Catatan

Hari pertama ke sekolah

Imej
2 Januari 2013....anak sulung penulis melangkah kaki ke tahun satu di SK Dato Syed Zain Al Shahab. Seawal jam 7 pagi sudah berada di kawasan sekolah. Perhimpunan pada awal pagi di dataran sekolah bersama pelajar baru dan lama dan dikendalikan oleh badan Pengawas sekolah menghimbau kenangan nostalgik tatkala masuk darjah satu sekitar tahun 1981 dahulu di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Anak-anak zaman moden ini dihantar oleh ibu bapa dengan kenderaan hingga ke pintu sekolah. Masa perhimpunan juga ditemani oleh ibu bapa.  Guru besar sekolah bercerita mengenai disiplin murid. Kemudian anak-anak ini digiring hingga ke bilik darjah bersama ibu bapa dan guru. Tempat duduk dipilih sendiri oleh anak murid tersebut. Ibu bapa ada yang masuk ke dalam darjah sambil mengambil gambar dari alatan canggih yang dibawa ke sana kemari. Selepas melihat tempat penulis beransur untuk menghantar anak kedua ke kelas tadika. Bapa saudara yang bermurah hati menghantar telah membawa anak kedua penu...

Jika imam bacaan kurang baik...

Imej
Jika bacaan fatihah anda diketahui dan diperakui lebih baik dari jamaah sedia ada. Kemudian anda menghadiri solat berjamaah dan ada lelaki yang mengimami jamaah. Bacaan lelaki selaku imam ternyata wujud kecacatan pada sebutan "..Iyyaka...." dan juga bacaan huruf "sod..." menjadi "....syin..."..maka apakah boleh lelaki yang lebih baik bacaannya menjadi makmum kepada imam tersebut? Berdasarkan kepada apa yang difahami oleh penulis, lelaki tersebut tidak diperbolehkan menjadi makmum kepada imam yang seperti itu bacaannya...Wallahu a'lam. Namun dalam masyarakat kita amat jarang perkara bacaan imam menjadi topik utama dalam pemilihan imam. Masyarakat lebih memandang kepada seseorang yang mampu menggauli masyarakat dengan lebih baik ataupun juga melihat kepada senioriti seseorang. Mungkin mereka melihat bahawa hal bacaan boleh dilatih dikemudian hari. Tetapi ada juga keadaan dimana sang imam masih gagal menguasai bacaan meskipun telah mengikuti kelas...

Kalau Baitulmal benar-benar berfungsi....

Imej
Baitulmal adalah merupakan perbendaharaan atau dalam bahasa modennya boleh juga dipanggil bank yang merupakan tempat pengumpulan harta milik negara yang diambil dari hasil ghanimah peperangan dan sebagainya. Pengertian Baitul Mal Baitul Mal berasal dari bahasa Arab bait yang berarti rumah, danal-mal yang berarti harta. Jadi secara etimologis (ma’na lughawi) Baitul Mal berarti rumah untuk mengumpulkan atau menyimpan harta (Dahlan, 1999). Adapun secara terminologis (ma’na ishtilahi), sebagaimana uraian Abdul Qadim Zallum (1983) dalam kitabnya Al Amwaal Fi Daulah Al Khilafah, Baitul Mal adalah suatu lembaga atau pihak (Arab: al jihat) yang mempunyai tugas khusus menangani segala harta umat baik berupa pendapatan maupun pengeluaran negara. Jadi setiap harta baik berupa tanah, bangunan, barang tambang, uang, komoditas perdagangan, maupun harta benda lainnya di mana kaum muslimin berhak memilikinya sesuai hukum syara’ dan tidak ditentukan individu pemilik...

