Catatan

Asar yang indah di Masjid Nurul Iman

 6 Safar 1445 Asar di salah sebuah masjid di taman seri lambak yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai taman T6 amat menggembirakan hati pencinta Ilahi; Manakan tidak, jemaah yang menghadiri solat sangat ramai melebihi jemaah di masjid atau surau lain yang berada dalam daerah yang sama, bahkan masjid daerah sekalipun gagal untuk dihadiri oleh jemaah yang seramai itu; Penulis menjangka secara kasar terdapat lebih dari 200 orang jemaah yang hadir pada waktu tersebut; Amat jarang untuk kita mendapatkan surau atau masjid yang mampu dihadiri oleh jemaah yang ramai pada waktu solat siang pada hari bekerja. Bahkan ada masjid dan suaru hanya dihadiri oleh tiga orang sahaja jamaah pada satu-satu waktu; Penulis yakin antara faktor yang menyebabkan jemaah ramai ialah kebijakan ahli jawatankuasa (AJK) yang dilantik oleh qaryah setempat, ataupun ahli qaryah sebenarnya telah berjaya memilih AJK yang benar² bertugas untuk memakmurkan masjid² Allah di muka bumi. Bukan hanya untuk mencari publisit

Tujuh perkara yang menyebabkan pelanggan kedai makan lari dari kedai anda

Imej
 6 Safar 2023 Buat² tak nampak apabila pelanggan memanggil untuk membuat tambahan order. Walhal pelanggan jelas melihat mata petugas melihat mata dan lambaian yang dibuat. Mungkin juga petugas rabun jauh. Lebih menyakitkan hati pelanggan apabila petugas datang ke meja sebelah tetapi seolah tidak menghiraukan meja pelanggan yang baharu sahaja memanggil. Apabila dipersoalkan mengapa tidak datang, petugas beri alasan dia sedang sibuk. Lebih menjengkelkan apabila petugas bukan dari kalangan warga negara; Pelanggan menunggu di meja makan lebih dari lima minit tanpa ada sebarang aluan mesra daripada tuan punya kedai makan; Pesanan yang dibuat, biarpun bertulis, tidak diingat oleh pemilik kedai dan pelanggan terpaksa menyatakan semula apa yang dimakan tadi. Boleh jadi pemilik hendak menguji iman pelanggan serta kejujurannya tetapi ianya tetap menjadi sesuatu yang menjengkelkan; Menu yang dihantar berbeza dengan pesanan awal. Namun ada ketikanya petugas tersilap menulis pesanan kerana kurang p

Selepas 20 tahun

Imej
 6 Safar 1445 Menjelang waktu dhuha penulis terlibat dengan majlis dan diraikan sebagai salah seorang penerima sijil tempoh khidmat melebihi 20 tahun - suatu tempoh berharga yang agak panjang selaku seorang penjawat awam; sebenarnya tempoh sebenar penulis berada dalam perkhidmatan awam telah mencecah ke tahun 25 jika diperkirakan tempoh perkhidmatan kontrak, di beberapa jabatan negeri; Penulis pernah dipelawa oleh sahabat mentor sejak seawal tahun 1998 lagi untuk mengisi borang kekosongan jawatan. Waktu itu, penulis hanya berkenderaan kuda besi berkuasa 110 cc sahaja. Jarak dari kediaman penulis ke organisasi ialah sekitar 34km sehala; Taraf jawatan yang ditawarkan pada iklan yang dipaparkan ialah sementara. Pada kali pertama, almarhumah ibu penulis menghalang dengan alasan jarak yang agak jauh dengan perjalanan menunggang kuda besi; Iklan kali kedua dikeluarkan dengan tawaran jawatan bertaraf sementara juga. Penulis merujuk kepada ketua jabatan lama, pegawai tadbir agama pada ketika i

Tak payah ceramah pun boleh menang ...

