Catatan

empat hari tiga malam

26 jan 2012 penulis memulakan musafir ke bumi hang tuah bersama-sama dengan tuan guru, pegawai hutan dan imam agung masjid menara nan sebatang bagi menyertai program TOT jurulatih ko kurikulum. Kami bergerak dari pengkalan kira-kira jam 11.00 pagi dan berjaya tiba di lokasi tepat jam 2 petang. Kami melalui jalan lama merentasi pekan Parit Sulong, Bakri dan membelok ke lebuh AMJ. Tiba di bumi Hang Tuah berpusing-pusing mencari hotel yang dimaksudkan. Cuaca amat panas menyenagt. Setelah check in, acara pertama ialah pendaftaran, dan ianya bermula sekitar jam 3.00 petang. Kami ditempatkan untuk berkampung di Hotel Hang Tuah Heritage. Penulis dan dua ahli kereta ditempatkan dalam darjah awal. Penulis agak hairan juga kerana sebelum ini penulis pernah mengikuti kursus ini dan pernah pula mengajar. Namun penulis dimaklumkan bahawa untuk sesi akan datang, penulis diminta untuk mengajar kursus yang berbeza daripada sebelumnya. Sesi awal ialah ceramah KI oleh Dr ahmad Esa. Ceramah bermula seki...

Mercun dan kita

Mungkin setiap tahun kita sekurang-kurangnya akan dapat mendengar dentuman dan letusan mercun sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun, dengan dua kali letusan yang kuat, iaitu semasa sambutan hari raya eid fitr dan sambutan tahun baru cina. Namun sebenarnya, letusan ini tidak dapat menandingi letusan tahun baru cina, kerana sejak jam 11.00 malam lagi, bunyi itu telah bermula dan semakin menjadi-menjadi apabila tiba jam 12.00 malam. Tatkala penulis menulis entry ini pada malam tahun baru cina, bunyi dentuman mercun sedang menggila di sana-sini. Mereka tidak lagi membakar mercun merah berangkai seperti tahun-tahun sebelumnya. Mereka membakar mercun yang luar biasa bunyinya. Penulis seolah-olah berada di medan perang. Keesokan paginya apabila bertemu dengan beberapa orang kenalan, mereka juga memberikan rungutan yang sama!! Bunyi dentuman mercun tahun baru cina kali ini lebih hebat dan lebih gah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tertanya-tanya pula di dalam minda, apakah pihak pemerintah...

Pasangan itu biasa saja!!

Ketika menunggu pesanan makanan siap, penulis mengambil satu sudut di gerai makan konsep terbuka di bawah sepohon rimbun di tepi jalan. Ketika khayal dengan suasana sekeliling, penulis tertarik dengan sepasang manusia yang duduk di suatu sudut meja yang agak terbuka. Pasangan ini kelihatan berbual sangat mesra. Di meja kelihatan dua buah gelas yang hampir kosong tanpa pinggan yang menandakan mereka ke situ bukan dengan nawaitu untuk mengisi perut. Sang lelaki memakai t shirt berwarna hitam tanpa kolar dan pasangannya tanpa menutup aurat (tidak bertudung), memakai t shirt berlengan pendek. Sang gadis itu hanya bertocang rambut dan kelihatan tidak menarik pada pandangan mata penulis. Dia berbual dengan sekali sekala mengusap rambut sang lelaki. Ada kalanya dia mengelus tangannya pada pipi si lelaki dan ada ketikanya seolah-olah ingin mencium pipi lelaki tersebut dengan gaya ciuman kucing. Penulis mnasih memerhatikan pasangan itu dengan agak geram. Kurang ajar mereka ini!! Duduk di tempat...

Kuliah Kiyai Suhaili

Jumaat selepas Maghrib, kuliah di jame Kg Melayu dibawa oleh Kiyai Suhaili. Pada awalnya tatkala berada di dalam kenderaan sementara menunggu suara pengkuliah, terasa berat untuk melangkah sekiranya dijangka pengkuliah bukan favourite. Sebaik sahaja terdengar lantunan suara dari menara tinggi, fikiran menangkap, agaknya ustaz perubatan islam tempoh hari. tatkala tiba di kaki tangga masjid, barulah gambaran lebih jelas. Al Fadhil Kiyai Suhaili agaknya...Maka bertemu dengan seorang saudagar juga disitu lantas bertanya untuk pengesahan, maka sahih kuliah oleh kiyai. Jamaah yang hadir agak ramai juga. Kebanyakannya adalah orang lama-lama juga. Antara isi kandungan kuliah beliau ialah memetik bacaan sang imam muda hafiz Maghrib tadi berkaitan ayat yang bermaksud, "Diciptakan manusia itu bersifat lemah..." Ulama menfasirkan bahawa lemah akan manusia itu ada empat iaitu.. 1. lemah iman 2. lemah keyakinan dan penulis terlupa pada dua lagi perkataan kiyai..Itulah antara akibat tidak m...