Kelas terakhir

Imej
Setelah beberapa siri pertemuan sejak september akhirnya kelas ini tiba ke penghujungnya. Kelas akhir ini dihadiri tidak seramai kelas pertama. Penulis membawa pelajar untuk refleksi dan melihat semula segala dapatan dan peritiwa sepanjang kelas dan program berlangsung. Ternyata majoriti faham objektif kumpulan ini. Faham kenapa mereka menyertai kumpulan ini. Cuma di pertemuan ini kadar kehadiran berada di tahap yang amat kritikal. Mungkin mereka berfikiran bahawa dengan hanya satu kredit ianya seolah tahi lalat sebutir di tepi pipi yang mungkin tidak mencacatkan kejelitaan atau kemarcuran wajah. Namun mereka mungkin hampir terlupa bahawa kadangkala tahi lalat sebutir itu boleh membesar dan mampu pula membawa kecacatan seumur hidup!! Penulis juga cuba membawa pelajar berfikir sejenak mengenai misi organisasi. Ternyata ramai yang gagal memahaminya. Didoakan semoga yang hadir mendapat kejayaan dalam setiap ujian ..

Aku ingin cuti ..

Cuti Rehat atau tahunan  yang diperuntukkan kepada setiap pekerja acapkali doanggap sebagai hak mutlak mereka. Hal ini menyebabkan ada diantara staf yang begitu berani mengamuk sakan di pejabat apabila permohonan cuti mereka ditolak mentah-mentah oleh insan bernama bos. Ada juga staf yang berani mengambil Cuti Kecemasan - EL dengan alasan bagi menghalalkan perlakuan mengambil cuti secara tidak terancang dengan hanya menghantar mesej ringkas melalui SMS. Penulis juga berpengalaman  mengambil EL. Tetapi ianya berlaku apabila kita sering berhadapan dengan kes luar jangka. Ianya juga jarang sekali berlaku. Namun ada juga staf yang cuba mengambil kesempatan atas sifat toleransi tahap tinggi insan bernama bos untuk kerap mengambil EL. Malang sekali jika kekerapan agak tinggi dan hampir setiap bulan. Mungkin golongan seperti ini perlu diluruskan dengan sekali-sekala tidak meluluskan permohonan EL tersebut. Ataupun boleh juga dengan terus ke rumah staf berkenaan untuk memastik...

Apabila anda distatus : DIREHATKAN

Imej
Apabila anda disabitkan dengan sesuatu kesalahan yang melibatkan polis dan juga perundangan. Maka majikan tempat anda bekerja akan membuat keputusan bahawa anda digantung kerja sehingga kes selesai dan dibayar separuh gaji...Anda mungkin merasa tidak puas hati...rasa diri teraniaya..tanggungan  ramai yang hendak disara. Mungkin juga terpaksa mencari-cari pekerjaan lain selaku part-timer untuk menampung kehidupan.. Andai anda seorang pemain bola sepak... setelah bertahun bersama dalam pasukan..tiba-tiba anda digantung permainan...mungkin atas sebab disiplin..kerap dilayangkan kad kuning...maka anda mungkin akan terfikir untuk mencari offer di tempat lain... Salah seorang selebriti televisyen tersohor pernah dipakaikan istilah direhatkan gara-gara menghadiri program anjuran pihak yang masih belum memerintah.. Apabila anda merupakan salah seorang ahli sesuatu kumpulan yang bergerak aktif ke beberapa kawasan .. bersama rakan-rakan..hampir setiap bulan..tanpa ada seorang pun ...

Pengunjung masjid : Antara kepelikan dan keajaiban

Laungan azan Asr dari jame menara nan sebatang menggamit hati pencinta Tuhan untuk kembali ke rumahNya setelah seharian berada di medan pekerjaan. Kelihatan dua lelaki memandu laju sebuah kenderaan ringan milik organisasi menuju ke ruang meletak kereta jame menara nan sebatang yang indah dan tersohor. Tatkala masuk ke perut masjid kelihatan dua lelaki itu sedang solat. Begitu juga sang imam kabir. Kemudian sejurus sebelum iqamah salah seorang lelaki tadi keluar agak terburu-buru dari masjid. Sang imam kabir pula kelihatan menoleh-noleh kebelakang seolah mencari seseorang. Kemudian solat diiqamahkan oleh orang lain. Bukan muazzin tadi. Sang muazzin tadi juga tidak kelihatan. Usai solat, kelihatan seseorang sedang duduk bersenang di tingkat bawah ruangan rehat sambil membelek HP. Oh...rupanya lelaki tadi. Rupanya dia menunggu rakannya solat jamaah. Tetapi dia tidak menyertai jamaah. Dia telah solat sendirian sebentar tadi sebelum iqamah. Tatkala sang imam sedang tercari-cari pengga...