Catatan

Isra' mikraj dan pengajarannya

Imej
Lewat maghrib semalam, kebanyakan masjid dan surau di jazirah melayu akan menyambut ulangtahun isra miraj Nabi SAW pada suatu malam yang dipercayai dalam bulan rejab malam yang ke 27 (tarikh ini bukanlah tarikh sebenar mengikut pandangan ulama namun diterima pakai sebagai tarikh rasmi sambutan di jazirah melayu).. Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Penulisan ini bukan bertujuan untuk membahaskan tarikh manakah yang sebenar berlakunya peristiwa tersebut. Apa yang penting, kepercayaan dan keyaqinan Muslim terhadap berlakunya perkara tersebut yang merupakan salah satu elemen aqidah yang penting. Ulama menyatakan bahawa pada pagi harinya selepas peristiwa besar itu, baginda SAW telah berdiri di bukit S...

Lagu cina di tengah malam

Sejak dua malam lepas, rumah penulis yang terletak dalam kawasan MELAYU-ISLAM di tengah-tengah daerah yang terletak di tengah-tengah negeri di selatan semenanjung emas ini dihidangkan dengan halwa telinga dari nyanyian lagu-lagu cina yang terlalu bising dan amat mengganggu ketenteraman awam. Penulis hampir kecewa untuk mencari dimanakah punca datangnya bunyian yang menyakitkan jiwa itu. Pada pengamatan penulis yang langsung tidak menyokong fahaman ultra-melayu ini, ianya datang dari tepian sungai yang mengalir lemah dalam bulan kurang hujan dan begitu bersemangat dan gagah aliran dan geloranya bila tiba bulan-bulan tengkujuh... Tetapi kadang-kadang terasa ianya berpunca dari kawasan atas bukit yang tinggi dari aras rumah penulis.. Persoalannya ialah, mengapa perlu dilagukan sebegitu kuat dan berterusan selama tiga hingga lima hari? Adakah penganjur tidak pernah terfikir yang suara yang ditimbulkan itu bersama dengungan yang membingitkan hanya mengundang rasa mual dan benci masyar...

Internet broadband semakin lembab?

Imej
Sejak semalam...lebih jelas lagi malam semalam, apabila penulis cuba melayari laman sesawang dan ketika penulis cuba untuk update blog ini, kelihatan line yang dihalalkan untuk medium penyaluran hanyalah perkataan HSDPA sahaja. Tidak diketahui ke mana perginya talian 3G yang dijanjikan awal-awal langganan dahulu. Penulis terpaksa mematikan lina beberapa kali dan kemudiannya menyambungkan kembali dengan penuh harapan...namun masih berkeadaan yang sama. Mujurlah jawapan ada di  http://www.acapmanan.blogspot.com/ Setelah mengenalpasti petua dan mengikut apa yang dicadangkan, ya..ianya lebih baik daripada semalam... Alangkah moleknya kalau penggunaan jalur lebar ini diberikan kepada rakyat secara percuma ataupun bayaran yang paling rendah...Jika benarlah kita ini ingin agar seluruh masyarakt dapat menggunakan kemudahan jalur lebar ini secara meluas.. Sayangnya, masih lagi terdapat hotel dalam negara yang bersidat kedekut untuk memberikan kemudahan wifi percuma kepada pelangga...

Keluar sehari semalam je...

