Catatan

Kepulangan: selamat tinggal bumi berdaulat

Imej
Hari Jumaat di Brunei ... bagi sesetengah pihak sama sahaja di mana-mana negara yang menabalkan diri sebagai negara Islam...khususnya di nusantara. Namun di sana ada kelainannya. Bagi sektor awam sememangnya mereka bercuti hujung minggu pada Jumaat dan juga Ahad manakala Sabtu adalah hari bekerja. Bagi sektor swasta, hari hujung minggu mereka ialah pada Sabtu dan Ahad. Seawal malam jumaat, iklan berkaitan keutamaan solat Jumaat serta ancaman kepada mana-mana pihak yang mengabaikan solat Jumaat senantiasa dimainkan di peti televisyen milik kerajaan negara monarki tersebut. Dan pada hari Jumaat, setiap aktiviti akan dihentikan mulai jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang, termasuk aktiviti di ruang makan hotel sekalipun. Kalau difikirkan dari kotak tempurung kepala seorang kapitalis, apa kena mengena makan tengahari secara buffet di hotel dengan solat Jumaat? Biarlah ianya dibuka sebagai menguji keimanan, sebagaimana pandangan salah seorang pemimpin utama semenanjung emas suatu ...

Kembara kecil: Dari BSB ke Miri Rahsia Keagungan & Keadilan Seorang Sultan

Imej
INI BUKAN DI BRUNEI...INI DI MIRI MEE KOLO JAME MIRI Sebaik melangkah ke Maktab Kejuruteraan Jefry Bolkiah, kami seolah berada di sebuah sekolah lama sekitar tahun 90 an, meskipun ianya sebuah institusi pengajian tinggi. Mujurlah ada bangunan baru yang menempat perpustakaan utama, maka ianya agak layak untuk dipandang sebagai sebuah institusi berprestij yang duduk dan bangun sama taraf selaku sebuah institusi. Menjejaki lantai tangga yang boleh dianggap kurang dijaga, kami melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang mungkin hanya seluas sebuah perpustakaan sekolah rendah di negara kita. Sebaik selesai berurusan, kami meneruskan perjalanan ke Miri. Kami menemui miri sekitar jam 1 tengahari. Rupanya rakyat Brunei ini memang kerap masuk ke Miri untuk berbelanja. "Kalau hujung minggu lagi ramai yang masuk. Di sini, sektor awam akan bercuti pada Jumaat dan Ahad, manakala Sabtu adalah hari bekerja...." ...

Musafir kelana : menjejak mimpi melayu

Imej
MUZIUM ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA BRUNEI Hari ketiga, tugasan kami menjadi semakin sibuk. Hari ini kami dijangka akan menjejak dua lagi institusi pengajian iaitu Politeknik Brunei dan juga Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal. Politeknik Brunei bukanlah sebuah institusi sepertimana politeknik yang kita kenali di tanah air. Ianya hanya sebuah bangunan rekabentuk seperti apartment. Menurut sang pemandu teksi, bangunan ini asalnya digunakan untuk menempatkan pemain sukan sea semasa negara berdaulat ini menjadi tuan rumah. Kini ianya dijadikan sebuah politeknik. Semasa kami tiba, tiada sebarang sambutan luar biasa yang dibuat. Hanya sang pengawal yang membawa kami ke perpustakaan yang hanya dihuni oleh seorang staf. Dikatakan bahawa pegawai bertugas tiada buat masa ini. Kami membuat sedikit perbincangan berkaitan penerbitan yang telah dibuat oleh pihak organisasi. Selepas beberapa ketika, urusan selesai.. Lokasi seterusnya yang dilawati ialah Maktab Teknik Sultan Sai...

Pengembaraan kecil : Darussalam menggamit rasa

Imej
Pagi hari kedua di bumi darussalam mengejutkan sang musafir untuk menunaikan solat subuh seawal jam 4.55 pagi. Teringat saat tatkala berada dalam kembara suci di tanah suci, seawal 3.30 pagi kami perlu bangun untuk menyertai jamaah subuh di masjidil haraam.  Itu kisah di tanah suci. Ini kisah di darussalam. Adakah ada persamaan di antara keduanya? Hari kedua menyaksikan penulis menunggu di bilik hingga menjejak jam 8.30 pagi kerana ada urusan untuk membuat pinjaman kenderaan bagi melaksanakan misi kami..menuju ke Institut Teknologi Brunei (ITB) yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari hotel penginapan. Rundingan awal dengan pihak pemilik kenderaan telah gagal disebabkan harga yang dianggap tidak berapa menguntungkan. Kami menghubungi pihak lobi dimana adakah terdapat kereta sewa atau teksi yang mampu menawarkan harga yang lebih murah. Akhirnya, kami berjaya menemui sebuah teksi yang menawarkan harga yang boleh dianggap agak ekonomik. Satu jam disewa dengan harga BN...

Pengembaraan kecil : Darussalam menyambut hangat

Imej
Sekitar jam 9.00 pagi, penulis bertolak dari pintu tol bersama rakan setugas menuju ke KLIA2 untuk menaiki pesawat terbang milik syarikat penerbangan yang memakai warna merah selaku warna koperat kebanggan mereka menuju ke sebuah negara kecil yang dikatakan kaya yang dimiliki pemerintahannya oleh keluarga diraja.  Kami tiba di sebuah Rehat dan Rawat untuk menikmati hidangan pagi selepas kira-kira dua jam perjalanan tanpa henti merentasi jaluran lebuhraya. Sekitar 40 minit kemudian, kami tiba di hadapan KLIA2 , lapangan terbang yang tidaklah sebesar KLIA. Selepas menurunkan bagasi, kami bergerak masuk untuk check in dan mendapatkan tiket. Sebaik sahaja tiket berada di tangan, kami bersegera menuju ke kaunter pertukaran wang atau penggurup wang.  Kami kemudian bergerak mengarah ke pintu 7. Pergerakan ke pintu no 7 memakan masa yang agak panjang dek kerana jarak yang agak jauh. Tetapi mungkin kerana keadaan lapangan terbang yang tidak dimasuki walau senano cahaya menta...

Kisah Seorang Jurutol

Imej
Jurutol...satu nama yang tidaklah segah seorang juruterbang apalagi jurutera. Ianya adalah sebuah profesion yang agak unik kerana bilangan mereka agak terhad manakala tugasan mereka juga boleh dianggap tidak penting. Tetapi sebenarnya mereka ini memainkan peranan yang agak besar untuk menambah hasil negara. Penulis pernah menjawat jawatan berprestij ini. Ya .. sekitar tahun 1993, apabila rakan² lain berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, penulis bukanlah seorang yang berjaya mendapat tawaran yang sama. Akhirnya penulis telah mendapat tawaran sebagai seorang jurutol di salah sebuah syarikat lebuhraya tersohor. Tatkala itu, lebuhraya utara selatan masih lagi dalam proses pembinaan dan penyiapan. Penulis masih ingat dimana diarah melapor diri di pejabat wilayah selatan yang terletak bersebelahan plaza tol Yong Peng kini. Disitu, penulis diberikan latihan bersama beberapa rakan yang lain selama lebih kurang dua minggu. Selepas latihan, penuli...