Catatan

Pagi Minggu di Jirat Cina

Hari pertama bekerja dalam minggu ini, penulis terlewat keluar rumah. Jam di dash board menunjukkan ke angka 7 pagi masih di kawasan rumah. Terkial-kila mengunci pintu pagar dan mendesup laju menuju ke seolah anak². Penulis tiba di simpang Petronas terakhir bandar Gotham City pada jam 7.28 pagi. Jika ikut situasi biasa, ianya masih belum terlambat. Sayang sekali, jalan tersebut telah mengalami keadaan sesak yang luar biasa. Oh, rupanya hari ini hari pertama bulan April, berkebetulan hari Ahad. Maka penulis sudah dapat mengesan punca kesesakan. Kaum Cina berpusu-pusu menuju ke jirat untuk upacara puja kubur. Ni golongan kuburiyyun nih... Sesak hanya selesai kira-kira 15 minit. Lantas penulis memecut laju mengejar waktu sambil berdoa agar Allah melipat bumi untuk penulis. Penulis berjaya berada di mesin jari sekitar jam 8.02 pagi. Sewaktu menghadap bos untuk tandatangan borang lewat, beliau agak terperanjat dengan situasi yang penulis gambarkan kerana katanya di negeri kampu...

Bermalam Minggu Di Stall Burger

Imej
Stall burger yang sangat meriah jika kita berkunjung ke bandar berkembar dengan Gothma City yang terletak di tengah peta gapura selatan ialah yang terletak berhadapan dengan klinik lama, menghadap ke sungai yang acap kali membuak tatkala musim tengkujuh dan juga hotel tersohor di bandar ini. Sayang sekali pengarah filem Batman untuk kesemua siri tidak mengenali bandar ini. Jika dia tahu, sudah barang pasti bandar ini akan dijadikan lokasi untuk penggambaran filem Batman yang terkini... Hampir setiap malam ianya dikunjungi ramai. Dibuka seawal jam 6 petang dan berakhir pada sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Berkebetulan penulis berhajat membeli beberapa butir burger di suatu malam minggu. Sekitar jam 10.30 malam, hampir dua dozen manusia pelbagai bangsa dan peringkat umur mengerumuni stall tersebut untuk membeli burger. Terdapat juga meja dan kerusi yang sudah penuh dengan pelanggan yang berhajat untuk makan di situ. Berbeza dengan berpuluh stall burger yang wujud di bandar ini, sta...

Pasir Lanun : The Beginning Or The Last Episode

Imej
28 Jamadil Akhir dari 1439 Tahun Hijrah Ar Rasul.... Projek pertama yang dilancarkan pada tahun masehi 2018 yang dihadiri oleh penulis. Mesyuarat penyelarasan diadakan dua minggu sebelum program bermula. Kekuatan fasi adalah hanya seramai lima orang fasi sebenar, seorang penceramah dan imam dan empat orang urusetai yang terpaksa memakai baju fasi juga. Penulis telah diangkat sebagai KF dan ini merupakan pertama kali memakai gelaran tersebut... Projek kali ini agak berat bagi penulis kerana peserta seramai 59 orang dan kekuatan fasi yang terhad. Mujurlah pada hari kejadian, wujud fasi tambahan seorang yang sebelum ini tidak dapat hadir. Kami bergerak ke Pasir Lanun Mersing sekitar jam 8 pagi dengan van. Tayar van dilaporkan pecah di Ayer Hitam menyebabkan jadual perjalanan sedikit terganggu... Kami singgah di Kahang untuk menikmati sarapan pagi. Kemudian perjalanan diteruskan dan kami tiba di lokasi sekitar jam 11.30 pagi. Peserta tiba sekitar jam 11.45 pagi. Sebaik sel...

Naik Bas Cepat Sampai Lewat - Naik Bas Lewat Sampai Cepat?

