Catatan

Edisi Terjah : surau ni memang benar² berhantu...

Jika kita memasang nawaitu untuk ke pasaraya Econsave yang terletak di ibu daerah tengah gapura selatan, apabila kita melalui jalan belakang untuk pulang selepas selesai bertawaf wida sambil mengendong barangan keperluan, kita akan melalui sebuah bangunan usang yang kelihatan amat daif. Kalau tidak kerana papan tanda yang wujud, kita pun tidak tahu bahawa ianya adalah sebuah bangunan bertaraf surau... Agak sedih dan menyayat hati melihat keadaan surau atau rumah Allah yang pernah suatu ketika dahulu melalui zaman kegemilangannya. Sudah barang pastii dahulunya ia didirikan oleh para ahli qaryah dengan memasang nawaitu pengimarahan tiap waktu. Penulis kurang arif mengenai latar rumah Allah yang usang dan kelihatan seperti berhantu, kalau tidak kerana adanya nama bangunan suci ini. Ianya kelihatan begitu terasing dan ditinggal sepi oleh anak qaryahnya. Hendak dikatakan anak qaryah kesemuanya telah pupus, kelihatan masih ada rumah-rumah yang pada zahirnya milik muslim berhampiran ...

Khutbah Jumaat : tak sudah menganjing

Imej
Solat Jumaat 14 muharram di tapak masjid tua kampung rizab kepunyaan bumiputera, di tengah daerah dalam negeri gapura selatan, hujung semenanjung emas. Suasana agak nyaman dek kerana mendung yang berarak lalu. Sang imam adalah antara yang termuda, meskipun bukan yang paling muda di kalangan saf imam di masjid tua ini. Seusai pengumuman oleh bilal dengan membacakan hadis riwayat Abu Hurairah, sang imam berdiri di dalam kotak mimbar untuk membaca teks khutbah. Teks pada Jumaat ini masih berkisar mengenai isu anjing-anjingan. Tak sudah² para ulama di pejabat pengurusan agama rasmi mempromosi isu ini yang kunun seperti tidak akan berkesudahan. Rasanya minggu ini isu yang paling sensasi ialah isu berkaitan pengharaman SIS oleh majlis fatwa negeri Selangor. Selangor lagi....biarlah itu di Selangor, kata seseorang. Aihh...bukan ke isu anjing ini juga turut berlaku di sana? Maka rasanya lebih enak kalau teks khutbah berkisar mengenai bahaya SIS yang condong kepada islam liberal dan did...

Makan² di kedai milik peniaga Pattani

Imej
Boleh dikatakan kebanyakan warung atau kedai makan melayu di sekitar kluang adalah dimiliki oleh orang² yang berasal dari seberang utara semenanjung emas. Salah satu yang biasa dilawati ialah yang terletak di tepi jalan berhadapan dengan deretan rumah² banglo milik bumiputera di Kampungong Melayu. Ianya amat berhampiran dengan lampu isyarat simpang empat kampung melayu. Pemilik asal premis tersebut ialah seorang saudara baru yang terkenal dengan itik panggang. Meskipun begitu, penulis pernah mengalami pengalaman luar biasa ketika berurusan dengan pemilik lama premis berkenaan. Hidangan yang dipesan tidak sampai sehingga yang menunggu tersengguk mengantuk. Akhirnya, penulis pulang dengan tangan kosong. Mungkin pemilik tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Para petugas beliau yang buat silap. Apabila jumlah pelanggan sudah mula mengerumuni kedai, petugas kelihatan kelam-kabut dan akhirnya pelanggan tidak dilayan dengan baik. Bagi penulis, kejayaan sebuah kedai makan bukan hanya terletak...

Nak kahwin : belanja besar : tok sah nak berangan

Imej
Penulis agak teruja dengan paparan yang ditemui di laman muka buku beberapa jam sebelum Jumaat ini. Kalaulah majoriti pemuda pemudi sanggup sebegini, urusan perkahwinan akan menjadi semakin mudah dan pintu² maksiat Insya Allah akan tertutup rapat. Persoalannya, sanggupkah? Mungkin di kalangan tuan punya badan lagi suka, lebih² lagi pengantin lelaki. Tetapi ibu-bapa selalunya yang mahu macam². Kalau tidak pun, mereka akan terikut² rentak paluan saudara mara yang lain. "Anak perempuan nko yang masuk universiti...inilah sorang. Takkan nko nak kawinkan dia dengan jantan tu? Dah la kerja kerani je..." "Mak nak juga tengok cucu nenek di bersanding. Buat besar-besaran.Sebelum nenek tutup mata..." Itu antara dialog biasa yang sering kedengaran menyebabkan ibu-bapa yang agak separuh sedar menjadi tidak keruan dan mengikut sahaja kehendak mereka yang berada disekeliling mereka. Kalau lelaki betul² nakkan anak aku, kenalah betul² sikit. Ada nak buat majlis m...

Sarapan di mana? Stesen Keretapi Kluang

Imej
Stesen keretapi Kluang mungkin agak terkenal di kalangan penggemar kopitiam di negara ini kerana di sinilah berasalnya beberapa kedai kopitiam di beberapa negeri seperti di Perak dan juga KL. Bermula daripada kantin biasa di stesen keretapi sejak zebelum perang dunia ke II lagi, nama stesen keretapi ini semakin melonjak naik seiring dengan lonjakan kedai makan yang ada di situ. Namanya semakin melonjak apabila didapati terdapat campuran haiwan tidak halal di dalam ramuan kopi yang dikatakan amat lazat dan menyelerakan itu... Penulis tidak berhasrat untuk mempromosi kedai tersebut kerana ianya sudah terlalu glamour. Acapkali stesen televisyen membuat liputan dan penggambaran di situ. Namun sejak dilanda kontroversi, ianya agak mula ditinggalkan. Sang penggemar kopi "diehard fan" juga sanggup berpatah arang dengan kerusi dan meja kedai yang menjadi lokasi kunjungan saban hari sebaik mengetahui hakikat sebenar akan ramuan yang terkandung dalam kopi kegilaan.  ...

Jalan² cari makan : edisi kluang

Imej
Salah satu restoran atau kedai makan yang terdapat di kota Kluang adalah restoran two city. Restoran ini terletak berhadapan dengan bangunan yang kini menjadi sekolah tahfiz. Dahulunya bangunan tersebut menempatkan pejabat SOCSO cawangan. Restoran ini sudah beberapa kali bertukar pengurusan. Makanan yang dijual disini terdiri daripada makanan biasa. Mungkin yang paling istimewa bagi penulis ialah kupang goreng pedas.  Walau bagaimanapun, malam tadi stok kupang telah habis. Maka diganti dengan kerang masak pedas. Kami sekeluarga menempah hidangan nasi goreng sotong kunyit, mee hong kong, kerang masak pedas dengan minuman fresh oren dua, milo ais, asam boi dan cikong. Ini termasuk 6 keping otak². Tahukah berapa harganya..? Harganya ialah RM41.20... Memang agak mahal... Paling sedap adalah kerang sahaja.. Lokasi : http://www.instantstreetview.com/1qbijiz5ds3swz3q9zqhz5o Wallahu a'lam