Kelas Fiqh

Sudah hampir dua tahun penulis gagal hadir ke kelas agama di bawah bimbingan Tuan Guru Baharuddin. Akhirnya, pada malam ini, alhamdulilla, walaupun pada awalnya terasa amat berat untuk melangkah, mungkin kerana tarikan syaitan dan nafsu, penulis berjaya mengagahkan diri dengan keizinan dariNya jua, tiba di halaman ruamh tuan guru. Kelihatan kenderaan yang ada menunjukkan peningkatan dari segi para pelajar yang hadir. Di dalam kelihatan satu halaqah bulat yang diketuai oleh beliau. Bacaan kitab pada hari ini ialah HUKUM HAKAM SOLAT BERJAMAAH SERTA PANDUAN IMAM DAN MAKMUM sususan Muhammad Hidhir bin Hussin b Ibrahim pada muka surat 231 hingga 239 yang membicarakan beberapa masalah mengenai sifat-sifat imam. Di antara perkara yang menarik dalam syarah beliau ialah makmum dan imam yang berlainan mazhab dimana imam melakukan perkara yang membatalkan solat mengikut fahaman makmum. Sebagai contoh imam dari kalangan mazhab Hanafi yang meninggalkan tumakninah sedangkan pada pandangan makmum ya...

Cheras Perdana

Setelah sekian lama tidak bermusafir, penulis akhirnya memulakan sebuah perjalanan menuju ke Cheras Perdana bagi menghadiri majlis pernikahan. Perjalanan penulis bermula sekitar jam 7.00 malam dan bergerak masuk ke lebuhraya sekitar jam 8.30 malam. Suasana lebuhraya boleh dikatakan lancar dan tenang. Ketika tiba di kawasan R&R Seremban, lampu amaran petrol mula menyala namun penulis cuba meyakinkan diri dengan bertawakkal kepada Allah...memandangkan destinasi dijangka sudah semakin hampir. Namun dek kerana lampu amaran semakin kerap menyala dan kurang pula terpadam, maka kelajuan kereta mula diturunkan... Akhirnya dengan izin Allah jua, penulis dan keluarga selamat tiba di stesen minyak Shell berhampiran The Mines...Maka petrol pun diisi penuh dengan nilai RM90.00 menggunakan Ron 97. Bayaran tol pula bernilai RM 30.90. Acara pertama selepas tiba ialah makan malam. Lokasi berhampiran dengan rumah ibu saudara. Makan untuk lima orang dewasa dan tiga kanak-kanak tidak sampai pun RM30.0...

Kehijauan kampus

Imej
Kampus universiti adalah merupakan kawasan yang subur menempatkan manusia-manusia pilihan yang sepatutnya juga subur dan menghijau serta mampu pula memberikan manfaat kepada manusia lain yang berada di sekelilingnya. Mungkin mengikut pandangan masayarakt umum yang kununnya menyintai kedamaian dan ketenangan, masyarakat kampus seharusnya hanya duduk sahaja di dalam kampus, mendalamai segala ilmu dan kemahiran yang ada, serta menolak segala perkara lain yang bersangkutan dengan kemasyarakatan dan sebagainya yang boleh menjadi barah yang bakal merosakkan masa depan seorang mahasiswa/i. Maka atas dasar longgar tersebutlah maka terbina beberapa akta yang dilihat oleh sekelompok mahasiswa/i selaku pagar-pagar duri yang cuba menyekat gerakan massa mereka. Penulis terkenang tatkala berada di salah sebuah kampus ITM (kini dikenali sebagai UiTM) cawangan di mana para ulama yang ada di situ cuba mengenengahkan gagasan menghijaukan kampus. Gagasan ini bukanlah suatu gagasan berbau politik sebagaim...