Catatan

Negara kita sudah hilang berkah?

Imej
Dan terkini ialah pembunuhan penguatkuasa agama pula....nampaknya keadaan semakin menjadi tidak terkawal...adakah benar negara kita sudah hilang keberkatan? Mungkin dahulu kita mungkin boleh percaya bahawa negara kita dianggap sebagai salah sebuah baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur ... Negara yang baik dan mendapat keampunan Tuhan Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!     Saba : 15 Adakah kita hanya seqadar menggelengkan kepala dan kemudian membatukan diri sahaja...atau seqadar berdoa mohon keselamatan sahaja...? Apakah tindakan di pihak yang berw...

Adakah benar kita bertugas kerana Allah?

Imej
Hampir setiap ketika apabila berada di pejabat yang dikepalai oleh pengurusn yang memahami al quran dan sunnah, sudah barangpasti kita sering diperingatkan dengan kepentingan mengutamakan nilai-nilai Islam dalam pelaksanaan kerja seharian. Para ulama jelas menyatakan bahawa kerja itu dianggap sebagai ibadah, asalkan menepati beberapa syarat yang telah ditetapan. Antaranya ialah niat untuk mencari redha Allah, untuk menyara keluarga, tidak meninggalkan ibadah yang khusus, tidak bekerja di mana-mana sektor yang melanggar hukum (seperti sektor pelacuran dsbnya). Dalam bidang pekerjaan ini, ada kalanya kita selaku makhluk yang lemah sering menghadapi turun naik semangat untuk bekerja. Maka ini memerlukan sebuah motivasi yang berterusan untuk meneruskan pekerjaan kita. Ada kalanya, kita merasa begitu malas untuk melaksanakan sebarang kerja. Duduk di meja kerja tidak berbuat apa-apa, kecuali melayari internet (bagi pejabat yang mempunyai kemudahan tersebut). Bagi pejabat yang tiada ...

Memerangi Syiah...meliarkan nasionalis...

Imej
Gerakan memerangi syiah semakin hari semakin diperhebatkan di bumi semenanjung emas ini. Ada sahaja aktiviti yang dilaksanakan sama ada di peringkat kerajaan, jamaah bahkan orang perseorangan. Begitu ramai yang mengaku sebagai penganut ahli sunnah yang asli dan terpelihara menceburkan diri ke dalam dunia jihad melawan kaum syiah yang sesat ini. Dan diriwayatkan juga ada ulama di kalangan sunni di bumi bertuah ini sanggup bermatian menterjemahkan kitab-kitab syiah ke dalam bahasa melayu, bukan sebagai satu bentuk percambahan ilmu, tetapi untuk menghentam dan membuka kedok kebusukan musuh tradisi no wahid, iaitu syiah dan angkatannya... Petang seusai solat asr berjamaah di jame menara nan sebatang, sekonyong-konyong muncul seorang ulama menghampiri kami, "Semalam masjid ni ada buat bacaan doa awal tahun dan akhir tak?" "Ada.." "Kita kena faham bahawa Nabi SAW tidak pernah melaksanakan acara tersebut. Ianya satu bidaah...!" Terang tan...

Ibadah kita senantiasa bermusim?

Tatkala menghadiri sambutan maal hijrah di salah sebuah masjid jame di bandar yang dinamakan bersandarkan kepada nama haiwan ini, fikiran penulis agar terusik dengan gelagat majoriti yang hadir pada maghrib 30 zulhijjah 1434 petang itu. Penulis sememangnya tiba agak lewat. Tatakala suara imam sudah membaca bacaan surah pada rakaat kedua, penulis masih terpusing-pusing mencari parkir kereta. Masjid tua yang telah wujud sejak tahun 1940an di bawah agensi pentadbiran agama negeri ini kelihatan sendat dengan kenderaan hingga melimpah ruah keluar daripada kawasan parkir yang berpagar. Apabila berjaya menjeguk ke dalam bahagian solat, saf tidaklah melimpah ruah sebagaimana yang biasa berlaku pada hari Jumaat. Lagipun kebanyakan jamaah malam itu adalah anak-anak muda, mungkin dari asrama sekolah berhampiran. Meskipun penceramah yang dipanggil agak tersohor, namun ianya kelihatan tidak mampu menarik khalayak lebih ramai.. Sememangnya jamaah pada Maghrib 1 Muhrram 1435 adalah ramai...

Astro Ceria : Hanya menceriakan tanpa mendidik..

Imej
Mungkin tidak semua di antara kita yang biasa menonton astro ceria di siaran 611. Ianya adalah saluran khusus untuk kanak-kanak di semua peringkat umur. Mungkin pada masa awal penubuhannya hanya diisi dengan siaran kartun biasa yang dialih bahasa.  Tetapi selepas melalui beberapa fasa kematangan, kelihatan astro ceria mula bangkit dengan beberapa siri realiti (selain tom tom bak) seperti kamilah bintang , dan terkini super star 2.. Ternyata kebanyakan acara realiti terkini dan juga sebelum ini di astro ceria langsung tidak mendidik jiwa anak-anak. Alangkah ruginya sebuah siaran yang ditonton oleh kebanyakan anak di seluruh negara Islam Malaysia ini tidak dipergunakan dengan sebaiknya untuk membawa mereka berfikir dan mendidik mereka ke arah Islam.  Kita sebenarnya boleh mengira  dengan jari berapa ramai sahaja anak-anak kita yang mahu menonton kisah-kisah agama seperti adik bertanya ustaz, ataupun kisah-kisah yang banyak ditayangkan di TV9 berkaitan pendidika...

Masanya semakin kritikal ...

Imej
Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap keburukkan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya. Laporan dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah. Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik a...

Duit terkumpul jutaan RM ... agihannya bagaimana pula?

Imej
Maka terdengarlah akan riwayat yang dikhabarkan dari punca yang sahih akan kutipan zakat dari sebuah negeri semenanjung emas yang mencapai jumlah belasan juta RM. Memang amat cekap dan hebat para pegawai zakat di negeri tersebut yang telah berjaya merealisasikan pelbagai acara dakwah, forum, khutbah, dan sebagainya bagi menyedarkan akan anak negeri yang bersyahadah akan kewajiban menunaikan zakat harta guna untuk diagihkan kepada sang asnaf yang tujuh untuk kemakmuran dan penjanaan ekonomi ummah.. Namun jiwa sosialis yang merangkul erat minda, bukan kerna hasad dengan kekayaan insan, bukan kerna sakit hati dengan kejayaan pejabat serta pegawai pemungut zakat, kerap meronta dan ingin bertanya, bagaimana pula dengan agihannya? Mungkin kalimah sosialis itu nantinya menjadi senjata makan tuan. Alam melayu yang penuh sopan dan santun (warisan moyang) ini sememangnya agak phobia dengan kalimah ini dan mudah pula beranggapan bahawa sosialis itu adalah komunis dan komunis itu adal...