Catatan

Jangan terpengaruh dengan propaganda anti Iran yang dianggap negara kafir syiah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata, "Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat " ... Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang ..." Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, "Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya." (Sahih Muslim, Kitab al-Fada'il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108). Allah SWT dalam surah Muhammad ayat 38, berfirman, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan sepert...

Sk Sejagong

Namanya agak pelik. 2 hingga 3 Julai kami ditugaskan ke sana. Mungkin penulis dan sahabat pegawai hutan (PH) ialah yang terawal tiba. Kami disambut oleh Guru Kaunseling dan Guru Besar dengan hidangan nasi ayam. Perut penulis agak kurang sihat. Hidangan yang lazat bertukar kurang enak ... Penulis telah diamanahkan selaku Kem Komandan. Satu tugas dan peranan yang agak besar sebenarnya. Banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Keselamatan peserta itu yang paling utama. Ini adalah kali kedua penulis diangkat sebagai KK. Sebelum ini, ditugaskan di kem jati diri pengawas Mersing. Satu program yang paling menyerlah meskipun hanya dua hari satu malam!! Prog si SK Sejagong juga merupakan program 2 hari semalam. Ianya hanya bermula jam 3.30 petang. Pelajar lebih kurang 70 orang. Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh KK. Kemudian diikuti oleh bacaan ikrar dan seterusnya penyerahan bahan amanah yang berupa telor .. Telor lagi? Seterusnya ialah xtvt ice breaking, membuat bendera serta persemb...

restoran melayu dan restoran mamak

SITUASI I Suatu petang Ahad yang hening, singgah di sebuah restoran yang terletak di dalam sebuah kompleks kedua terkemuka di Bat City .. keadaaan restoran agak tersorok di sebalik kedai-kedai pakaian dan aksesori wanita, milik peniaga asing. Kelihatan seorang lelaki sebangsa yang sedang enak menikmati kepulan asap beracun di dalam bangunan berhawa dingin (?) Duduk menanti pelayan untuk muncul bersama pena dan juga kertas mengambil masa lebih 2 minit. Setelah pesanan diambil, makanan yang dipesan tiba sekitar melebihi 10 minit. Namun tidak terlalu terasa pergerakan masa oleh kerana disibukkan melayan keletah anak-anak. Selesai menjamu selera, untuk membayar, terpaksa ke kaunter, tiba di kaunter terpaksa mengingat semula apa yang telah dipesan tadi... SITUASI II Suatu ketika di salah sebuah restoran mamak yang agak terkemuka juga di Bat City, sebaik sahaja melabuhkan punggung di perut kerusi, sang pelayan muncul dengan segera di gigi meja bertanyakan pesanan dengan muka yang penuh ceria...

AKLI Kota Tinggi

Ketibaan kami di AKLI sekitar jam 12 tengahari Jumaat yang agak nyaman. Perjalanan dari Ayer Hitam dengan menumpang kereta mentor bersama Tuan Guru (TG). Melalui jalan lama dilihat lebih selesa dan tenang. Peserta tiba tidak berapa lama selepas ketibaan kami. Bas yang menjanjikan untuk membawa peserta menunaikan solat Jumaat menghilangkan diri sebaik sahaja pelajar berjaya diturunkan. Urusetia tertipu mengatakan bahawa mereka hendak mengambil petrol atau diesel di stesen berhampiran. Agak malang selepas beberapa minit menunggu dan waktu Jumaat hampir tiba, bas tidak juga muncul. Bagi fasi yang berkenderaan besar, mereka menumpangkan beberapa pelajar lelaki untuk ke masjid, tetapi bilangan mereka terlalu kecil. Penulis, mentor, TG dan Pegawai Hutan II (PHII) menuju ke masjid yang paling hampir di kawasan perumahan. Usai solat Jumaat, TG menyatakan bahawa sebagai urusetia dan fasi, kita telah melepaskan tanggungjawab kerana janji pengusaha bas untuk membawa pelajar solat Jumaat, namun me...

sukarnya untuk istiqamah

lewat malam Isnin, sekitar jam 11.30 tatkala penulis duduk di hadapan note book melayari alam internet yang amat luas ini, terpampang di tv9 ulangan siri tanyalah ustaz yang membicarakan mengenai bulan Rejab dan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hj Zahazan Mohamad, antara pendakwah yang menjadi kegemaran penulis. Mskipun begitu, penulis tidak memberikan penumpuan terhadap ceramahnya kerana disibukkan oleh keseronokan pelayaran laman sesawang yang pelbagai. Namun, ada beberapa patah perkataan yang menarik perhatian penulis. Tatkala ada panggilan yang dibuat, mengenai fadhilat berpuasa sunnah rejab, maka dijawab dengan panjang lebar oleh ustaz. Antara lain, beliau mengaitkan bahawa kita ini terlalu taasub dengan amalan yang dilakukan oleh orang-orang lain selain Rasulullah SAW yang dilihat dan diceritakan amat hebat, hingga mengakibatkan orang yang tersebut memperolehi mati dalam keadaan husnul khatimah, seperti berpuasa tiga bulan berturut-turut, iaitu puasa dalam bulan Rejab, Syaaban da...

Penghulu mukim .. cabaran seorang muda

Penulis masih ingat tatkala menghadiri temuduga. Terdapat tiga orang panel yang ada. Penulis telah menyerahkan sekali surat sokongan yang diterima daripada setiausaha sulit MB johor yang diusahakan oleh seorang kenalan di pejabat penguasa agama. Soalan pertama yang dikemukan ialah ujian terhadap bacaan al fatehah. Kemudian ditanya mengenai diri kita secara umum beserta pengalaman kerja. Kemudian ditanyakan pula mengenai apakah yang ada di kompleks penghulu yang terpegun di dalam mukim-mukim di daerah. Memandangkan penulis masih belum berumahtangga pada ketika itu, ditanyakan masalah, bagaimanakah jika ditempatkan di kompleks penghulu yang terpencil di dalam mukim (sememangnya wujud kompleks penghulu yang agak terpencil) datang di tengah malam seorang wanita yang mengadu bahawa suaminya memukulnya, sedangkan balai polis dan hospital terletak agak jauh. Penulis hanya menjawap, tumpangkan terlebih dahulu di rumah ketua kampung. Penulis juga ditanyakan mengenai penyertaan dalam parti polit...

Adakah kita telah gagal?

Pagi Jumaat pejabat penulis mengadakan majlis tadarus al quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh kebanyakan pejabat dan jabatan lain yang terletak di dalam negeri Johor ini. Usai tadarus, ialah acara makan pagi yang disediakan oleh salah seorang staf. Perbincangan pada pagi yang hening ini berkisar mengenai kisah seorang ibu tunggal yang pernah dikhabarkan di dada akhbar berkaitan rayuan dan nasib beliau yang tidak mampu untuk menghantar anaknya ke menara gading dek kerana kesempitan hidup. Malang sekali, rayuan dan permohonan serta penderitaan beliau tidak pernah diendahkan oleh pihak berwajib yang memegang autoriti kewangan bersandarkan kepada agama. Akhirnya, beliau telah dibantu tanpa perlu mengisi borang berjela, mahupun perlu menagih dan merayu ke rumah penghulu atau ketua kampung. Sayangnya, bantuan tersebut telah datang dari pihak misionari!!! Pihak misionari sememangnya sangat haloba terhadap segala peluang yang membolehkan mereka menyuntik jarum-jarum halus yang berbisa bagi...