Imej
  22 Muharram 1445 Kehangatan dan bahang PRN pada 12 Ogos semakin hampir ke puncaknya. Masing² cuba menjadi juara dan mendapatkan publisiti untuk menangguk undi di hujung muara; Tertarik dengan kenyataan salah seorang mantan menteri dalam era PN-sheraton yang dengan bangga mengatakan (ramalan?) bahawa parti mereka akan menang di semua enam negeri walaupun tanpa kempen... Walau bagaimanapun, masih pelik kerana ceramah masih terus berjalan oleh pihak mereka meskipun kepimpinan begitu yaqin akan kemenangan yang dituju; Pihak SPR mungkin boleh memikirkan satu kaedah yang lebih menjimatkan kesemua pihak yang bertanding dengan memperkenalkan e-kempen, atau kempen atas talian dan mengurangkan pengeluaran permit ceramah kepada kesemua parti yang bertanding; Untuk menidakkan pengeluaran permit himpunan ceramah mungkin sesuatu yang agak tergesa² dan boleh mengundang kemarahan, namun dengan mengurangkannya secara berperingkat dan menggalakkan e kempen dilihat akan mampu mendidik masyarakat dan ju

Minum pagi di kantin stesen keretapi Keluang

Imej
 17 Muharram 1445 Kantin keretapi yang terletak distesen keretapi Keluang (ejaan lama) dikatakan telah dibuka sejak lebih 80 tahun yang lampau; Ini bermaksud ianya telah menjadi saksi bisu kepada penjajahan British-Jepun-British, komunis, sebelum pra dan pasca merdeka hinggalah ke zaman madani; Dikatakan diusahakan oleh seorang mualaf berbangsa Cina dengan produk yang paling viral iaitu kopi; Meskipun penulis telah berada di Keluang sejak 1987, namun sehingga tahun 2010 baharulah penulis terjebak untuk menikmati makanan di sini; Terdapat isu mengenai status halal kopi pada 2011 namun telah diselesaikan dengan baik; Kini terdapat beberapa oulet di sekitar bandar Keluang seperti bandar baharu Kluang, taman seri impian, taman perdana dan taman tasik keluang; Hanya ada satu sahaja outlet yang dibuka diluar daerah Keluang iaitu di Shah Alam; Agak pelik kerana tiada outlet yang dibuka di daerah lain dalam negara hujung selatan, walaupun di kota tanjung puteri; Jika hendak menu yang agak rahm

Bercumbu di pentas sesama jenis : akibat budaya hendonisme luar kawalan

Imej
Gegak gempita negara akibat kemunculan aksi bercumbu sesama jenis di pentas oleh konsert 1975 dilihat mampu memberikan kelebihan kepada parti lawan untuk terus mengasak pemerintah dan mengejek mereka terlalu liberal dan boleh mempengaruhi melayu nasionalis secara amnya untuk terus menyintai pihak lawan; Memang berdasarkan senario sejak PRU ke 14, pemerintah yang disertai oleh parti roket pasti akan dihujani pelbagai kontroversi bersifat perkauman dan juga keagamaan untuk memperteguh hujjah bahawa melayu islam terancam; Kadang terfikir di benak bahawa ianya seolah dirancang dengan sebegitu rapi untuk memberikan imej yang huduh kepada pemenang mana mana PRU atau PRK jika berkawan dengan parti roket; Madani yang dilihat sebuah konsep yang bersendikan nilai agama perlu lebih sensitif dalam menangani isu-isu remeh tetapi mempunyai nilai yang menyentuh sensitiviti agama di negara berbilang kaum dan masih kukuh memegang nilai syariah; Adalah lebih molek jika kementerian komunikasi dipimpin at

Siapakah yang bersalah? - pemandu perlu diajar adab memandu

  4 Muharram 1445 Suatu malam tatkala menemani isteri ke kedai .. kereta di parkir dalam kotak parkir yang tepat; Berkebetulan muncul sebuah kereta masuk ke parkir sebelah dengan jarak yang agak dekat dan seolah tidak pandai untuk mengagak jarak letak kenderaan; Sebaik berhenti, penumpang bahagian belakang keluar dengan kuat menolak daun pintu dan kena pada pintu kereta penulis; Beliau cuba angkat tangan dan bermanis muka; Dilihat sekali imbas tiada kesan pada permukaan pintu kereta; Selepas beberapa hari baharu perasan ada luka yang membekas di pintu lokasi kejadian; Adab membuka pintu kereta jarang diperbincangkan dalam mana-mana medium. Sukar sangatkah untuk menjaga harta orang lain seperi harta sendiri? Pihak sekolah memandu perlu mewujudkan silibus yang mengandungi elemen kemanusiaan dimana tatacara atau adab sebagai pemandu dan pemandu lain perlu diajarkan kepada pemohon lesen memandu; Kebanyakkan yang melalakukan hal sedemikian terdiri daripada golongan kafir dzimmi. Mungkin ker