Catatan

Maulid Rasul 1433

Imej
Ustaz Zulkifli Al Bakri dalam segmen ad daurah pada Jumaat 3 Feb 2012 di radio IKIM menyatakan bahawa ada ulama yang memberikan pandangan bahawa junjungan mulia Rasulullah SAW diputerakan pada Isnin 9 Rabiul Awwal tahun gajah. Setiap tahun kita akan menyambut acara maulid secara rasmi pada 12 Rabiul Awwal tahun hijriah. Sambutan akan dibuat dan disambut oleh semua golongan masyarakat dari pimpinan negara hinggalah kepada petani dan pesawah. Namun kita sebenarnya perlu bertanya kepada diri sendiri...Adakah benar kita menyambut maulid kerana kita cintakan Nabi SAW? Atau adakah kita menyambutnya dengan bercuti panjang (berkebetulan cuti tahun ini hingga mencecah empat hari) seqadar kerana ianya telah diwartakan maka kita pun mengambil kesempatan cuti itu tanpa sedikit pun terasa di hati untuk menzahirkan cinta kepada junjungan? Atau adakah kita yang sanggup berarak sejak awal pagi, mungkin kerana dipaksa oleh majikan, ada sedikit atau sekelumit rasa cinta terhadap Nabi SAW untuk meraikan ...

Masih Ramai Belum Daftar Mengundi

Imej
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi amat memerlukan sokongan daripada warga negara yang berbentuk pembuangan kertas undi setiap kali diadakan pilihanraya. Pemerintah yang berdiri di atas gagasan demokrasi ciptaan barat ini tidak mampu menjadi penguasa yang mempunyai autoriti penuh sekiranya undi untuk dirinya, atau parti yang diketuainya gagal memeperoleh majoriti 2/3 daripada keseluruhan kerusi yang berada di parlimen. Baru-baru ini SPR melalui lidah pengerusinya memaklumkan bahawa masih ramai melayu (bangsa terbesar mendiami wilayah Malaysia) belum mendaftar sebagai pengundi yang sah. Ini bermakna, orang Melayu yang sejak penubuhan persekutuan tanah melayu telah menguasai politik negara berkemungkinan akan menjadi penyebab kepada jatuhnya kekuasaan bangsa mereka di parlimen... Jika dilihat sejak mutakhir ini, pertembungan diantara sesama melayu menjadi semakin meruncing dalam arena politik negara. Orang-orang melayu kelihatan tidak mampu untuk duduk semeja membincangkan kesatua...

Anda wahabi ..anda syiah ..?

Wahabi adalah merupakan satu frasa kata yang cuba mengaitkan orang yang mempunyai atau menghayati fahaman aqidah yang dibawa oleh Muhammad b Abdul Wahhab. Secara umumnya di negara Islam Malaysia, perkataan atau gelaran ini dengan mudah dilabelkan kepada individu atau golongan yang cuba untuk memahami agama dengan hanya bersandarkan kepada dua rujukan utama, iaitu al-quran dan hadith semata-mata, tanpa mahu merujuk kepada qiyas, ijma' dan sebagainya. Secara mudahnya, mereka akan cepat melabel manusia yang cuba mempersoalkan mengenai perkara-perkara bebrbentuk ibadah yang sudah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat, seperti sambutan maulid, tahlil, qunut dan sebagainya. Mungkin atas dasar kecetekan ilmu, dan terikut-ikut rentak arus perdana, maka tuduhan melulu kepada golongan yang cuba untuk menjernihkan pemahaman agama mereka daripada segala bentuk taqlid buta, akan terus dilabel sebagai pengikut wahabi serta sesat. Tidak hadir majlis tahlil boleh dicop sebagai wahabi. Enggan ...