Maka setelah beberapa ketika terpaksa menukar tarikh dan masa, dengan beberapa mehnah dan ujian yang disediakan untuk bakal-bakal imam dan bilal ini, maka akhirnya pada pagi Sabtu 12 Mei 2012, pasukan pemuda seramai 27 orang ini akhirnya berjaya menaiki tangga bas organisasi untuk menuju ke surau jasa sepakat yang terletak di jalan dahlia kampung melayu kluang. Untuk makluman, pasukan pemuda-pemuda ini kesemuanya adalah bukan berasal dari bumi jauhari ini. Oleh yang demikian, maka apabila disebut akan ke Kluang, mereka agak blur dan termanggu-manggu. Mungkin pada lintasan akal mereka, Kluang itu jauh dari pengkalan. Sekitar jam 11.30 pagi, pengarah program telah membuat panggilan telefon untuk mengenalpasti lokasi sebenar. Menjelang zuhur, penulis hadir untuk melihat mereka. Bersalaman dan cuba mengenalpasti jika ada yang tercicir. Usai solat, sedikit taklimat diberikan. Peringatan juga dibuat agar tidak mencampuri urusan ceramah berbau politik yang bakal dilaksanakan malam nanti. ...

kelas 11

Kelas kali ini lebih menumpukan kepada persediaan-persediaan sebelum keluar selama 14 jam untuk memenuhi kehendak dan ketetapan rancangan pengajaran yang telah diatur sejak awal semester lagi. Perbincangan berkisar mengenai bacaan atau zikir selepas solat. dengan berpandukan kepada kitab yang dikarang oleh al palimbani, salah seorang ulama nusantara yang tersohor, yang mana berkebetulan kuliah kami tadi malam juga membicarakan topik yang sama, maka penulis mengambil inisiatif untuk scan halaman-halaman kitab yang berkaitan, iaitu bacaan dari amalan al qusyairi berdasarkan kepada penduduk madinatur rasul... Pelajar dibenarkan kembali lebih awal kali ini...

Bengkel oh bengkel...

Hujung minggu kali ini, penulis diarahkan untuk menyertai bengkel  di Hotel yang terletak menghadap ke Selat Tebrau, dan boleh nampak daratan dari negara di seberang.  Perjalanan penulis hanya bermula selesai solat Jumaat di masjid menara nan sebatang. Penulis menumpang kenderaan sahabat penulis yang merupakan salah seorang penguasa di jabatan lain. Kami transit di Simpang Renggam untuk bertukar kenderaan dengan bonda beliau. Kemudian, kami bergerak menuju ke Kukup untuk mengambil barang yang tertinggal dan kemudian menuju ke Johor Bahru dengan melalui jalan Pontian.  Cuaca agak baik dan kami selamat tiba di hotel sekitar jam 6.30 petang. Kami terus menikmati hidangan di dewan makan dengan beberapa jenis lauk melayu dan juga kuih serta puding pencuci mulut. Naik ke bilik dan kemudian menyempurnakan solat jama’ . Sekitar jam 9.00 malam, kami bergerak turun untuk memulakan program.  Dewan telah dipenuhi dengan ahli yang merupakan pakar-pakar akademik yang t...

Pertanian Ayer Hitam kembali ceria

4-6 Mei 2012, minggu pertama Mei ini disambut meriah di kawasan kem pertanian ayer hitam Kluang. Sudah agak lama tidak berkunjung ke mari untuk melaksanakan program. Sejak munculnya tahun 2012 inilah pertama kali program di adakan di kawasan ini. Kali ini peserta yang menyertainya agak ramai. Menjejak ke angka 100. Didatangkan dari dua sekolah rendah yang berbeza. Cuma tenaga fasi agak terhad. Tiada kembar 2S. Tiada ungkapan tuan haji K. Hanyalah sahabat-sahabat biasa. Kedatangan PH juga tidak penuh. KF dipegang oleh Hj Din Selaku KK, penulis dibantu oleh sahabat PS... Program hanya bermula sekitar jam 1530 dengan lontaran taklimat oleh penulis. Ini diikuti oleh solat Asr. Usai solat, pembahagian kumpulan dengan bantu TKK. Kemudian ice breaking oleh kapitan Zai. Menjelang jam 6.30, ice breaking tamat. Peserta diminta masuk ke bilik untuk bersiap dan berkumpul kembali jam 6.45. Menjelang 6.45, KK sempat menikmati mandi di air pancuran. Peserta perempuan masih gagal muncul dengan...