Catatan

Wahai muslimah....

Imej
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekal...

Fikir-fikirkanlah....

Imej
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin "Membela Islam" 1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kep...

walimatul urus

Imej
Hujung minggu lepas penulis berkesempatan untuk menghadiri tiga majlis walimah berbeza hari dan lokasi. Lokasi pertama berhampiran sahaja dengan rumah penulis. Usai zuhur, penulis dan isteri serta anak sulung bergerak ke rumah pengantin tersebut. Majlis agak sederhana dengan khemah tetamu yang agak panjang. Khemah yang memuatkan pelamin diletakkan di halaman rumah yang berpagar manakala majlis diserikan dengan bunyi-bunyian gamelan. Ianya dianggap agak unik kerana amat jarang majlis walimah diserikan dengan bunyi-bunyian gamelan. Biasanya majlis walimah akan diserikan dengan muzik serta nyanyian karaoke dikendalikan oleh DJ. Majlis walimah terkini biasanya akan menjadi medan nyanyi karaoke suka-suka tanpa batas, tanpa bayaran dan tiada uji bakat. Siapa sahaja yang terangsang untuk menyanyi dipersilakan. Lazimnya yang dapat memegang mic ialah tukang masak, juru rewang yang dah kepenatan, saudara mara terhampir, rakan-rakan pengantin yang ada hubungan kroni dengan DJ dan kadang-kadang te...

Lama tak nampak..?

Imej
Perkataan pertama yang muncul dari rekahan bibir salah seorang imam di surau qaryah kami pabila terpandang wajah suram penulis sambil menggengam erat kedua tangan penulis. Pertanyaan itu begitu bermakna dan mendalam bagi penulis. Ada benarnya kata-kata beliau. Sudah agak lama juga penulis jarang berjamaah di surau qaryah. Kalau sempatpun, tidak sampai bersalaman, penulis dah angkat kaki. Dua tiga minggu ini agak sibuk dengan urusan duniawi. Berjamaah di merata lokasi. Bagi orang-orang di surau kecil qaryah, kehilangan salah seorang jamaah dianggap satu kerugian. Ini kerana jamaah sedia ada dan boleh istiqamah tidak sampai dua saf. Itupun kerana saf tidak sepanjang saf di masjid jame'. Kalau sepanjang masjid jame' sudah barang pasti jamaah tetap tidak sampai separuh saf pertama..!! Kegersangan jamaah solat sememangnya sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Fenomena ini berlaku hampir dikeseluruhan masjid di dunia. Memetik kata-kata tuan guru kiyai suhaili dalam kuliah maghrib ...

Selamatkah kita di bumi ini?

Imej
".. dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al Hujurat : 13 Beberapa hari lepas, negara kita dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi kanak-kanak yang keluar rumah bukan untuk pergi bermain di padang, bukan untuk bermain polis sentri bersama rakan-rakan di rumah pangsa, bukan untuk berkeliaran di sekeliling bangunan sambil memanjat pokok dan berlari-lari turun naik tangga bangunan, tetapi untuk pergi ke kedai membeli sedikit keperluan. Kanak-kanak malang itu didapati tidak pulang semula ke rumah. Beberapa hari kemudian, polis menemui mayat beliau berdasarkan kepada kesepadanan DNA beliau dengan ibunya. Kes seumpama ini boleh dikatakan terlalu kerap berlaku di negara yang dikatakan aman makmur dan selamat ini. Sebelum ini kita kerapkali dikejutkan dengan kes sepert...

Kelas Kokurikulum IV

Imej
Kelas ketiga, penulis agak awal tiba. Menantikan kehadiran ahli kelas hingga jam 5.15. Penulis tidak dapat berkata sesuatu berkaitan kehadiran kerana dua kelas sebelumnya penulis agak lewat. Mungkin pada kelas akan datang teguran akan dibut. Kelihatan juga beberapa orang anak muda ini menghadiri kelas dengan hanya berselipar serta memakai baju round neck. Penulis telah memberikan peringatan pada hari pertama pertemuan, namun nampaknya mungkin mereka terlupa. Penulis juga rasa tidak mahu menegur pada kali ini. Insya Allah pada pertemuan akan datang.. Sesi kali ini dimulakan dengan pengarah program membincangkan serta membentangkan serba sedikit mengenai kertas kerja projek lawatan keluar yang dijangka pada penghujung April. Kelihatan kertas kerja telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Cuba tingal sentuhan-sentuhan akhir sahaja.. Selepas pembentangan pengarah, perbincangan dalam kumpulan dibuka. Kumpulan dibahagikan kepada tiga dan akan membincangkan serta membentangkan salah satu darip...

Kelas Kokurikulum II

Imej
Kelas kali ini lebih lewat. Mesyuarat di pejabat melengah-lengahkan penulis untuk bergerak ke lokasi kelas. Makanan selepas mesyuarat pula amat menyelerakan. Terkejar-kejar menunaikan Asr di masjid dan kemudian berpatah semula ke pejabat. SMS ketua kelas untuk membuat perbincangan dalam kumpulan terlebih dahulu sebelum penulis menghadiri kelas. Kembali ke pejabat kerana di dapati pen drive yang berisi banyak maklumat telah hilang. Masuk mundar mandir ke dalam bilik, selerak segala kertas yang bertompok di atas meja. Tercari-cari di lokasi parkir masih belum mahu berjumpa. Akhirnya penulis pasrah sahaja... Setelah meletak kenderaan di parkir berhampiran kelas, tatkala berjalan menuju ke kelas, meraba-raba perut yang mula menggendut, tiba-tiba tangan terasa sesuatu terselit di dalam baju. Ya Rabb!! Pen drive ku...Rupa-rupanya termasuk ke dalam baju kerana poket belah memang telah terkoyak di hujungnya menyebabkan benda-benda kecil boleh tercicir dengan mudah!! Perbincangan dalam kumpulan...