Empat hari tiga malam

Imej
27 Januari 2012...sedar dari tidur sekitar jam 4.45 pagi selepas terdengar alarm dari HP dengan alunan lagu Anak Kecil Main Api. Namun mata terasa amat berat dan akhirnya gerakan jam yang tidak mampu untuk ditahan itu terus bergerak hingga menjejak ke angka jam 5.15 pagi. SMS terus dilayangkan kepada tuan guru mnengenai temu janji untuk menghadiri solat subuh di Masjid Tengkera, salah sebuah masjid yang tertua di Malaysia tanahairku. Jawapan dari tuan guru adalah amat memberangsangkan. Selepas bersiap, kami bergerak menuju ke lokasi dengan berpandukan kepada GPS HP penulis. Kami tiba di perkarangan masjid ketika azan subuh yang sungguh merdu itu sedang dialunkan. Jalanraya masih kosong tidak sebagaimana saat ketibaan kami semalam dan juga ketika malamnya yang dipenuhi oleh pelbagai kenderaan. Hanya kelihatan beberapa kenderaan ringan juga seseorang yang menumpang motosikal sambil memegang basikal, berjubah hitam dan berserban ekor panjang. Subuh jumaat, imam bersuara merdu mendengung m...

empat hari tiga malam

26 jan 2012 penulis memulakan musafir ke bumi hang tuah bersama-sama dengan tuan guru, pegawai hutan dan imam agung masjid menara nan sebatang bagi menyertai program TOT jurulatih ko kurikulum. Kami bergerak dari pengkalan kira-kira jam 11.00 pagi dan berjaya tiba di lokasi tepat jam 2 petang. Kami melalui jalan lama merentasi pekan Parit Sulong, Bakri dan membelok ke lebuh AMJ. Tiba di bumi Hang Tuah berpusing-pusing mencari hotel yang dimaksudkan. Cuaca amat panas menyenagt. Setelah check in, acara pertama ialah pendaftaran, dan ianya bermula sekitar jam 3.00 petang. Kami ditempatkan untuk berkampung di Hotel Hang Tuah Heritage. Penulis dan dua ahli kereta ditempatkan dalam darjah awal. Penulis agak hairan juga kerana sebelum ini penulis pernah mengikuti kursus ini dan pernah pula mengajar. Namun penulis dimaklumkan bahawa untuk sesi akan datang, penulis diminta untuk mengajar kursus yang berbeza daripada sebelumnya. Sesi awal ialah ceramah KI oleh Dr ahmad Esa. Ceramah bermula seki...

Mercun dan kita

Mungkin setiap tahun kita sekurang-kurangnya akan dapat mendengar dentuman dan letusan mercun sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun, dengan dua kali letusan yang kuat, iaitu semasa sambutan hari raya eid fitr dan sambutan tahun baru cina. Namun sebenarnya, letusan ini tidak dapat menandingi letusan tahun baru cina, kerana sejak jam 11.00 malam lagi, bunyi itu telah bermula dan semakin menjadi-menjadi apabila tiba jam 12.00 malam. Tatkala penulis menulis entry ini pada malam tahun baru cina, bunyi dentuman mercun sedang menggila di sana-sini. Mereka tidak lagi membakar mercun merah berangkai seperti tahun-tahun sebelumnya. Mereka membakar mercun yang luar biasa bunyinya. Penulis seolah-olah berada di medan perang. Keesokan paginya apabila bertemu dengan beberapa orang kenalan, mereka juga memberikan rungutan yang sama!! Bunyi dentuman mercun tahun baru cina kali ini lebih hebat dan lebih gah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tertanya-tanya pula di dalam minda, apakah pihak pemerintah...

Pasangan itu biasa saja!!

Ketika menunggu pesanan makanan siap, penulis mengambil satu sudut di gerai makan konsep terbuka di bawah sepohon rimbun di tepi jalan. Ketika khayal dengan suasana sekeliling, penulis tertarik dengan sepasang manusia yang duduk di suatu sudut meja yang agak terbuka. Pasangan ini kelihatan berbual sangat mesra. Di meja kelihatan dua buah gelas yang hampir kosong tanpa pinggan yang menandakan mereka ke situ bukan dengan nawaitu untuk mengisi perut. Sang lelaki memakai t shirt berwarna hitam tanpa kolar dan pasangannya tanpa menutup aurat (tidak bertudung), memakai t shirt berlengan pendek. Sang gadis itu hanya bertocang rambut dan kelihatan tidak menarik pada pandangan mata penulis. Dia berbual dengan sekali sekala mengusap rambut sang lelaki. Ada kalanya dia mengelus tangannya pada pipi si lelaki dan ada ketikanya seolah-olah ingin mencium pipi lelaki tersebut dengan gaya ciuman kucing. Penulis mnasih memerhatikan pasangan itu dengan agak geram. Kurang ajar mereka ini!! Duduk di tempat...