Catatan

Tahun Baru 2012

Imej
Mungkin penulis agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini. Topik yang menjadi maudu' penting dalam perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi, di parlimen mahupun di pejabat kerajaan, di kedai kopi dan juga di kantin sekolah. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan akan memperuntukkan satu slot khas dalam bulan Januari untuk membentangkan wacana dan juga haluan jabatan sepanjang tahun 2012. Individu juga begitu beriya-iya untuk membuat azam tahun baru, meskipun kerapkali azam tahun sebelumnya tidak pernah tercapai 100%, tetapi azam baru tetap akan dibina. Dan yang paling hangat dan meriah ialah pesta countdown di seluruh dunia untuk tahun baru. Di mana-mana sahaja, di negara kita pasti ada pesta sambutan count down. Itu adalah warisan sejak dahulu kala. Ianya adalah warisan pimpinan datuk nenek kita. Ianya mustahil ditinggalkan. Pimpinan negara selalunya akan turut serta dalam pesta ria tersebut. Dalam sejarah negara Malaysia moden, seingat penulis hanya sekali sahaja sambutan tahun b...

Cemerlang kah kita?

Pak Kadok : Eh, macammana si mamat tu leh dapat khidmat ceemrlang eh? Aku tengok tak pernah kelihatan pun kecemerlangan yang boleh ditonjolkan... Pak Kodek : Eh..kau ni...biarlah dia...tu rezeki dia. Engkau dok sibuk hal ehwal orang ..nko tu bila pula nak cemerlang? Pak Kadok : Ah...aku tak dapat pun tak dek hal lah....(nada kecewa) Mak Cik Tongkol : Peah..Kawan kita semua dah dapat naik pentas..kita bila la agaknye eh? Kak Peah : Entah la tong....saban tahun ku menanti... entah bila kan datang ...kawan-kawan lain dah maju ke depan...kita masih takat ni je lagi.. Petikan perbualan-perbualan ini sememangnya biasa akan kedengaran apabila tibanya hari dimana staf diraikan selaku pekerja cemerlang di mata sesebuah organisasi. Saban tahun, selepas penerima anugerah diumumkan maka sudah barangpasti ianya akan menjadi topik dan perbualan hangat untuk sepanjang minggu mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak majikan. Ramai juga yang bersetuju. Tidak kurang pula yang kurang setuju, bahkan r...

retro dan kita

Imej
Jamuan makan malam tahunan organisasi kali ini kelihatannya agak berbeza dengan jamuan makan malam tahunan sebelumnya. Lokasi makan malam yang biasanya akan memilih lokasi hotel telah berubah angin dan rasa untuk ke dewan orang ramai sahaja. Tetapi lokasinya berada di luar kawasan organisasi. Dan yang paling hangat ialah, ada tema untuk acara malam itu. temanya ialah retro... Maka berpusu-pusulah warga organisasi untuk menghadiri malam makan malam retro itu dengan pakaian yang dianggap sesuai dengan tema retro itu. Tidaklah diketahui niat sebenar setiap kaki yang melangkah masuk ke dewan yang tidaklah sehebat dewan-dewan di peringkat kebangsaan. Hanya seqadar dewan orang ramai yang biasanya disewa untuk acara politik ataupun paling-paling tidak untuk menyambut tetamu. Ada yang datang dengan niat untuk merebut hadiah cabutan bertuah. Ada yang datang hanya untuk makan malam. Ada juga yang datang hanya seqadar suka2 dan itu selalunya alasan kebanyakan dari mereka. Penampilan mereka juga j...

