Catatan

Outing : 1991 dan 2019

Imej
Jauh sangat agaknya perbandingan tersebut. Terlalu panjang zaman yang ditempoh. Tatkala penulis berada di sekitar kota gotham city semenanjung emas menjelang waktu asar, terpandang beberapa pelajar berbaju batik, berseluar gelap dan memakai alas kaki bukan kasut berlegar di tepi laluan sebuah kompleks membeli belah. Masing² kelihatan membawa sekotak besar maggi. Hanya seorang sahaja yang membawa beg plastik besar berisi tin biskut. Mungkin mereka menunggu kenderaan grab untuk pulang ke hostel berdasarkan HP yang sibuk dibelek di tangan salah seorang daripada mereka.  Kami dahulu tahun 1991 untuk outing dari asrama, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah mengambil buku bank daripada guru bertugas. Untuk mendapatkan buku bank, terpaksa mengisi borang dimana had keluaran maksimum wang adalah sebanyak RM90.00 sahaja. Sebaik mendapat kelulusan, buku diserah dan kami bergerak ke pekan kecil hanya berjalan kaki. Terpaksa beratur agak panjang di kaunter untuk menuunggu gilira...

Harga minyak dah turun rupanya

Waktu mentari dhuha yang mula menerik, dan anak-anak ayam mula keluar daripada bawah kepak ibunya, penulis meluncur laju menaiki kenderaan bertayar empat menuju ke organisasi. Pagi ini agak lewat kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di JKM Kluang. Tatkala singgah di kedai menjual cecair petrol, dan masuk ke dalam kedai sebaneka bersama kad debit dan kad pengumpulan mata, seperti biasa penulis menyebut, "RM77.00" yang membawa maksud 35 liter bagi cecair petrol yang diwarnakan serta disebut kuning, cecair bahan api paling murah untuk golongan proletariat. Pelayan muda di meja agak terpaku. Kemudian dia berkata, "abang nak isi 35 liter kan?" Oh..baru sedar, harga dah turun kepada RM1.93 seliter !! "Ok...RM67.55" Agak jauh bezanya, sekitar RM9.45. Tu boleh makan tengahari dengan begitu mewah tu. Sejak 28 Mac 2017, harga petrol paling murah yang dicatatkan ialah RM1.89 iaitu pada akhir Jun hingga minggu pertama j...

SKT Tahun baru : Recycling or what?

Seperti awal tahun sebelumnya, setiap organisasi akan menetapkan SKT - Sasaran Kerja Tahunan untuk dijadikan matlamat yang perlu dicapai pada akhir tahun kelak. Sebagaimana biasa, ketua pejabat atau organisasi akan membuat penetapan SKT untuk tahun tersebut. Namun pernahkah kita terfikir, sebagai seorang Muslim, apakah pernah kita menetapkan SKT tahunan kita? Mungkin kerana berlatar belakang pendidikan umum di negara semenanjung emas, ditambah dengan keadaan semasa dan persekitaran, kita kerap mendengar secara stereotype akan ungkapan azam tahun baru pada saban tahun. Dan pada akhir tahun, kita kerap di hidangkan pula dengan azam yang tidak dapat dilaksanakan. Keazaman remeh seperti hendak mengurangkan berat badan, sehingga membian sebuah empayar perniagaan adalah antara yang disogokkan kepada khalayak saban tahun. Namun selaku seorang muslim, pernahkah kita membuat penetapan SKT untuk diri sendiri? Adakah masjid yang diurus oleh mukmin itu ada membuat SKT tahunan m...

Kasut Besar Seluar Besar : Ragaman 2019

Imej
Tatkala murid lain bersemangat meneruskan sesi persekolahan dengan pakaian dan kasut baharu, muncul kisah sedih di utara semenanjung emas akan seorang murid sekolah yang masih bersemangat ke sekolah meski hanya memakai seluar besar dan kasut besar kepunyaan abangnya. Semangat ini menarik perhatian gurunya untuk membantu.  Ironinya, menurut bapa murid tersebut, bantuan zakat diterima oleh keluarga mereka, namun pada tahun ini ianya tidak lagi diterima... “Anak-anak saya faham keluarga mereka susah” – Bapa murid pakai kasut, seluar besar ke sekolah Januari 5, 2019   by  laci kopak Beruntung dapat anak  yg sangat memahami keperitan hidup ibu bapa. Peribahasa hendak seribu daya tak mau meribu dalih ini tepat menggambarkan semangat seorang murid darjah tiga di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah yang tetap ke sekolah meskipun terpaksa memakai kasut dan seluar sekolah bersaiz besar yang sudah lusuh Semangat kental Mohd Akib Jebat Hasni, 9, at...

