Catatan

Sehari bersama pemuda pemudi harapan

22 Januari 2011 seawal jam 8.30 pagi penulis sudah bergerak ke lokasi di kawasan rekreasi gunung lambak atas jemputan selaku 'pelakon' untuk menjayakan program kecemerlangan bersama pelajar pra diploma anjuran pejabat HUM. Penulis bersama mentor, KF, Tn haji Z, Tn Haji S, Dr dan PM S ditugaskan untuk mengendalikan program sehari ini. Ini merupakan program pertama yang dilaksanakan hanya sehari... Permulaan program ialah perbincangan bersama KF diikuti oleh ceramah bersama Prof. Acara diteruskan dengan tayangan videoku yang juga memaparkan satu episod mission imposible siri I. Beberapa soalan rambang juga diberikan untuk menguji tahap fokus peserta. Selepas makan tengahari, solat Zuhur di puncak desir angin. Agak mencungapkan nafas untuk memanjat naik ke lokasi. Selepas solat, kuliah zuhur buat julung kali diadakan. Topik berkisar mengenai lagu tema iaitu bila diri disayangi. Usai kuliah, acar seterusnya ialah bersama KF .. ayat-ayat suci al quran surah ali imran ayat 144-145 me...

Pindah lagi?

Angin perpindahan begitu kencang bertiup dan akhirnya turut melanda pejabat penulis. Pada pandangan penulis, pastilah selamat kerana baru sahaja setahun berada di pejabat ni. rupa-rupanya terlibat jua. Penulis dipindahkan ke unit lain. Perpindahan dalaman. In house reshuffle. Penulis telah diamanahkan ke unit akademik....oh... Kata seseorang, unit ini agak berat kerana ianya merupakan core bussines...kata seseorang lain pula, ianya tak lah seberat mana...asalkan PTPO dapat melaksanakan peranan mereka dengan baik. Kata seseorang itu lagi, di unit ini mungkin balik lambat masa musim peperiksaan berlangsung..Penulis memang tak berapa gemar dengan istilah pulang lewat ini. Ya lah...kita ada anak dan isteri. Anak kita ada hak atas kita. isteri kita juga ada hak atas kita...kalau setiap inci masa dan minit diluangkan di pejabat je....huhuhu Walau bagaimanapun, semoga yang berpindah keluar berbahagia di lokasi terbaru. Yang berpindah masuk pula moga2 dapat menyesuaikan diri dengan tiupan angi...

Jati Diri lagi

8 Januari 2011 tirai tahun baru ini dibuka dengan penyertaan penulis selaku fasilitator program jati diri INSEP pada kali ini. Program dilaksanakan di lokasi yang sama, AKLI Kota Tinggi. Kali ini program dimulakan pada hari Sabtu...mungkin kerana program pada hari Jumaat seringkali menyebabkan peserta tidak dapat menghadiri solat jumaat, maka pelaksanaan diubah pada kali ini. Penulis bersama dengan fasi lain seperti mentor, pegawai hutan, tuan guru dan kem komandan. Tiba di lokasi sekitar jam 11 pagi. Mendapatkan penginapan sebilik dan dimulakan dengan taklimat oleh kem komandan dan penyelaras program diiringi jamuan makan tengahari dan solat jama' taqdim zuhur dan asr. Jumlah peserta yang hadir solat ini tidak penuh. Tidak seperti musim sebelum ini. Acara selepas solat ialah ice breaking. Memandangkan kumpulan ini seramai 190 orang, ice breaking dipecahkan kepada 4 kumpulan. Penulis bersama mentor menerima beberapa orang peserta. Acara yang diadakan ialah rantai nama dimana setiap...

Kem Pasir Lanun Mersing

Selasa 14 Disember 2010 penulis memulakan musafir ke resort pasir lanun mersing johor bersama salah seorang urusetia program, menumpang kenderaan avanza beliau dari rumah penulis bagi menyertai Kem Pemantapan Ibadah anjuran kelab staf dan salah satu jabatan di organisasi penulis. Perjalanan bermula seawal jam 10.30 pagi. Pergerakan agak lancar dengan cuaca yang boleh dianggap sangat baik. Pemilik kenderaan seorang yang ramah dan banyak bercerita sedangkan penulis sangat pendiam dan hanya sekali-sekala menyampuk. Ketika menghampiri felda simpang ke felda nitar, kenderaan kami ditahan polis namun setelah sang bangau itu berpuas hati dengan jawapan pemilik kenderaan, kami dilepaskan pergi. Tiba di tapak program sekitar jam 12.00 tengahari dengan cuaca redup dan peserta baru sahaja tiba dan sedang diperkenalkan oleh kem komandan dengan para fasilitator. Selepas makan tengahari, kami solat jama d surau yang agak kecil namun keadaan di dalamnya agak selesa. Acara ice breaking pimpinan Ustaz ...