Khidmat masyarakat di Kampung Sagil

16 Disember 2011 , sekitar jam 2.45 petang, pelajar kokurikulum khidmat masyarakat seksyen 8 di bawah pimpinan saudara mohd fazrin memulakan langkah menaiki bas untuk menuju ke sebuah perkampungan melayu di dalam daerah Ledang. Ketibaan mereka disambut dengan begitu meriah. ADUN kawasan juga turut serta. Kemudian kesemua mereka dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Penulis hanya berpeluang menjenguk mereka pada hari kedua. Sepanjang perjalanan hanya dihiasi dengan hujan yang mencurah. Kadangkala lebat. Kadangkala sederhana.Melalui lebuhraya dari Ayer Hitam keluar di Tangkak. Membelok ke kanan, menemui pekan Tangkak.Bergerak lagi menuju ke kawasan kampung sagil hingga menemui papan tanda masuk dan juga banner program yang terpampang. Rupanya perjalanan tidaklah begitu dekat. Tatkala tiba, terpaksa menghubungi pengarah program dek kerana gagal menemui lokasi sebenar. Pengarah program bersama beberapa pelajar dan ketua kampung sedang melaksanakan akiviti ziarah mesra. Z...

Ada aku kisah??

Imej
Memandu selepas Maghrib penulis terdengar kuliah tafsir Al Quran oleh As Sheikh Dr Zahazan Mohamed. Beliau ada memetik kisah seseorang yang beriman dalam istana Firaun selain daripada asiah, isteri firaun. Lelaki yang beriman itu dianggap mempunyai jawatan dalam kerajaan firaun. Apabila firaun berpendapat untuk membunuh sahaja Musa memandangkan kekuatan pengikutnya semakin bertambah, maka lelaki yang beriman ini telah berkata, adakah engkau hendak membunuh seseorang yang hanya mengatakan tuhannya ialah Allah? Al Fadhil ustaz juga menyatakan bahawa ayat yang dibahaskan ini menjadi satu petunjuk tentang keharusan seorang muslim berkhidmat dalam kerajaan yang zalim sebagai pendakwah dan sebagai benteng kepada kekuatan Islam. Muslim ini perlu menegakkan kebenaran apabila islam mula terancam. Bukankah Nabi SAW menyatakan bahawa jihad yang paling besar ialah menyatakan kebenaran terhadap pemimpim yang zalim.. Kisah ini juga menunjukkan kepentingan untuk mengambil tahu urusan kaum muslimin ya...

Liberalisasi di masjid?

Usai Solat zuhur di masjid menara nan sebatang, tatkala menelusuri anak-anak tangga yang agak curam dan mencemaskan untuk ke tingkat bawah, kelihatan beberapa orang muslimat juga mengikut arah dan jalan yang sama bersama-sama dengan jamaah muslimin yang lain. Kendatipun pada pandangan penulis, muslimat ini tahu bahawa jalan ini biasanya adalah merupakan jalan atau lalulan muslimin, namun gadis-gadis ini masih juga mahu menuruti langkah kaki dan menegakkan pandangan basah mereka bahawa mereka ada hak melalui jalan ini kerana ianya adalah paling hanpir dengan bangunan yang akan mereka tuju. Lagipun, laluan dari tingkat jamaah muslimat mempunyai dua laluan turun naik dan apalah gunanya jika diwujudkan laluan ini tetapi tidak boleh digunakan? Sememangnya Islam tidak menghalang wanita ke masjid. Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik" (Riwayat Abu Daud) Satu pandangan menyatakan bahawa...

Anak-anak kami...anak-anak mereka

Ini adalah anak-anak kami .. kaum sunni .. yang berpegang teguh kepada Kitabullah wa sunna Rasulullah SAW .. Ini adalah anak-anak mereka .. kaum syiah di iran .. yang berpegang teguh kepada Kitabullah wa itrah Rasulullah SAW .. yang kami anggap mereka adalah sesat Ini pula adalah majlis kami .. pemuda pemudi .. kaum sunni .. yang mengaku menjadi pengikut setia Muhammad Rasulullah SAW, sahabat-sahabatnya serta ahli bait .. Ini adalah program mereka .. pemuda pemudi .. kaum syiah di iran .. yang juga mengaku sebagai pengikut dan pencinta Allah dan Rasul SAW juga sahabat dan ahli bait .. yang kami dilarang untuk meniru mereka .. apalagi mengaku selaku pengikut mereka