Catatan

Ada yang pelik di situ

Seusai solat Maghrib penulis bergegas ke sebuah restoran yang agak tersohor di Malaysia. Berkebetulan bonda dan isteri telahpun membuat pesanan. Beberapa minit kemudian, pesanan pun tiba. "Nape air nih rasa cam kopi..?" Pelayan di panggil. Kemudian dia datang sambil menunjukkan di menu.. "Tadi order yang ni kan..white choclate..?" Selepas isteri meminum sedikirt ternyata ianya berperisa nescafe.. "Kalau nak tipu pun agak-agak le.." rungutnya. Setelah dipanggil pelayan kedua maka terbukti air yang disajikan sememangnya tersalah ataupun senghaja berlaku kesalahan. Maka ianya diganti. Kemudian muncul masalah lain. Menu yang dipesan tidak kunjung tiba. Kemudian bila ditanya rupanya belum dibuat lagi? Sebuah restoran dan tersohor. Tetapi gagal mempamerkan perilaku layanan yang terbaik untuk pelanggan. Pengurus juga buat-buat tidak tahu. Harga boleh tahan melantun....

Peluklah lagi....

Imej
Dengan penuh perasaan bangga, salah seorang artis pujaan rakyat Malaysia memberikan kenyataan bahawa dia sememangnya senghaja membuat acara pelukan terhadap rakan-rakan artis lelaki lain selaku seorang sahabat. Rupa-rupanya bila kita merangkul atau memeluk lelaki yang bukan ajnabi dengan memasang niat sebagai seorang sahabat maka ianya diharuskan? Mungkin ini fatwa yang diambil dari mahaguru mereka di belahan barat bumi ... Oleh kerana artis kini menjadi ikon golongan remaja, maka kenyataan yang dibuat adalah amat menyedihkan para pencinta Islam. Kenapa mereka hanya mahu berkiblatkan barat dalam segala aspek kehidupan mereka dan kemudian akan ditiru dan dianggap sebagai tatalaku yang sebenar. Maka tidak hairanlah nanti apabila para pemuja mereka mampu berpelukan di khalayak ramai dengan rakan atau sahabat bukan ajnabi sekalipun dengan alasan 'sahabat'.. Kenapa pula golongan pemuja artis masih mahu menjadikan mereka ini selaku role model dan masih enggan untu...

Islam di negaraku - kisah kecil

Imej
Kecantikan dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi. Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi. Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan. Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan. Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che Ta berkata, itu adalah hak masing-masing.  "Saya tahu macam-macam ora...

Selangor - lawatan singkat warga selatan

Imej
Jumaat sekitar jam 8.30 pagi penulis bergerak ke kota Selangor untuk menghadiri majlis walimah sepupu. Penulis berhenti rehat di kawasan rehat pagoh. Menikmati secawan milo panas. Keadaan di kawasan ini agak padat. Rata-rata warga asing negara jiran memenuhi ruang. Pandangan ini bersandarkan kepada nombor pendaftaran kereta. Kami tiba di halaman rumah abang ipar penulis sekitar jam 11.30 pagi. Setelah tidur sebentar, penulis bersiap untuk menghadiri solat Jumaat. Selepas melihat-lihat GPS di telefon pintar, maka diputuskan ke masjid kajang. Tanpa merujuk kepada kakak ipar, penulis terus bergerak masjid yang terletak 7km dari kediaman. Masjid tersebut agak besar juga ruangnya walaupun bangunannya tidak kelihatan baru. Selesai tahiyyatul masjid, tazkirah Jumaat bermula dengan seorang lelaki muda berjubah hitam. Intisari tazkirah berkisar dari pengalaman dari seorang kristian kepada seorang muslim. Azan Jumaat dialunkan persis azan di kota Makkah. Ah betapa hati ini bagai digaru d...

Amal Maaruf Nahi Mungkar ... semakin dilupakan?

Imej
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Al Imraan : 110) Apabila kita berjalan di kota ...maka terlihat oleh kita sepasang merpati (kekasih) sedang berpegang tangan dan bermanja. Apa tindakan kita..? "Boleh jadi dia dah bernikah ... biarlah.." "Aku ni pun bukan baik bebeno..." "Rasa macam nak tegur .. tapi kena belasah pulak .." "Geram tul aku  nengoknya ..." "Benci betul..." "Ehem...Asalamualaikum...saudara-saudari ni suami isteri ke atau adik beradik? Jik...

Bila nak mula dakwah?

Imej
"Bila nak start berdakwah?" Soalan seumpama ini jarang kedengaran di mana-mana bahagian atau kawasan kedai kopi apalagi majlis mesyuarat tertinggi parti... "Nak dakwah kena masuk badan dakwah..." "Nak berdakwah? Tu kerja para ustaz dan ustazah..." "Nak dakwah? Belajar agama tak sampai ke mana...sibuk nak ambil alih tugas orang..." Kebanyakan dari kita agak terasing dan merasa berat untuk kerja dakwah. Bagi kita, dakwah hanya tugas golongan yang tertentu sahaja. Bukan tugas semua insan bergelar muslim. So, macammana pula dengan hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, sampaikan dariku walau satu ayat ... Jadi ianya adalah satu suruhan Rasulullah SAW yang mematahkan hujah pemalas yang mengatakan, ilmu masih belum cukup....tak berapa pandai nak cakap dan sebagainya kerana Nabi SAW memerintahkan untuk menyebar luaskan ilmu walaupun hanya sepatah.... DEFINISI DAKWAH Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan i...

Ini majlis rasmi kita

Seorang rakan penulis berkesempatan menghadiri majlis pelancaran bertaraf kebangsaan di ibu kota pemerintah tengahari yang agak mendung tetapi terik dan hangat. "Apa yang menjengkelkan aku kenapa mesti ada acara tarian dua pasangan ? Meskipun mereka berpakaian tradisional tetapi penari perempuan tidak berhijab...." "Yang lebih menarik ialah sebaik sahaja acara tarian pembukaan berakhir, bacaan doa pun dipanjatkan seolah-olah tidak berlaku sebarang kefasadan sebentar tadi. Betullah sabdaan Rasulullah SAW akhir zaman semakin ramai penari / penyanyi akan muncul..." Teringin rasanya hendak melihat pembukaan majlis rasmi dimulakan dengan bacaan beberapa potong ayat-ayat suci Al Quran beserta terjemahan.. "Tapi ada yang kurang senang..." "Kalau begitu apa bezanya dengan musyrikin Makkah yang menghalang bacaan Al Quran..?"