Hari terakhir di pulau impian, ditutup dengan PB Public Policy. Meski yang dihafal setengah gila itu tidak keluar, namun soalan yang keluar tidak mengecewakan untuk dijawab. Dan dengan langkah pendekar yang baru selesai bertempur, penuh bergaya menghantar kertas jawapan dan keluar dewan. Kaki bergerak pantas menuju ke lokasi bas untuk naik ke resort Tekun bagi mengangkut beg dan juga note book yang seolah papan loh itu. Sebaik tiba, gajet dibuka untuk menempak kenderaan grab. Sebenarnya perisian grab telah agak lama bertapa di dalam gajet penulis namun dibiarkan mengangur kerana tidak wujud grab di sekitar daerah kediaman penulis. Hanya baru² ini sahaja ianya muncul di tengah pasaran kapitalis.  Sebaik grab berjaya ditempah, penulis menyiapkan barang² akhir yang perlu dimasukkan ke dalam beg dan akhirnya mengunci pintu dan bergerak ke pejabat resort untuk check out. Sebelum ini, iaitu pada tahun² sebelumnya, kaedah check out hanyalah dengan memasukkan kunci ke dalam tabung...

Kluang-Ipoh-Kluang by 11 hours

Imej
10 Jamadil Akhir , 1439 tahun dari hijrah Ar Rasul Sejarah baru terpahat dalam diari kehidupan penulis dimana penulis memulakan safar pagi sekitar jam 7.10 pagi dari rumah menuju destinasi Ipoh Perak...dengan jarak 400km lebih. Dan tugasannya ialah, menghantar isteri ke Ipoh, then kembali semula ke rumah pada hari yang sama tanpa bermalam!! Kenderaan masuk ke pintu tol Ayer Hitam sekitar jam 8.15 pagi. Sesuatu yang paling memualkan bila hendak menambah amaun touch n Go, kaunter off line. Sesuatu yang sangat unik, dimana wang kita diperlukan, tetapi cara nak membuat bayaran dikekang dan dihadkan. Sistem ini seolah tidak sesuai dan tidak relevan. Jarang sekali kaunter tambah nilai di lorong masuk menemui on line....Kerap off line dan meresahkan sang pemandu... Meninggalkan pintu tol masuk dan memecut menuju ke destinasi dengan kelajuan 140km per jam. Kenderaan hanya diperlahankan sedikit di kawasan yang disyaki mempunyai penunggu yang bisa 'menarik' duit dari pok...

Lawatan Pagi Ke Pejabat Lama

9 Jamadil Akhir tahun ke 1439 dari Hijrah Ar Rasul Lawatan mengejut diadakan ke pejabat lama yang telah ditinggalkan setahun yang lalu....Sungguh mengujakan... Jika dahulu penulis meninggalkan pejabat tersebut yang agak padat kependudukannya berpusat dan tersusun, kini selepas setahun, ianya kelihatan luas dan mewah, hingga dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu ruang pentadbiran dan ruang operasi khusus. Sangat nyaman sekali. Sungguh berbeza dari yang dahulu... Bukankah sudah dikatakan bahawa pemergian penulis dari pejabat tersebut mampu menyuburkan lagi serta menyerlahkan penduduknya ? Kepada Tuhan dipanjatkan segala puji...

Jika Dia sudah mengundangmu kepadaNya ...

Imej
Menjelang Dhuha yang terik tanpa teduhan sejak 14 hari lepas, penulis dan rakan mengambil sedikit sarapan pagi di kafe milik organisasi. Berkebetulan bertemu dengan susuk seseorang yang biasa ditemui sebelum ini. Pernah menyertai kursus BTN bersama. Untuk makluman, penulis menghadiri kursus BTN sebanyak dua kali. Tatkala itu kursus tersebut diperlukan untuk melepasi PTK 1 yang membolehkan pergerakan gaji. Jika tiada hadir ada kemungkinan tiada pergerakan gaji....Kali pertama hadir penulis diisytiharkan gagal. Kegagalan adalah bukan kerana tidak melepasi markah untuk peperiksaan bertulis, tetapi kegagalan di sebabkan LDK. Markah yang diberi hanya sipi² sahaja untuk mencapai tahap lulus. BTN itu mengandungi dua tahap untuk ujian kelulusan. Tahap I adalah berdasarkan LDK yang dihadiri manakala tahap II berdasarkan ujian bertulis. Jika kegagalan kerana ujian bertulis, maka calon hanya perlu menduduki semula ujian tersebut. Tetapi jika gagal kerana ujian di peringkat LDK, maka calo...