Catatan

Kuliah Maghrib di Jame' Kg Melayu

Imej
Kuliah maghrib malam 25 Mac 2012 berkisar mengenai tajuk keimanan kepada para malaikat. Sebelum itu, muallim memberikan secebis maklumat berkaitan kekhusyukan solat. Solat itu boleh dicapai khusyuknya apabila mematuhi beebrapa perkara sebagaimana kata syekh abdul samad al palimbani di dalam kitab siarus salikin yang mana ianya diceduk daripada kitab ihya' ulumuddin karangan hujjatul islam, al ghazali, iaitu: 1. Memahami bacaan dalam solat; 2. Menghina diri di hadapan Allah; 3. Membesarkan Allah Taala lebih dari segala-galanya; 4. Raja' mengharap agar diterima oleh Allah akan solat itu; 5. Khauf - takut kalau-kalau solat itu ditolak olehNya - maka bagaimana dan apa lagi amal yang boleh digantikan dengannya? Menurut syekh al palimbani lagi, rukun solat itu terbahagi kepada tiga iaitu 1. Rukun qauli - bacaan-bacaan di dalam solat; 2. Rukun Fe'li - perbuatan-perbuatan semasa solat; 3. Rukun qalbi - perbuatan hati, iaitu khusyu' Diantara perkara-perkara makruh di dalam s...

Kelas Kokurikulum V

Kelas yang kelima, penulis tiba sekitar jam 5.05. Tatkala itu hanya ada lima orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas. Hujan sedang turun dengan agak lebat di luar sana. Sementara menantikan kehadiran yang lain, penulis memasang peralatan mengajar. Masa terus berlalu. Kumpulan yang hadir mula bertambah sedikit demi sedikit. Alasan mereka ialah hujan lebat membuatkan pergerakan terbatas. Penulis memulakan kelas dengan pembentangan kertas kerja projek oleh pengarah program dan diikuti oleh perbincangan berkaitan solat-solat sunat yang disunatkan berjamaah serta kelebihan solat berjamaah manakala kumpulan kedua membincangkan tatacara imam dan makmum dalam solat berjamaah. Hasil perbincangan membuahkan hasil dimana kumpulan pertama dilihat mempertahankan kesunahan (pen:)solat sunat hajat secara berjamaah manakala kumpulan kedua cuba untuk membantah solat hajat secara berjamaah. Alasan kumpulan kedua, solat sunat hajat secara berjamaah tidak mampu untuk menyatukan niat para pesertany...

Wahai muslimah....

Imej
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekal...

Fikir-fikirkanlah....

Imej
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin "Membela Islam" 1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. 2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kep...

walimatul urus

Imej
Hujung minggu lepas penulis berkesempatan untuk menghadiri tiga majlis walimah berbeza hari dan lokasi. Lokasi pertama berhampiran sahaja dengan rumah penulis. Usai zuhur, penulis dan isteri serta anak sulung bergerak ke rumah pengantin tersebut. Majlis agak sederhana dengan khemah tetamu yang agak panjang. Khemah yang memuatkan pelamin diletakkan di halaman rumah yang berpagar manakala majlis diserikan dengan bunyi-bunyian gamelan. Ianya dianggap agak unik kerana amat jarang majlis walimah diserikan dengan bunyi-bunyian gamelan. Biasanya majlis walimah akan diserikan dengan muzik serta nyanyian karaoke dikendalikan oleh DJ. Majlis walimah terkini biasanya akan menjadi medan nyanyi karaoke suka-suka tanpa batas, tanpa bayaran dan tiada uji bakat. Siapa sahaja yang terangsang untuk menyanyi dipersilakan. Lazimnya yang dapat memegang mic ialah tukang masak, juru rewang yang dah kepenatan, saudara mara terhampir, rakan-rakan pengantin yang ada hubungan kroni dengan DJ dan kadang-kadang te...

Lama tak nampak..?

Imej
Perkataan pertama yang muncul dari rekahan bibir salah seorang imam di surau qaryah kami pabila terpandang wajah suram penulis sambil menggengam erat kedua tangan penulis. Pertanyaan itu begitu bermakna dan mendalam bagi penulis. Ada benarnya kata-kata beliau. Sudah agak lama juga penulis jarang berjamaah di surau qaryah. Kalau sempatpun, tidak sampai bersalaman, penulis dah angkat kaki. Dua tiga minggu ini agak sibuk dengan urusan duniawi. Berjamaah di merata lokasi. Bagi orang-orang di surau kecil qaryah, kehilangan salah seorang jamaah dianggap satu kerugian. Ini kerana jamaah sedia ada dan boleh istiqamah tidak sampai dua saf. Itupun kerana saf tidak sepanjang saf di masjid jame'. Kalau sepanjang masjid jame' sudah barang pasti jamaah tetap tidak sampai separuh saf pertama..!! Kegersangan jamaah solat sememangnya sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Fenomena ini berlaku hampir dikeseluruhan masjid di dunia. Memetik kata-kata tuan guru kiyai suhaili dalam kuliah maghrib ...

Selamatkah kita di bumi ini?

Imej
".. dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." Al Hujurat : 13 Beberapa hari lepas, negara kita dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi kanak-kanak yang keluar rumah bukan untuk pergi bermain di padang, bukan untuk bermain polis sentri bersama rakan-rakan di rumah pangsa, bukan untuk berkeliaran di sekeliling bangunan sambil memanjat pokok dan berlari-lari turun naik tangga bangunan, tetapi untuk pergi ke kedai membeli sedikit keperluan. Kanak-kanak malang itu didapati tidak pulang semula ke rumah. Beberapa hari kemudian, polis menemui mayat beliau berdasarkan kepada kesepadanan DNA beliau dengan ibunya. Kes seumpama ini boleh dikatakan terlalu kerap berlaku di negara yang dikatakan aman makmur dan selamat ini. Sebelum ini kita kerapkali dikejutkan dengan kes sepert...