Catatan

Masjid baru

Imej
Zuhur tadi sebelum iqamah, sang bilal telah membuat pengumuman penting iaitu solat Asr pada hari ini merupakan solat Asr terakhir di masjid lama. Maghrib kelak akan mula solat di masjid jame baru yang tersergam indah. Semalam tatkala acara pembersihan ruang bagi meraikan bakal-bakal jamaah pada keeesokan malamnya, itulah pertama kali menginjak ke tanah wakafan bangunan masjid itu sejak projek pembinaannya berjalan pada awal tahun. Ruang solatnya agak luas juga...dengan mimbar yang mempunyai senireka melayu serta mihrab yang diukir tangan oleh muslim uzbek. Masjid tiga tingkat (pada pengamatan penulis) dilengkapi dengan ruang pejabat, kios, dewan seminar dan sebagainya. Sememangnya sebuah kompleks yang lengkap untuk keperluan muslimin dan muslimat .. Acara solat pertama di masjid baru begitu hening...dengan keadaan kilat yang memancar melatari warna senja yang kelam bersama turunnya hujan renyai menambah kesyahduan. Berjalan ke bangunan dengan titisan hujan mula membasahi pakaian. Sayan...

kem AH air hitam muar

14 okt kami bergerak malam selepas isya menuju ke kem AH air hitam Muar, lokasi setersunya dalam siri pengembaraan hidup bersama... Sememangnya operasi kali ini agak berbeza dengan pergerakan pada waktu malam hari. Singgah sebentar menikmati semangkuk sup kambing beserta nasi putih dek kerana perut mengerang kelaparan disebabkan tidak sempat menjamah makanan tatkala menunggu waktu Isya' di rumah tua.. Tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengah malam. Pengisian awal dengan berborak .. Pelbagai ceritera dan rahsia serta dogengan yang keluar hinggakan sahabat PH yang seawal tadi sudah disampuk sang mengantuk telah berjaya meloloskan diri dan akhirnya hanya tidur sekitar jam 3.00 pagi... Sekitar jam 5.15, Tuan Guru telah mengejutkan kami untuk solat Subuh. Usai subuh ialah taklimat dan taaruf. Kemudian bergerak ke gerai berhampiran untuk sarapan pagi yang enak. Sepinggan nasi goreng bercampur mee maggi goreng dan kuey teow cukup menyelerakan. Peserta tiba sekitar jam 8.45 am. Acara pertam...

Mengapa?

Imej
Satu tengahari sekitar jam 12.30 tengahari di pantries salah sebuah pejabat .. Ketika sedang bersama menikmati makan tengahari Kak Joyah : nko tahu tak...si dot..dot..dot tu...tak sudah-sudah..asyik nak...aje Kak Long : Alah...nko bukan tak tahu....sok sek sek sok..pok pot pet pot.. Maka sesi makan disulami dengan ulam-ulaman umpatan itu yang merupakan daging-daging saudara sendiri terasa begitu enak dan nyaman di tengahari yang agak terik diselimuti kedinginan penghawa dingin milik kerajaan (baca : rakyat)itu... Betapa manusia tidak rasa gerun pada yang Maha Mendengar. Betapa manusia seolah-olah tidak pernah terbaca ataupun setidak-tidaknya terdengar surah humazah yang mengeji tentang acara mengumpat ini? Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu...

Catatan musafir ke serambi Madinah

Imej
Penulis memulakan musafir ke bumi serambi Madinah pada jam 9.30 malam dengan menaiki sebuah bas pesiaran. Penulis mengikuti rombongan isteri yang merupakan guru sekolah. Rombongan tersebut membawa pelajar-pelajar tahun enam yang telah selesai peperiksaan UPSR mereka. Guru-guru sekolah mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk bersama menuju ke destinasi lawatan. Berhenti sebentar di sekolah untuk mengambil penumpang. Dua buah bas yang agak selesa telah sedia menanti sekitar jam 10.30 malam. Setelah doa dibacakan, kami meneruskan perjalanan membelah kegelapan malam selasa menuju ke destinasi. Filem 1,2,3 cinta ditayangkan dalam suasana kegelapan di dalam perut bas untuk hidangan penumpang yang mungkin gagal untuk tidur. Ketika melepasi pecan Rompin, kami terserempak dengan sebuah kemalangan dimana sebuah kereta telah terbalik di jalan raya. Penulis tidur dalam keadaan tidak berapa lena. Sebaik sahaja terasa bas membrek, maka mata pasti akan terjaga. Apabila terasa kelajuan bas ber...

kenangan terindah

Imej

Tiga hari tiga malam

Bermula Jumaat...sebenarnya malam Jumaat lagi ..keluarga besar ini sudah semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti bagi menyambut kehadiran menantu baru...Ya..menantu baru .. Persiapan untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung pada 25 Syawal 1432 sekitar jam 3.00 petang semakin rancak dijalankan. Sudah barang pasti isteri penulis yang merupakan saudara kandung kepada bakal pengantin lelaki sepertimana biasa akan disibukkan selaku wedding planner. Persiapan serta perbincangan awal sebenarnya sudah berjalan sejak awal ramadhan lagi dan semakin memuncak memacu apabila tiba saat-saat akhir ini. Dan Jumaat yang mendebarkan itupun tiba. Bakal pengantin diarak dengan kenderaan menuju ke rumah bakal pengantin perempuan. Ramai juga pengiring. Maklumlah, bapa saudara agak ramai yang menghantar. Pengantin yang berpakaian serba putih kelihatan segak dan agak gementar. Bacaan doa serta sedikit ucapan dilaksanakan sebelum berangkat. Setibanya di rumah pengantin perempuan, tuan imam masih belum hadi...

Pejabat baru

Perpindahan telah selesai menjelang Syawal. Walaupun belum sempurna proses penyiapannya, namun itulah hakikatnya. Kami tetap berpindah. Penulis ditempatkan di sebuah bilik yang agak luas dan selesa. Sebenarnya staf CC ke atas dapat menikmati kemudahan bilik. Hal ini menimbulkan persoalan di benak pemikiran manusia yang ada di dalam hatinya sedikit perasaan gundah gulana dan kurang senang. Mana boleh pangkat cacai ini duduk di bilik selesa. Ini tidak mengikut norms…dan jutaan alasan rekaan dipenuhkan atas kertas A4 hak kerajaan, atau komplen berbentuk lisan. Biarlah mereka hendak berkata-kata. Kalau kemudahan telah disediakan dan tidak pula digunakan atas alasan dangkal bukankah itu membazir pula namanya? Tapi tiada patut pula kalau kerani biasa juga mendapat bilik sendiri. Kalau nak dapat juga, kena bagi semua kerani. Kalau ada yang terpilih sahaja muncul fitnah dan bahaya. Nanti takut ada pula yang berani bersuara, atau setidak-tidaknya memberontak dalam diam. Lagi sakit kalau dideda...