Catatan

Kurma Iran VS Kurma Saudi

Imej
Isu ini boleh dikatakan sudah mula dimakan kulapuk. Namun tatkala majlis berbuka puasa di rumah mentua Ramadhan hari ke 12, isu ini mula hangat kembali gara-gara adik ipar yang menyentuh kotak kurma yang dibawa ... Rupanya orang sebelah yang setia kurang perasan dengan isu ini. Sebaik pulang dari jamaah Maghrib tatkala hendak menyenduk nasi goreng najlis tahlil ringkas Asar tadi, orang sebelah mula berbunyi,.. "Lain kali tak payah beli kurma tu lagi..." "Mmm...kenapa pula..?" "Dia orang bunuh budak..." Ya ...isu pembunuhan kanak-kanak adalah isu yang sensitif bagi dirinya. Atas sebab itulah dia terus menolak untuk makan di salah sebuah restoran makanan segera tersohor yang dikatakan membantu zionis melalui wang keuntungan, sedangkan sebelum itu, beliau jarang sekali tidak hadir ke restoran tersebut. Apatah lagi dia juga pernah bertugas sebagai krew di situ suatu ketika dahulu. Tapi pada pandangan penulis isu ini berbeza.. ...

Ramadhan 9 - lagu raya sudah kedengaran

Imej
Ramadhan hari ke sembilan tiba dengan wajah sayu langit kelam sepanjang hari. Tatkala berada di hujung harinya sudah mula kedengaran lagu-lagu hari raya..Entah dirasuk apa agaknya sang pemutar lagu itu.. Dentuman mercun juga sudah mula kedengaran walaupun lemah dan jarang-jarang. Sebenarnya sejak dua ramadhan lagi sudah berbunyi dentuman kecil di kaki lima surau tatkala imam bersama jamaah menyelesaikan tuntutan tarawih.. Dentuman ini memang dibuat oleh kanak-kanak yang suka kepada dentuman ganas. Semakin kuat semakin seronok. Mungkin boleh dicadangkan agar kanak-kanak ini termasuk ibu bapa dan juga pembekal dihantar untuk melancong selama 30 hari di bumi gaza dan juga bumi syria untuk mendewasakan pemikiran mereka betapa ngerinya bunyi dentuman, bukan untuk dipermainkan.. Kanak-kanak ini saban tahun menjadi mangsa mercun tatkala rakan sebaya mereka beramai-ramai menjadi mangsa bom di bumi gaza dan juga syria. Kanak-kanak ini menjadi popular sebentar di kaca tv d...

Ramadan - Proses mencanai taqwa yang hilang ..

Imej
Ramadhan sebagaimana kita semua sedia maklum adalah bulan yang merupakan hadiah dari Allah kepada para mukminin. Manakan tidak..sedangkan kesemua ikan di laut akan memohon keampunan setiap pagi di bulan Ramadhan dimana ianya tidak pernah berlaku dalam bulan-bulan yang lain.. Segala amalan akan dilipat gandakan akan ganjarannya. Ulama ada juga menyatakan bahawa dosa-dosa yang cuba diperlakukan akan dilipat gandakan juga balasannya... Ramadhan adalah bulan tarbiah bagi memburu gelaran taqwa.. kegagalan insan untuk meraih gelaran itu di akhir Ramadhan adalah merupakan satu kerugian yang amat besar yang melaluinya.. Puasa adalah merupakan satu proses menahan diri dari melakukan sesuatu yang amat disukai oleh nafsu. Ulama menyatakan bahawa menahan diri dari makan, minum dan melakukan sesuatu yang membatalkan puasa adalah satu simbolik sahaja. Falsafah yang penting untuk diterapkan di sini ialah kemampuan untuk menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh dilakukan tetapi ditahan ke...

