Catatan

Kisah cinta si pemakan epal......

Imej
Suatu hari yang agak tenang, duduklah seorang pemuda soleh di tebing sungai dajlah memerhatikan kebesaran dan keagungan alam dalam penciptaan alam semesta ini. Terpesona ia dengan keletah alam yang senantiasa tunduk dan patuh pada perintah penciptanya.  Maka menjelang tengahari, tiba-tiba perutnya diserang rasa lapar yang bersangatan. Sedang ia sibuk antara berzikir sambil melihat keindahan ciptaan sang pencipta dengan perasaan diulit kelaparan, tiba-tiba wujud di hadapannya di dalam sungai itu sebiji buah epal yang tenggelam timbul. Maka dek kerana kelaparan yang merobek-robek ususnya, tanpa berfikir panjang terus sahaja ia mengambil 'rezeki' yang muncul secara tiba² itu dan dimakan. Setelah hampir separuh dihabiskan, "Eh...aku ni makan makanan ini mana asalnya? Entah-entah buah ini ada pemiliknya.." Terpancar ilham pada pemikiran sucinya itu menyentakkan selera makannya yang sedang menggebu. Epal ditangan tidak jadi dihabiskan. Nafsunya terhad...

Al mulhamah al kubra -

Imej
Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Kalian akan berdamai dengan bangsa Rom (Amerika) dalam keadaan aman, kemudian kalian dan mereka akan memerangi satu musuh di belakang mereka. Dan kalian akan memeperolehi kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. Kemudian kalian akan berangkat sehingga sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit (Megiddo?) Maka seorang lelaki dari tentera Rom (Amerika) mengangkat salib seraya berkata, :"salib telah menang!!" Maka marahlah seorang lelaki daripada kalangan kamu lalu membunuhnya lalu ditentang (oleh tentera Rom) dan jatuh (meninggal). Pada ketika itu (tentera Rom) sudah berkhianat (tidak patuh pada perjanjian) berlaku pertempuran demi pertempuran dan mereka berkumpul untuk memerangi kalian di bawah 80 bendera di mana dibawah tiap-tiap bendera terdapat 12,000 tentera" - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban daripada Dzi Makhmar ra HURAIAN Penulis buku HURU HARA AKHIR ZAMAN,...

Dipenjara kerana RM2...: Dimana kredibiliti penguasa agama?

Imej
Isu ini dah agak lama. Bagi sesetengah pihak dianggap lapuk dan mungkin dianggap sebagai isu terpencil sahaja. Banyak lagi isu besar yang perlu ditangani seperti syiah, ancaman Lahad Datu dan sebagainya termasuk ancaman penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian... Apabila penulis terbaca di dinding muka buku salah seorang rakan sejawat awal pagi tadi, penulis hanya sekadar melihat sekilas lalu dengan tanggapan negatif di pemikiran berkarat, "alah...orang lain dah tau dah..." Tetapi apabila rakan tersebut secara tiba-tiba membuat panggilan selepas rehat tengahari tadi, ianya agak memeranjatkan penulis. Beliau ini adalah salah seorang pendukung kuat parti nasionalis yang terkenal di negara semenanjung emas ini.  Beliau ingin mengambil pandangan penulis berkaitan isu ini. Bagaimana pula jika seorang yang memang dalam kesempitan wang datang ke gereja dan mengambil wang yang disediakan, tanpa perlu ditemuduga oleh sang paderi, tanpa perlu memegang lutut sister...

Polis Syariah : Hanya menangkap bukan mencegah?

Imej
Polis syariah, atau yang biasa kita kenali sebagai penguatkuasa agama sering menjelmakan dirinya pada waktu malam dalam operasi cegah maksiat di serata ceruk hotel (lokasi utama) dan sering jua memaparkan kisah-kisah kejayaan mereka di dada-dada akhbar sebagai salah satu kisah sensasi yang berjaya menarik bacaan khalayak dan melariskan jualan harian mereka. Selaku salah seorang pembaca akhbar percuma di warung pojok, tentunya mata kita akan lebih tertarik untuk membaca kisah tangkapan khalwat bersama cebisan gambar yang memaparkan tubuh badan yang ditangkap walaupun tidak secara jelas. Kejayaan pihak polis syariah membanteras pelakuan khalwat khususnya adalah amat memberangsangkan dengan hasil tangkapan yang agak lumayan di setiap operasi yang dilaksanakan.   Setiap kali berjalan di bandar, ataupun makan di mana-mana restoran makanan segera, kita akan bertemu dengan pasangan yang nyata bukan mahram makan bersama tanpa sesiapa pun yang mahu memandang serong pada...

Pendedahan Adik Syiling mempamer kredibiliti pengurus zakat

Imej
Oleh Rizanizam Abdul Hamid Kuala Lumpur: “Adik kumpul duit syiling sejak tadika sebab nak bayar yuran sekolah. Duit tak laku, yang satu sen pun adik pungut masuk tabung sebab adik nak kaya, boleh belajar kat Mesir jadi doktor,” kata Nur Khatijah Abdullah. Dia yang lebih mesra disapa Tijah, 7, berkata, tiada siapa mendidiknya mengenai amalan menabung sebaliknya kesedaran itu timbul selepas melihat kepayahan hidup nenek dan datuknya membesarkannya sejak kematian ibu akibat penyakit tibi. “Mak meninggal dunia ketika Tijah umur dua tahun, ayah pula tak ada. Nenek kerja tukang cuci, tok wan (datuk) tak kerja sebab sakit jadi Tijah kesian, masa tadika Tijah kumpulah duit sendiri untuk masuk tahun satu. “Tijah cakap kat nenek Tijah nak belajar sampai Mesir nanti boleh jadi doktor, boleh ubatkan sakit tok wan,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Dagang di sini semalam. Kisah murid Sekolah al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang it...