Catatan

Majlis dan kita

Sabtu lepas, 24 Zulkaedah 1432, penulis meredah hujan lebat di beberapa kawasan beserta dentuman guntur dan petir memanah bumi menjelang senja yang mandom menuju ke kawasan pesta yang dijangka berlangsung sekitar jam 9.00 malam. Penulis bersama dengan keluarga ingin bersama meraikan pesta tahunan yang dianggap antara yang berprestij di negeri ini dan sangat-sangat julungkali diadakan.. Tatkala tiba, jalan-jalan kebanyakannya telah ditutup oleh pihak polis. Hujan masih lagi turun dengan kadar renyai-renyai yang mampu membasahkan pakaian. Berbekalkan hanya dua kaki payung, penulis terpaksa mengorbankan payung kepada keluarga manakala penulis meredah hujan menuju ke masjid memandang waktu Isya' baru sahaja menjengah. Kelihatan para peserta perbarisan telah mula bergerak ke kawasan permulaan, tanpa mengendahkan hujan yang semakin kasar rintiknya, tanpa memikirkan lagi mengenai kelebihan solat berjamaah fardhu isya' dalam suasana gawat dan dingin ini. Terdengar juga suara rakan-raka...

Jumaat Yang Hangat...

Jumaat 23 Zulkaedah 1432.. solat Jumaat pertama di bangunan masjid baru UTHM. Keadaan yang sangat kondusif dan nyaman. Jamaah agak ramai kerana solat Jumaat. Khatib oleh Imam Besar negeri Johor Ustaz Khalid Sono. Penulis juga sempat menemui As Sheikh Hj Mohd Nooh Kadri...Bekas qadhi daerah kluang yang merupakan boss penulis tatkala bertugas di pejabat agama kluang. Namun tatkala solat Asr di masjid baru tadi, kebimbangan yang pernah disuarakan mula terbayang menjadi kenyataan. Jumlah jamaah merosot berbanding jamaah di masjid lama. Beberapa wajah sahabat yang biasa kelihatan menyertai jamaah sudah tiada...Ya...faktor jarak telah mula memisahkan kita dengan rumah Allah yang tersergam indah ini... Malang sekali rumah Allah yang hebat ini sememangnya hanya dikunjungi (baca: hadir jamaah) oleh orang yang hampir, ataupun orang yang benar-benar mengerti. Namun hingga artikel ini ditulis, suara azan dari menara itu masih belum dapat mnusuk gegendang dan seterusnya merasuk hati agar memmerinta...

Masjid baru

Imej
Zuhur tadi sebelum iqamah, sang bilal telah membuat pengumuman penting iaitu solat Asr pada hari ini merupakan solat Asr terakhir di masjid lama. Maghrib kelak akan mula solat di masjid jame baru yang tersergam indah. Semalam tatkala acara pembersihan ruang bagi meraikan bakal-bakal jamaah pada keeesokan malamnya, itulah pertama kali menginjak ke tanah wakafan bangunan masjid itu sejak projek pembinaannya berjalan pada awal tahun. Ruang solatnya agak luas juga...dengan mimbar yang mempunyai senireka melayu serta mihrab yang diukir tangan oleh muslim uzbek. Masjid tiga tingkat (pada pengamatan penulis) dilengkapi dengan ruang pejabat, kios, dewan seminar dan sebagainya. Sememangnya sebuah kompleks yang lengkap untuk keperluan muslimin dan muslimat .. Acara solat pertama di masjid baru begitu hening...dengan keadaan kilat yang memancar melatari warna senja yang kelam bersama turunnya hujan renyai menambah kesyahduan. Berjalan ke bangunan dengan titisan hujan mula membasahi pakaian. Sayan...

kem AH air hitam muar

14 okt kami bergerak malam selepas isya menuju ke kem AH air hitam Muar, lokasi setersunya dalam siri pengembaraan hidup bersama... Sememangnya operasi kali ini agak berbeza dengan pergerakan pada waktu malam hari. Singgah sebentar menikmati semangkuk sup kambing beserta nasi putih dek kerana perut mengerang kelaparan disebabkan tidak sempat menjamah makanan tatkala menunggu waktu Isya' di rumah tua.. Tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengah malam. Pengisian awal dengan berborak .. Pelbagai ceritera dan rahsia serta dogengan yang keluar hinggakan sahabat PH yang seawal tadi sudah disampuk sang mengantuk telah berjaya meloloskan diri dan akhirnya hanya tidur sekitar jam 3.00 pagi... Sekitar jam 5.15, Tuan Guru telah mengejutkan kami untuk solat Subuh. Usai subuh ialah taklimat dan taaruf. Kemudian bergerak ke gerai berhampiran untuk sarapan pagi yang enak. Sepinggan nasi goreng bercampur mee maggi goreng dan kuey teow cukup menyelerakan. Peserta tiba sekitar jam 8.45 am. Acara pertam...

Mengapa?

Imej
Satu tengahari sekitar jam 12.30 tengahari di pantries salah sebuah pejabat .. Ketika sedang bersama menikmati makan tengahari Kak Joyah : nko tahu tak...si dot..dot..dot tu...tak sudah-sudah..asyik nak...aje Kak Long : Alah...nko bukan tak tahu....sok sek sek sok..pok pot pet pot.. Maka sesi makan disulami dengan ulam-ulaman umpatan itu yang merupakan daging-daging saudara sendiri terasa begitu enak dan nyaman di tengahari yang agak terik diselimuti kedinginan penghawa dingin milik kerajaan (baca : rakyat)itu... Betapa manusia tidak rasa gerun pada yang Maha Mendengar. Betapa manusia seolah-olah tidak pernah terbaca ataupun setidak-tidaknya terdengar surah humazah yang mengeji tentang acara mengumpat ini? Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu...

Catatan musafir ke serambi Madinah

Imej
Penulis memulakan musafir ke bumi serambi Madinah pada jam 9.30 malam dengan menaiki sebuah bas pesiaran. Penulis mengikuti rombongan isteri yang merupakan guru sekolah. Rombongan tersebut membawa pelajar-pelajar tahun enam yang telah selesai peperiksaan UPSR mereka. Guru-guru sekolah mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk bersama menuju ke destinasi lawatan. Berhenti sebentar di sekolah untuk mengambil penumpang. Dua buah bas yang agak selesa telah sedia menanti sekitar jam 10.30 malam. Setelah doa dibacakan, kami meneruskan perjalanan membelah kegelapan malam selasa menuju ke destinasi. Filem 1,2,3 cinta ditayangkan dalam suasana kegelapan di dalam perut bas untuk hidangan penumpang yang mungkin gagal untuk tidur. Ketika melepasi pecan Rompin, kami terserempak dengan sebuah kemalangan dimana sebuah kereta telah terbalik di jalan raya. Penulis tidur dalam keadaan tidak berapa lena. Sebaik sahaja terasa bas membrek, maka mata pasti akan terjaga. Apabila terasa kelajuan bas ber...

kenangan terindah

Imej