Catatan

Terhenti-henti....

Imej
Sekitar Julai, kami sekeluarga baru sahaja pulang daripada majlis walimatul urus di negeri Hang Tuah. Menjelang Maghrib, tatkala ingin singgah di salah sebuah masjid di tepi jalan, kereta yang dikenderai mula buat hal. Kereta ini bukan kereta lama. Ini kereta yang baru sahaja berusia 3 tahun. Jika ianya manusia, masih anak-anak lagi. Ada nyalaan pada bahagian dashboard yang menyebabkan enjin kereta tidak mempu memberikan respon pabila pedal minyak ditekan. Suara ngauman enjin tidak berlaku, apalagi untuk bergerak.  Ini menyebabkan hati gundah gulana. Sebagai manusia biasa yang jauh dari taraf kewalian, ianya amat mengganggu solat jama dan qasar yang dilaksanakan.  Seusai solat, enjin cuba dihidupkan. Selepas beberapa kali dicuba, masalah seolah selesai. Kami segera keluar dari lokasi parkir masjid. Belum sempat sampai di pintu pagar ianya berlaku. lagi. Sebenarnya, ia sudah mula dikesan berlaku pada siang hari tadi. Namun, apabila penulis restart...

Plaza Pelangi

Imej

Air kembali disekat? Salahkah

Imej
Sekatan ke atas penggunaan air, atau biasa digunakan istilah penggunaan air berjadual, mula berkuatkuasa di daerah tengah gapura selatan sejak Ahad lepas. Dengan menggunakan alasan yang sama seperti tahun² sebelumnya, penggunaan air mengikut kawasan disekat penggunaannya selama 36 jam. Walau bagaimanapun, apabila keadaan kembali pulih di kawasan takungan air, maka jadual akan segera ditamatkan dan pengguna dijanjikan dengan limpahan penggunaan air sepertimana biasa. Meskipun dijadualkan hanya dua daerah sahaja yang terlibat, sebagaimana yang dinyatakan di laman sesawang penguasa air negeri, ianya seolah sesuatu yang kelihatan tidak berapa adil untuk penduduk daerah tengah gapura selatan ini. Hampir setiap tahun, penduduk daerah ini akan berhadapan dengan masalah catuan air berjadual. Namun ianya seperti tidak pernah diendahkan oleh mana² media massa. Kalau adapun, hanya kisah mengenai kerajaan negeri yang dikatakan akan membuat sekatan dan catuan namun ianya tidak berlaku seca...

Keanehan di syawal

Imej
Eid Fitr sekali lagi menjelma buat menggembirakan insan² yang telah selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan. Meskipun realitinya tidak semua umat yang mengaku Islam dapat menyempurnakan puasa penuh selama 30 hari dek kerana alasan uzur, atau malas, atau buat² uzur, namun segala jenis manusia seumpama ini yang kerap mencari² alasan untuk tidak berpuasa sering kelihatan lebih berhari raya daripada orang yang berpuasa penuh. Sebagaimana yang kerap diceritakan daripada lisan para asatizah, para sahabat Rasulullah SAW menjelang akhir Ramadhan tidaklah mereka disibukkan dengan agenda untuk balik kampung ke Makkah untuk berhari raya. Tidak pula disibukkan dengan acara memasak rendang atau juadah untuk menyambut hari raya. Tidak pula mereka itu menjadi sibuk berbicara mengenai mengaut keuntungan perniagaan menjelang syawal, atau untuk mengadakan lelong di malam hari raya. Para sahabat akan disibukkan dengan menggandakan amal ibadah dan merintih merayu kesedihan disebabkan oleh...

Suatu malam di jalan TAR

Imej
Lewat tengah malam, penulis masih berada di ibu kota negara dambaan dan sanjungan negara² Islam sedunia. Penulis masih lagi tercari-cari kawasan letak kereta buruk hitam yang dibawa berjalan jauh seawal pagi Jumaat lagi. Kereta yang baharu sahaja diberikan pembedahan kecil. Kalau sebelum ini, kendatipun telah ditukar tangki radiator berulang kali, namun masih menunjukkan penyakit yang sama, air dalam radiator senantiasa menurun, tampaknya kali ini sudah agak pulih. Ianya telah diuji lari semasa penulis berulang alik dari ibu negeri Jauhari selatan ke rumah penulis hampir setiap hari. Dan hampir setiap pagi selama dua minggu, penulis akan memulakan pergerakan kenderaan tersebut dengan membuka bonet hadapan dan memeriksa paras air di dalam tangki radiator. Alhamdulilla, keadaan telah menjadi seperti biasa. Air masih tetap di aras yang sama. Ya...selepas berhabis sebanyak RM1,400.00 !! Akhirnya selepas membuat beberapa pusingan, kereta ini berjaya mendapat lokasi letaknya. Di...

Selepas Lapan Belas Hari...

Imej
Hari ini merupakan hari ke lapan belas umat Islam melalui bulan Ramadhan. Cuaca di daerah tengah gapura selatan agak hangat. Kakitangan awam di gapura selatan pulang lebih awal dari khamis di luar Ramadhan. Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada staf muslim dan muslimat membuat persiapan awal untuk menyambut iftaar.  Program² iftaar semakin rancak di adakan di sana sini, sama ada dalam bentuk rasmi mahupun tidak rasmi. Daripada geng motor hinggalah kepada geng koperat, semuanya telah memasukkan jadual iftaar bersama rakan sejawat sekurang² nya sekali dalam era Ramadhan 1437... Malam seusai iftaar, kelihatan jamaah ini lebih senang berpusu-pusu memakmurkan Ramadhan dengan mengimarahkan bazaar² yang penuh bercahaya dan bergemerlapan, seolah-olah sang kalkatu yang mabuk cahaya. Jamaah masjid kelihatan mula mengecil, tidak seperti minggu awal Ramadhan yang mengembang dengan sangat mendadak!! Lagu² sambutan syawal semakin bersemarak dengan gema penuh kekuatan dan ...

12 hari telah berlalu

Imej
12 Ramadhan, bertepatan dengan hari Jumaat, hari hujung minggu bagi negeri² Melayu Tidak Bersekutu. Suasana hari agak redup dan mendung, dengan titisan hujan yang lemah.  Khutbah Jumaat berkisar mengenai kematian dan persediaan untuk menghadapinya. Mendung di langit sejak dhuha tadi kelihatan semakin memberat dan akhirnya memuntahkan titis-titis hujan yang agak lebat dan berhenti sebaik takbiratul ihram sang khatib Suasana ramadhan masih seperti tahun² sebelumnya, media massa masih berperan untuk mempamerkan bahawa muslim berpuasa hanya kerana hendak berhari raya. Bahkan di gedung² jualan, lagu² hari raya semakin rancak diputarkan, bahkan sejak awal-awal Ramadhan lagi.  Rindu untuk memeluk Ramadhan sebagaimana para sahabat dahulu mendambakan Ramadhan...entah bila kapan berlaku? Wallahu a'lam