Catatan

Internet broadband semakin lembab?

Imej
Sejak semalam...lebih jelas lagi malam semalam, apabila penulis cuba melayari laman sesawang dan ketika penulis cuba untuk update blog ini, kelihatan line yang dihalalkan untuk medium penyaluran hanyalah perkataan HSDPA sahaja. Tidak diketahui ke mana perginya talian 3G yang dijanjikan awal-awal langganan dahulu. Penulis terpaksa mematikan lina beberapa kali dan kemudiannya menyambungkan kembali dengan penuh harapan...namun masih berkeadaan yang sama. Mujurlah jawapan ada di  http://www.acapmanan.blogspot.com/ Setelah mengenalpasti petua dan mengikut apa yang dicadangkan, ya..ianya lebih baik daripada semalam... Alangkah moleknya kalau penggunaan jalur lebar ini diberikan kepada rakyat secara percuma ataupun bayaran yang paling rendah...Jika benarlah kita ini ingin agar seluruh masyarakt dapat menggunakan kemudahan jalur lebar ini secara meluas.. Sayangnya, masih lagi terdapat hotel dalam negara yang bersidat kedekut untuk memberikan kemudahan wifi percuma kepada pelangga...

Keluar sehari semalam je...

Maka setelah beberapa ketika terpaksa menukar tarikh dan masa, dengan beberapa mehnah dan ujian yang disediakan untuk bakal-bakal imam dan bilal ini, maka akhirnya pada pagi Sabtu 12 Mei 2012, pasukan pemuda seramai 27 orang ini akhirnya berjaya menaiki tangga bas organisasi untuk menuju ke surau jasa sepakat yang terletak di jalan dahlia kampung melayu kluang. Untuk makluman, pasukan pemuda-pemuda ini kesemuanya adalah bukan berasal dari bumi jauhari ini. Oleh yang demikian, maka apabila disebut akan ke Kluang, mereka agak blur dan termanggu-manggu. Mungkin pada lintasan akal mereka, Kluang itu jauh dari pengkalan. Sekitar jam 11.30 pagi, pengarah program telah membuat panggilan telefon untuk mengenalpasti lokasi sebenar. Menjelang zuhur, penulis hadir untuk melihat mereka. Bersalaman dan cuba mengenalpasti jika ada yang tercicir. Usai solat, sedikit taklimat diberikan. Peringatan juga dibuat agar tidak mencampuri urusan ceramah berbau politik yang bakal dilaksanakan malam nanti. ...

kelas 11

Kelas kali ini lebih menumpukan kepada persediaan-persediaan sebelum keluar selama 14 jam untuk memenuhi kehendak dan ketetapan rancangan pengajaran yang telah diatur sejak awal semester lagi. Perbincangan berkisar mengenai bacaan atau zikir selepas solat. dengan berpandukan kepada kitab yang dikarang oleh al palimbani, salah seorang ulama nusantara yang tersohor, yang mana berkebetulan kuliah kami tadi malam juga membicarakan topik yang sama, maka penulis mengambil inisiatif untuk scan halaman-halaman kitab yang berkaitan, iaitu bacaan dari amalan al qusyairi berdasarkan kepada penduduk madinatur rasul... Pelajar dibenarkan kembali lebih awal kali ini...

Bengkel oh bengkel...

Hujung minggu kali ini, penulis diarahkan untuk menyertai bengkel  di Hotel yang terletak menghadap ke Selat Tebrau, dan boleh nampak daratan dari negara di seberang.  Perjalanan penulis hanya bermula selesai solat Jumaat di masjid menara nan sebatang. Penulis menumpang kenderaan sahabat penulis yang merupakan salah seorang penguasa di jabatan lain. Kami transit di Simpang Renggam untuk bertukar kenderaan dengan bonda beliau. Kemudian, kami bergerak menuju ke Kukup untuk mengambil barang yang tertinggal dan kemudian menuju ke Johor Bahru dengan melalui jalan Pontian.  Cuaca agak baik dan kami selamat tiba di hotel sekitar jam 6.30 petang. Kami terus menikmati hidangan di dewan makan dengan beberapa jenis lauk melayu dan juga kuih serta puding pencuci mulut. Naik ke bilik dan kemudian menyempurnakan solat jama’ . Sekitar jam 9.00 malam, kami bergerak turun untuk memulakan program.  Dewan telah dipenuhi dengan ahli yang merupakan pakar-pakar akademik yang t...