Muharram tiba lagi

Imej
Esok atau lebih tepatnya Maghrib sebentar tadi umat Islam telah bersama melangkah ke tahun baru 1432 hijriah meninggalkan tahun 1431. Perayaan tahun baru hijriah atau dikenali sebagai sambutan maal hijrah di Malaysia diraikan saban tahun apabila masuk sahaja perkiraan 1 muharram untuk tahun berikutnya. Kalendar berasaskan perkiraan lunar ini pertama kali dilaksanakan pada zaman pentadbiran Umar Al Khattab selaku khalifah bagi memantapkan lagi pentadbiran beliau. Beliau telah memilih waktu hijrah Nabi SAW ke Madinah sebagai permulaan pengiraan tahun hijrah, meskipun sebenarnya Junjungan tidak berhijrah dalam bulan Muharram, namun Muharram dipilih sebagai bulan pertama pada kalendar hijri itu sebagai mengakui kemuliaan bulan tersebut yang sememangnya dihormati oleh seluruh masyarakat arab ketika itu. Sambutan di Malaysia boleh dikatakan paling meriah berbanding negara Islam yang lain kerana wujudnya acara-acara secara rasmi sejak malam tahun baru (meskipun tidak dapat menandingi kemeriah...

Khidmat Cemerlang dan kita

Imej
Dan esok sekali lagi organisasi penulis akan meraikan staf yang telah diiktiraf cemerlang dalam kerjaya mereka sepanjang perkhidmatan dalam tahun 2009 yang lepas. Ini merupakan tarikh terlewat sejak penulis menyertai organisasi ini untuk meraikan pengiktirafan ini. Meskipun terdapat beberapa anugerah lain yang turut disampaikan, namun anugerah khidmat cemerlang dilihat lebih menarik dan mampu menarik khayalak. Anugerah kedua yang juga boleh dianggap menarik ialah anugerah jasa bakti yang diberikan kepada staf yang setia berkhidmat mencapai usia 10 tahun perkhidmatan. Mungkin penerimaan anugerah jasa bakti, anugerah penerbit, juga anugerah-anugerah lain yang diterima oleh staf tidak menjadi pertikaian atau bualan ataupun gosip di kalangan staf yang lain. Namun penganugerahan khidmat cemerlang selalunya akan menjadi bualan, menimbulkan sedikit sebanyak perasaan tidak berpuas hati, gosip liar dan sebagainya di kalangan staf yang kurang cemerlang. Sebenarnya semua staf berpeluang untuk men...

Khutbah Jumaat

Imej
Ada perkara menarik yang cuba diketengahkan oleh salah seorang ahli panel forum tidak rasmi ketika berehat selepas makan kenduri selepas Maghrib sebentar tadi. Antaranya ialah ia mengatakan alangkah moleknya kalau khutbah Jumaat setiap minggu itu lebih menumpukan kepada isu-isu semasa bersifat tempatan. Sebagaimana lazimnya, teks khutbah Jumaat telah disediakan oleh pihak Jabatan Agama negeri. Ianya disusun hasil daripada tulisan orang perseorangan yang menghantar karya mereka dan terpilih, ataupun hasil tulisan pegawai khas yang dilantik. Isi kandungannya selalunya berbentuk umum. Sebagai contoh, khutbah jumaat pada 5 November 2010 untuk negeri Johor berkisar mengenai balasan selepas mati, akhirat dan sebagainya. Sebelum ini biasa kita mendengar mengenai tajuk khutbah berkaitan hari pahlawan dan ada juga berkaitan sungai kita!!! Kita juga pernah mendengar khutbah mengenai isu Palestin. Kita juga mungkin pernah mendengar khutbah memperli atau memperlekehkan pemimpin dan kerajaan. Kita ...