Catatan

syawal dua - kemenangan dan kesesakan

Imej
Salam syawal. Umat islam di Malaysia, khususnya negeri perak ke selatan tanah air masih hangat meraikan ketibaan syawal meskipun sudah ada yang memulakan puasa sunat syawal. Anak-cucu yang pulang untuk berhari raya di kampung masih lagi belum pulang dan menghabiskan sisa cuti sehingga ahad. Perjalanan untuk berhari raya di kawasan batu pahat saban tahun pasti akan menemui masalah berulang. Masalah kesesakan lalulintas. Ianya akan bermula dari bulatan masuk ke gotham city, kemudian di lampu isyarat susur ke felda ayer hitam, kemudian semakin sesak dari sekolah menengah seri lalang hinggalah ke pekan ayer hitam. Ianya adalah masalah tahunan yang terus berulang yang pada pandangan penulis dipandang sebelah mata sahaja bagi yang memegang tampuk kekuasaan. Mungkin bagi mereka ini adalah kici punya hal. Ini kesesakan satu tahun satu kali juga. Semua orang harus faham.. Apa adakah rakyat wajib faham tetapi mereka tidak perlu faham keadaan rakyat? Oleh kerana kesesakan ini berulang...

hari terakir Ramadhan 1433

Imej
Fajar 29 Ramadhan 1433 akhirnya tiba jua tanpa dapat ditangguhkan oleh sebarang makhluk meskipun dia berani mendakwa bahawa dia paling berkuasa dalam sesebuah wilayah. Siang 28 Ramadhan yang merupakan penghulu segala hari memaparkan wajah sedih dengan derapan hujan berulang disulami mendung yang panjang seolah menangisi pemergian Ramadhan yang mendatangkan jutaan rahmat ke atas umat. Namun wajah-wajah umat akhir zaman kelihatan lebih ceria berbanding hari-hari awal kehadiran bulan mulia ini. Seawal subuh lagi umat ini telah berbondong-bondong menuju ke pasar bagi menyambut lebaran yang diyakini akan bertamu pada fajr keesokkan harinya. Penulis juga ke pasar yang mempamerkan kesesakan lalu lintas yang agak kronik. Terpaksa berpusing beberapa pusingan untuk mendapatkan tempat parkir. Kemudian setelah berjaya, baru beberapa tapak melangkah, kelibat penguatkuasa kelihatan berlegar. Pasti kena saman punya kerana penulis memang tiada bekalan kupon dan juga tiada premis berdekatan y...

Lailatul qadr.....

Siang khamis hari ke 20, pejabat bangunan tertinggi menjemput ulama dari pejabat pentadbir agama daerah untuk berbicara mengenai malam al qadr. Maka menjelang waktu dhuha, penulis bergerak bersama tn CC menuju ke bangunan mercu tanda. Tatkala tiba, ruang di dalam dewan sudah dipenuhi ramai. Ceramah sudah berlangsung. Ulama yang menyampaikan ceramah masih muda. Pernah berkhidmat selaku imam di beberapa buah masjid daerah selama 10 tahun dan kini bertugas di bahagian polis agama setelah dinaikkan pangkat. Ulama ini begitu bersemangat mensyarahkan mengenai malam al qadr bersandarkan hadis dan juga pandangan ulama termasuk jadual alam sufi yang menentukan malam qsdr bersandarkan kepada hari pertama ramadhan berdasarkan kepada pengalaman mereka. Apa yang agak menarik ulama tersebut cuba memperkuatkan pandangan beliau bahawa malam ke 21, iaitu malam ini merupakan malam al qadr bersandarkan hujjah bahawa malam tersebut merupakan malam jumaat. Beliau juga membuat ulasan akhir bahawa pali...

Hari ke sembilan belas ..

Imej
Sedar tak sedar...dok asyik dibuai khayalan hari raya gamaknya...sudah masuk hari ke sembilan belas berpuasa pada hari ini. Gema lagu hari raya sudah semakin galak dipalu dan dimainkan, bahkan lebih galak dan bergema berbanding suara alunan bacaan al quran dan sebagainya. Semangat meneruskan puasa terasa semakin mengendur...sirna dek semangat dan keserunukan untuk meraikan 1 syawal... Kita sedang melangkah masuk ke semester akhir dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini. Pelajar cemerlang dalam semester kedua bakal meraih anugerah keampunan selepas menerima anugerah rahmat pada semester awal sebelum ini. Dan mereka juga bakal menerima anugerah pembebasan dari neraka, disamping hadiah lain yang amat bernilai, malam al qadar... Rata-rata di kampung-kampung sudah ada ahli qaryah yang memasang pelita punjut. Kalau dahulu kala diceritakan bahawa pemasangan pelita itu adalah untuk menaymbut lailatul qadr...yang digambarkan sebagai makhluk yang akan menyebabkan bersujudnya segala benda ...