Pertanian Ayer Hitam kembali ceria

4-6 Mei 2012, minggu pertama Mei ini disambut meriah di kawasan kem pertanian ayer hitam Kluang. Sudah agak lama tidak berkunjung ke mari untuk melaksanakan program. Sejak munculnya tahun 2012 inilah pertama kali program di adakan di kawasan ini. Kali ini peserta yang menyertainya agak ramai. Menjejak ke angka 100. Didatangkan dari dua sekolah rendah yang berbeza. Cuma tenaga fasi agak terhad. Tiada kembar 2S. Tiada ungkapan tuan haji K. Hanyalah sahabat-sahabat biasa. Kedatangan PH juga tidak penuh. KF dipegang oleh Hj Din Selaku KK, penulis dibantu oleh sahabat PS... Program hanya bermula sekitar jam 1530 dengan lontaran taklimat oleh penulis. Ini diikuti oleh solat Asr. Usai solat, pembahagian kumpulan dengan bantu TKK. Kemudian ice breaking oleh kapitan Zai. Menjelang jam 6.30, ice breaking tamat. Peserta diminta masuk ke bilik untuk bersiap dan berkumpul kembali jam 6.45. Menjelang 6.45, KK sempat menikmati mandi di air pancuran. Peserta perempuan masih gagal muncul dengan...

Kenangan di Dato Onn - Sebuah kisah di sekolah agama

Misi terbaru untuk penutup April di Sekolah agama. Ianya amat jarang bahkan tidak pernah berlaku sebelum ini sebenarnya....Masa yang diberi hanyalah dua hari satu malam..lokasi ialah pejabat pendidikan agama daerah... Kami bergerak dari ibu pejabat sekitar jam 10.30 pagi dan menerima berita memilukan dengan pulang ke rahmatullah bonda kepada PH...Kami bergegas menuju ke hospital terlebih dahulu untuk memberikan penghormatan terakhir. Tatkala tiba, suasana pilu menyelubungi bilik pengurusan jenazah dengan bacaan ayat-ayat suci dan jenazah sedang bersiap untuk dimandikan. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke lokasi program. Kami disambut hangat dengan jamuan tengahari Jumaat yang sememangnya membakar. Kemudian kami bergerak ke pasar untuk mencari sedikit keperluan. Kembali semula dan bertemu dengan sahabat bekas imam besar...pertemuan yang membuahkan persetujuan untuk pengisian program pada dua minggu akan datang. Solat Jumaat di masjid agung dan kemudian bersiap untuk ...

Kelas 10

Kelas kali ini agak berlainan sedikit rasanya. Tajuk perbincangan pada hari ini jika mengikut turutan berkisar mengenai al ma'thurat. Jika mengikut silibus asal ialah bacaan tahlil dan doa. Penulis telah mengubah tajuk tersebut semasa kursus TOT. Meskipun kelihatan garisan wajah kurang senang beberapa orang teman, namun mereka tidak pula menterjemahkannya dalam bentuk perkataan. Ini bermakna mereka tidak melarang tindakan tersebut. Berbalik kepada kelas yang tidak berapa besar itu, kami pada hari ini memulakan kelas dengan perbincangan topik dajjal yang dijangka bakal muncul dalam jangkamasa terdekat berdasarkan kepada petunjuk aras tasik tiberia sebagaimana yang dituliskan dalam teks hadis dari Tamim Ad Dari. Juga membincangkan mengenai topik peperangan Armageddon yang pernah berlaku di medan tersebut sebelum diutus nabi Allah Daud antara tentera Jalut dan tentera Thalut yang dirakamkan dengan kemas di dalam surah Al Baqarah. Pada awalnya penulis ingin membuka suratan al ma...