Bila Anak Menteri Ditangkap : Sorotan Awal Tahun Baru

Imej
Berita yang agak panas muncul tatkala tahun baru 2019 baharu sahaja melalui lima hari dan harga petrol baharu sahaja diumumkan turun pada hari ini. Namun, reaksi balas Menteri Pertahanan adalah sebagaimana berikut Ya, sebagai seorang bapa yang mempunyai latar belakang Islam dan pejuang , tentu sahaja berita seumpama ini agak menyedihkan. Namun, iman itu bukanlah boleh diwarisi. Hatta anak Nabi Allah Noh juga tidak mengikuti ajaran bapanya. Anak nabi Allah Adam juga berbunuh² kerana masalah dunia. Ianya adalah iktibar kepada manusia dimana perkara seumpama ini akan senantiasa berulang agar manusia menjadi cekal dan sebagai ujian bagaimana mereka menghadapi situasi tersebut.  Walau bagaimanapun, untuk situasi dan kapasiti beliau selaku Menteri Pertahanan, adalah agak dikhuatiri wujud seperti bias dalam kes seumpama lagi. Ianya sudah barang pasti akan menjadi modal besar kepada pihak pembangkang untuk memberikan kata dua 'check-mate' kepada menteri sama ada mele...

Tahun Baru : Apa Yang Baharu?

Imej
Tahun baru masehi menjelma semula tepat jam 12.00 malam setiap tahun. Sambutan yang diadakan di kebanyakan lokasi adalah tidak berubah sebagaimana tahun² sebelumnya. Artis dan temasya hingga sepertiga malam sememangnya menjadi agenda tahunan walau dimana sahaja sambutan sekularisme ini diadakan di semenanjung emas ini. Meski terdapat beberapa sambutan yang cuba diubahsuai dengan kaedah yang lebih patuh syariah, namun secara puratanya, budaya hendonisme tetap dijulang kunun merai minda anak muda yang dahagakan sebuah hiburan. Namun jejak sang Menteri Budak di malam perayaan tahun baru harus dipuji kerana mempamerkan langkah positif mendekati anak muda yang merempit dan juga berbasikal lajak. Mungkin malam tahun baru selayaknya menjadi gelanggang anak muda menguasainya. Cuma janganlah ditambah rempah ratus dengan galakan songsang hendonisme. Maka nantinya akan menambahkan jumlah angka kelahiran anak tidak sah taraf selepas 9 bulan 10 hari malam sambutan tahun baru.. Benua selata...

Sembang Selepas UPSR

Tatkala berasak² berbaris untuk membuat pembelian dan pembayaran yuran sekolah anak² di suatu pagi, sempat berbual berkaitan pencapaian anak pra-UPSR. Perbualan yang tidak disengahajakan itu berkisar pada mulanya berkaitan anak² yang berkebetulan berada dalam kelas yang sama pada tahun 2019. Sebelum itu, penulis agak tergesa² mencari barisan untuk membuat pembayaran. Aturan barisan yang diletakkan pada tahun ini agak kurang kemas. Ruang dewan terbuka yang luas 'kurang' dimanfaatkan oleh pihak pentadbiran untuk membuat urusan menjadi lebih licin. Pada mulanya, penulis telah tersalah mengambil barisan. Mengikut jadual asal, waktu bermula pada jam 10.00 am. Tetapi, tatkala penulis tiba pada jam 9.50 am, kaunter telah sesak dengan ibu bapa. Kemudian selepas diselidiki melalui pertanyaan kepada beberapa responden, baharulah ditemui jalan sebenar untuk berbaris mengikut kelas. Berdiri di belakang salah seorang bapa kepada pelajar yang mengambil keputusan UPSR 2018. Menur...