Ramadhan ke 18

Sambutan nuzul al quran diadakan di masjid jamek menara nan sebatang. Kehadiran dilihat agak menggalakkan. Majlis dinamakan dengan anjuran tiga badan gergasi yang menaungi ahli organisasi. Adapun aturcara dan kaedah sambutan ialah dengan mengadakan tadarrus al quran kunun namanya. Maka dikumpulkan hampir 30 kumpulan dengan anggota setiap kumpulan seramai 20 orang yang membolehkan setiap ahli kumpulan menghabiskan bacaan sebanyak dua muka. Maka dalam masa kurang 20 minit, setiap kumpulan boleh menghabiskan hampir dua juzuk al quran. Oleh kerana hadirin tidak dapat membentuk jumlah kumpulan seperti yang diimpikan, maka ada juzuk yang ketinggalan. Mujurlah kumpulan kami yang dipimpin oleh P1 mempunyai ahli paling ramai, maka kami secara mukhlis dapat menyelesaikan empat juzuk bacaan. Maka kira-kira selepas satu jam, majlis khataman pun disempurnakan sambil dipersaksikan oleh pimpinan tertinggi. Kemudian ceramah oleh hakim mahkamah tinggi syariah. Setiap jamaah yang hadir mener...

Ramadhan 15

Imej
Suasana ketaksuban manusia untuk menyambut hari raya semakin mengghairahkan, melebihi keghairahan mereka untuk meneruskan Ramadhan. Kadangkala melebihi keghairahan pencarian ganjaran keampunan yang juga ditawarkan secara eksklusif oleh yang maha pengampun.. Masyarakat kita masih terjauh daripada menghidupkan malam-malam ramadhan, kecuali pada 5 hari yang awal sahaja. Masjid surau sudah mula kehilangan jamaah tarawih dan subuh tetapi belum kritikal. Dijangka tahap kehadiran akan semakin kritikal menjelang semester akhir ramadhan berbanding di negara timur tengah. Kita terlalu asyik mengejar kemeriahan 1 syawal yang belum pasti menjadi milik kita, berbanding mengumpul bekalan sepanjang ramadhan yang sedang dilalui. Dimana-mana pasaraya dan premis perniagaan sudah barangpasti akan mengumandangkan lagu-lagu hari raya, bahkan sejak hari kedua berpuasa lagi. Masyarakat akhir zaman  negara islam contoh dunia ini seolah-olah sedang terdera dan meronta jiwanya untuk bersegera ke...

Ramadhan ke empat belas - Rahsia khatam al quran ekspress telah terbongkar!!

Imej
Sedar tidak sedar rupanya kita telah menjejaki nisfu Ramadhan. Semester kedua madrasah Ramadhan sudah hampir mula menjengah. Program-program berbuka puasa semakin rancak diadakan di sana sini, sama ada secara berkumpulan, ataupun secara formaliti. Sambutan nuzul al quran sudah mula mengintai dengan kertas-kertas surat rasmi sudah mula menapak di atas meja penulis, memohon nama yang bakal dijadikan 'kambing hitam' bagi menghadiri majlis formal khatam al quran . Akhir zaman ini, kita boleh khatam al quran dalam masa beberapa jam sahaja. Tidak perlu membaca hingga setiap mukasurat dari mushaf. Cukup dibahagikan beberapa orang staf yang mencapai empat angka ini kepada 30 kumpulan. Setiap kumpulan perlu membaca satu juzuk. Setiap kumpulan mengandungi sekitar 20 orang peserta. Oleh kerana setiap juzuk mengandungi 20 mukasurat, maka setiap ahli perlu membaca satu mukasurat. Maka dalam masa kurang lima minit, satu kumpulan ini sudah selesai membaca satu juzuk al quran. Dan da...