Atlet SUKMA Mabuk Didakwa Dirogol - ulasan lewat

Imej
Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.  Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki  pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.  Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan. -  Bernama Adakah ini keadaan dan akhlak atlet sukan kita ..? Bercampur gaul dengan sebebasnya, meneguk arak seenaknya dan akhirnya diperkosa lantas mengadu kepada pihak berwajib? Mengapa sebelum keluar dengan atlet berlainan jantina, dan sebelum meneguk arak tidak mahu rujuk dahulu kepada pihak bverwajib..atau setidak-tidakn...

sketsa solat tarawih

Imej
Malam ke lima berpeluang mengulangi solat tarawih di masjid semalam, memandangkan imamnya adalah seorang huffaz... Ya...meskipun huffaz, tetapi imam ini seqadar membaca dua atau tiga ayat untuk satu rakaat. Ini adalah mungkin secocok dengan fizik jamaah yang mungkin lemah untuk berdiri bagi menghabiskan satu mukasurat setiap rakaat berbanding di dua tanah haram... Apa yang menariknya ialah selepas lapan rakaat, jamaah yang tinggal hampir separuh daripada keseluruhan jamaah yang hadir. Dan fenomena yang lain ialah wujud beberapa jamaah yang menunaikan solat sendirian, mungkin witir di kawasan belakang masjid.. Juga tatkala solat didirikan kedengaran suara orang berbual...bila ditoleh kelihatan sekelompok anak muda seronok berbual di tepi pintu masuk masjid...ni bukan geng lapan atau geng dua tiga. Ni geng pengacau kekhusyukan orang yang mahu menghabiskan sedikit masa dalam jamaah tarawih... Alangkah bagusnya kalau setiap waktu solat masjid dipenuhi jamaah seramai ja...

solat tarawih?

Penjelasan Mengenai Bilangan Rakaat Solat Tarawih oleh Prof Dr Ali Jumu'ah-MUfti Besar Mesir July 30, 2011 at 4:23pm Penjelasan Mengenai Bilangan Rakaat Solat Tarawih oleh Prof Dr Ali Jumu'ah-MUfti Besar Mesir Bahagian 1 Dipetik dari buku: Penjelasan Mengenai Bilangan Rakaat Solat Tarawih Oleh: Prof. Dr. Ali Jumu’ah (Mufti Besar Mesir) Dikeluarkan oleh: Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki. Terbitan: SOFA Production. Soalan: Orang ramai telah berselisih pendapat pada bulan Ramadhan Al Mubarak mengenai permasalahan solat tarawih. Apakah pendapat yang sohih mengenai bilangan rakaatnya? Jawapan: Kembali kita hidup dalam persengketaan tahunan didalam bulan Ramadhan Al Mubarak antara setengah golongan yang berkeras dengan pendapat mereka dan inginkan orang ramai menurut pendapat mazhab mereka dan orang awam yang kadangkala tidak menemui sesiapa yang mampun menyelematkan mereka dari golongan tersebut. Sebab tercetusnya perselisihan ini ialah permasalahan bi...

Bagaimana Rasulullah Berbuka ?

Imej
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Seharian kita menempuh hari tanpa makan dan minum dalam mentaati perintah Allah di atas...kemanakah langkah kaki kita akhirnya? Kebanyakan dari kita akan cuba meluangkan masa ke bazaar Ramadhan .. seribu selera .. untuk mencari 'sesuatu' buat berbuka puasa kelak (?) Mungkin bagi pasangan keluarga yang kedua-duanya bekerja, mengunjungi bazaar sebelum iftaar menjadi acara 'WAJIB' disebabkan kesuntukan masa untuk menyediakan juadah. Namun ada juga yang sanggup bekejar-kejaran mencari bahan mentah untuk dimasak ... Kita kadang-kadang teralpa seketika tatkala memikirkan mengenai hidangan buat berbuka. Dan mungkin sebilangan dari kita kadang-kadang terlupa untuk menjejaki bagaimana agaknya menu Rasulullah SAW tatkala berbuka puasa?  Adakah di kota Madinah pada zaman itu sudah wujud apa yang dipanggil baz...