Catatan

Persoalan Yang Sering Bermain Di Bibir Ketika Kunjungan Syawal

Imej
Syawal ke 6 tahun 1440 daripada hijrah Ar Rasul Kemeriahan syawal, sebagaimana lantunan bahasa yang sering mewarnai media masa khususnya media hiburan - masih hangat dirasai. Meski tiada sebarang rekod yang menunjukkan Junjungan  ﷺ meraikan syawal hingga ke angka 30 hari, begitu juga dengan para sahabat dan salaf -as soleh, namun pengikut² baginda, khususnya yang berada di hujung semenanjung emas, yang saban minggu mengaku beraqidah ahli sunnah wal jamaah aliran asya'irah dan al maturidiah (dan menggelapkan satu lagi aliran dalam mazhab aqidah tersebut yang dikenali sebagai ahli-hadith), akan terus menggembirakan diri mereka dengan mereka-reka amalan syawal dengan mengkhususkan kepada ziarah, makan dan ketawa. Ini ditambah lagi dengan pemikiran aliran moden yang menggalakkan kepada amalan open-house, dimana beraneka juadah disajikan kepada para tetamu. Meski dinamai sebagai 'open-house' ianya tidaklah terlalu 'open' hingga membolehkan seluroh penduduk di sesuatu ...

Miqat di Hudaibiyah

20 Rejab 1440 hari Rabu, pergerakan jemaah menuju ke miqat di hudibiyah. Seperti lawatan sebelumnya, jemaah diminta berkumpul di lobi aras 3 hotel menara jam yang mencapai awan itu sekitar jam 7.00 pagi. Subuh di Makkah ialah sekitar jam 4.58 pagi manakala azan pertama akan dilaungkan sejam sebelum masuk waktu subuh. Negara kita setakat yang penulis tahu, hanya Pulau Pinang sahaja yang melaungkan azan dua kali pada waktu subuh. Mungkin juga di Perlis, tetapi penulis belum berkesempatan ke sana. Seusai sarapan, para jemaah telah berkumpul di lobi. Sekitar jam 7.30 am, kami bergerak turun ke lokasi untuk menaiki bas. Penantian memakan masa agak lama kerana waktu tersebut bas yang menanti agak banyak. Sekitar hampir jam 8 am, baharulah bas muncul dengan pemadu seorang pakistan. Bas bergerak menuju ke miqat hudaibiyah. Sepanjang perjalanan, mutawif berkisah mengenai hudaibiyah dimana disitu termetrai satu perjanjian perdamaian antara kaum kafir makkah dan kaum muslimin selama 10 tahun...

Lawatan luar sekitar makkah

Imej
Adalah menjadi amalan wajib untuk mana² travel agency yang mengelolakan ziarah umrah untuk melaksanakan ziarah luar di mekah sebanyak dua kali untuk menjadikan bilangan umrah yang dilaksanakan oleh jemaah sebanyak tiga kali sekurang-kurangnya di sepanjang ziarah mereka ke makkah. Ziarah luar tersebut adalah untuk membolehkan jemaah bermiqat di dua lokasi yang telah ditentukan, iaitu yang pertama di masjid jaaronah dan kedua di masjid hudaibiyah. Ziarah pertama pada isnin 18 rejab 1440 berlaku seawal jam 7.00 pagi dimana jemaah telah berkumpul memenuhi ruang lobi hotel aras 3 Dar ieman safwa. Seusai solat subuh sekitar jam 5.40, jemaah sudah mula berasak untuk kembali ke hotel bagi menikmati sarapan pagi. Bagi jemaah penulis yang tinggal hanya 50 meter daripada dataran masjid, pergerakan pulang ke hotel tidak menjadi masalah yang besar. Dewan makan mula dibuka sekitar jam 6 pagi. Oleh itu, bukanlah sesuatu masalah untuk berkumpul seawal jam 7 pagi. Namun, pada masa yang dijan...

