya tatkala sambutan bulan kemerdekaan negara.. Anehnya, kereta kancil dihadapan kereta penulis ditahan dan petugas polis seolah-olah amat berminat untuk menyoal pemilik kereta. Salah seorang penumpang mengatakan, mungkin pemandu kereta tersebut anak dara, maka polis banyak menyoal. Tetapi apabila kereta tersebut diarahkan berhenti di tepi jalan, dan tatkala kenderaan penulis melalui sekatan tersebut dengan jayanya, rupanya keempat-empat penumpang mempunyai wajah yang aneh...seolah-olah sed...

Berhati-hati..jangan jadi agen mereka secara percuma

Imej
Kita biasa dan suka memakai t shirt kerana ianya ringkas dan sesuai untuk keadaan iklim di negara ini. Lebih-lebih lagi kalau material dari bahan yang tidak panas serta sangat selesa, lebih-lebih lagi kalau diperolehi secara percuma pula, serta melambangkan atau mengingatkan kita pada sesuatu. Kita biasa melihat orang kita memakai t shirt kosong ataupun bergambar. kadang-kadang mereka memakai t shirt yang bergambar dengan seorang lelaki memakai baret atau che guevara - pejuang revolusi sosialis di Amerika Latin. Tidak pula diketahui adakah sang pemakai itu benar-benar kenal dengan watak yang diiklankan secara percuma itu atau tidak. Beberapa waktu sebelum ini ada sebahagian anak muda kita dengan beraninya memakai t shirt dengan gambar Ben Laden, lelaki yang paling dikehendaki oleh USA serta sekutu-sekutunya. Tatkala itu Ben Laden dianggap dan dijulang selaku hero bawah tanah yang membawa mesej Islam Radikal. Anak-anak muda ini yang mungkin dipengaruhi oleh anasir semangat Islam hasil 9...