Sekatan di Dalam Masjidil Haraam

Imej
Masjidil Haraam sekitar rejab 1440 masih bergelumang dengan projek yang tidak pernah siap. Pengalaman penulis yang diberikan nikmat hadir menjadi tetamunya di tahun 1991, 2012 dan kini memperlihatkan pengalaman bangunan masjid yang senantiasa berada dalam keadaan penambahbaikan atau baikpulih yang tidak pernah ada kesudahannya. Berkunjung ke masjid yang menjanjikan 100 ribu kali ganda pahala untuk muslim yang solat didalamnya pada kali ini menyaksikan lautan manusia yang begitu ramai. Mungkin kerana bulan Rejab peningkatan jemaah untuk mengunjungi baitullah ini begitu menggalakkan. Jika masuk ke masjid ini melalui pintu dari arah bangunan menara jam, maka kita akan bertemu dengan beberapa sekatan yang dibuat oleh polis saudi yang sedia berkawal. Kotak-kotak berwarna hijau akan dipasang di beberapa ruang, khususnya antara 40 ke 30 minit sebelum azan dikumandangkan. Tidak dapat dibaca apa sebenarnya motif penutupan jalan menuju ke mataf dibuat sedangkan sebenarnya dengan menutup...

Ragaman di Kaabah

Imej
Kota suci Makkah yang mengandungi ribuan hikmah itu dikunjungi lagi...betapa syukur kerana dapat hadir setelah kali terakhir pada Mei 2012. Banyak perubahan telah dilaksanakan oleh pemerintah Saudi. Penulis mendarat di lapangan terbang King Abd Aziz tepat jam 11.45 malam waktu saudi, 16 Rejab 1440. Sebaik mendarat, pengumuman dibuat agar penumpang yang berumrah perlu menunggu terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada penumpang komersial keluar terlebih dahulu. Sebaik selesai, para jemaah diminta keluar dan dikehendaki menaiki sebuah bas yang telah disediakan. Arab² bersuara menyuruh jemaah segera memenuhkan ruang kosong di dalam perut bas dengan segera. Sebaik penuh, bas bergerak tapi hanya kurang 1 km bas berhenti dan kami turun. Kami masuk ke dalam terminal hajj dan melalui pemeriksaan imigresen saudi. Polis tentera Saudi yang berada di kotak booth pemeriksaan kelihatan mengantuk. Jari telunjuk diminta untuk diletakkan pada satu alat untuk pengecaman elektronik. Kemudi...

FB, Twiter, IG, What;s up tak berfungsi?

Apa akan berlaku jika media² ini gagal berfungsi untuk tempoh sebulan? 1. Dunia akan kucar kacir kerana terputus hubungan yang boleh dibuat dengan lebih pantas dan tiada caj tambahan; 2. Penggunaan telefon meningkat secara mendadak, maybe pemasangan semula telefon awam untuk jangka pendek akan dibuat; 3. Berita akan lewat disampaikan, cuntuhnya berita tentang keputusan PRK akan lewat sehingga menjelang tengah malam, seperti tahun² 90 an; 4.  Kegagalan total warga bawang seantero dunia; 5. Lebih banyak masa yang boleh dimanfaatkan dengan lebih baik... Wallahu a'lam

TUJUH Hikmah bila HP Rosak

Imej
Apabila HP yang anda bawa kesetiap lokasi yang dilawati itu mengalami kerosakan, maka apakah hikmah yang boleh dikutip darinya? 1. Terasa seperti kembali hidup di era awal tahun 90 an; 2. Tidak terganggu kerja, kehidupan keseluruhan dengan wassap² grup yang membawa cerita politik / bawang / dsbnya; 3. Kebergantungan terhadap Allah semakin kuat. Tidak terlalu bergantung dengan manusia dan rakan² untuk meneruskan kehidupan; 4. Menyerahkan segala urusan yang tidak dapat dicapai dalam masa singkat hanya kepada Allah; 5. Terasa keberkatan masa kerana penumpuan terhadap kerja menjadi 80%, berbanding asyik nak membalas atau membaca wassap yang mengganggu penumpuan kerja; 6.   Seperti duduk di dunia yang serba asing... 7.  Seolah-olah mencipta sistem kehidupan yang tersendiri... Tak percaya? Cubalah padamkan HP sekarang dan tinggalkan di lokasi yang sukar dicapai ...