Catatan

Ramadhan ke 10

Hari ini hari terakhir dalam semester pertama madrasah ramadhan. Esok akan bermula semester ke dua madrasah ini yang bakal menawarkan pelbagai tawaran yang lebih hebat, keampunan dosa. Apalagi tawaran yang lebih hebat dari mendapat keampunan dari Tuhan? Tetapi sudah barang pasti dugaan dan cabaran yang bakal menanti tentunya lebih tough. Bukan semudah dan sewenangnya untuk mendapat anugerah keampunan yang maha hebat itu. Juga sememangnya tidak semua dari kita berjaya mendapat anugerah rahmat yang dijanjikan sepanjang 10 hari semester pertama ramadhan. Setiap muslim ada peluang yang sama untuk meraih ganjaran. Cuma kita mahu atau masih segan itu yang menjadi persimpangan. Mari kita teruskan perjuangan di semester kedua ini dengan penuh iltizam memburu keampunan yang dijanjikan... Wallahu a'lam

Sekolah yang menarik...

Menjelang Jumaat yang hitam, penulis diarah untuk hadir menjalankan bakti di salah sebuah sekolah yang kelihatan begitu berprestij di kawasan organisasi penulis. Penulis tiba agak lewat disebabkan beberapa perkara besar yang perlu diuruskan. Meskipun penulis telah dinobatkan selaku kem komandan, namun terdapat kem komandan II yang bakal menjalankan tugas di sepanjang kelewatan penulis. Tatkala tiba, TG sedang menjalankan aktiviti Ice Breaking. Ini adalah pemadangan pertama penulis melihat aktiviti ini dilaksanakan oleh TG. Penulis hanya duduk sambil disambut oleh KKII dan juga tuan A. Perbualan berkisar mengenai tragedi yang menimpa diri penulis. Menjelang jam 6 petang, penulis mengarahkan peserta berkumpul di dataran belakang surau. Ada agenda yang perlu dilaksanakan. Kebanyakan peserta tidak membawa bersama mereka barang amanah yang telah diserahkan. Mereka meninggalkannya di bilik penginapan sementara masing-masing. Penulis telah berbincang dengan KKII untuk mendenda mereka deng...

Ramadhan 5

Hari ini agak sibuk di pejabat dengan tugasan mencetak 3 jilid besar kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat peringkat tertinggi. Malang jugs kerana pada cetakan jilid terakhir mesin pencetak buat hal. Kertas menjadi tersedak-sedak di tekak mesin pencetak tua itu. Maka terpaksa pula mencetak di mesin rakan bersebelahan bilik. Sebaik sahaja siap, apabila hendak dihantar untuk penjilidan, tauke jilid telah pulang. Maka terpaksa menunggu hingga selesai waktu rehat tengahari. Seawal jam 2 petang, tauke penjilidan masuk dan lebih kurang 30 minit kemudian penjilidan dapat disempurnakan. Kami kemudian bergegas ke pejabat menilai kertas kerja. Terpaksa pula menunggu pegawai penilai yang mempunyai tugasan lain di luar pejabat. Mujurlah lokasinya hampir. Kemudian, selesai penilaian, setelah mendapat surat kelukusan untuk membolehkan kertas kerja di bawa ke dalam mesyuarat tersebut, terpaksa pula membawa bersama dokumen kertas kerja lain untuk simpanan di pejabat. Dokumen setinggi separuh keti...

Ramadhan tujuh

Keadaan masa bangun pagi masih sama. Tidak sempat untuk bermunajat kepadaNya. Hanya sempat makan sahur sahaja. Tidakkah kita faham bahawa ada insan yang tidak dipedulikan olehNya. Dibiarkan sahaja tanpa sebarang pemerhatian dariNya. Umpama seorang ibu yang merasa marah terhadap anaknya. Dibiarkan sahaja tanpa ditegur..apa sahaja perbuatannya didiamkan sahaja. Tetapi makan pakainya disediakan seperti biasa. Itu pun sebenarnya sudah cukup sengsara bahi srorang anak. Jadi bagaimana pula hal keadaannya bagj seorang hamba yang tidak langsubg dihiraukan oleh TuhanNya? Tentu sahaja lebih sengsara. Segala keperluan rezeki dijamin. Tapi rintihan sang hamba tidak dihiraukan. Hamba tergolek terlentang dibiarkan sahaja. Nah...itulah yang dirisaukan oleh penulis. Adakah Dia telah membiarkan penulis terus tenggelam dan syok sendiri?  Adakah puasa hamba ini diterima atau dilontarkan ke dalam lautan? Urusan di pejabat pada pagi ini ialah mesyuarat. Penulis merupakan urusetia mesyuarat yang ...

Ramadhan ke enam

Keadaan bangun pagi agak genting sekitar jam 5.15 pagi dan seperti sebelumnya, hanya sempat makan sahur sahaja. Pejabat pada hari ini disibukkan dengan gerak kerja menghantar kertas kerja ke pejabat yang menjadi urusetia mesyuarat. Berpagi-pagi telah menghadap mesin pengimbas untuk mengimbas muka hadapan kertas kerja yang memaparksn tandatangan tiga manusia yang paling berkuasa di organisasi. Kemudian mengejar penilai pertama untuk mendapatkan borang penghantaran kertas kerja. Sambil itu memasukkan soft copy ke dalam cakera padat. Akhirnya setelah segalanya selesai segera ke pejabat berkaitan bersama penilai pertama. Setibanya dokumen yang tebal sebanyak tiga volume itu ke pejabat berkaitan, urusetia mahukan soft copy dalam bentuk pdf pula. Adus....nak marah pun tak boleh kerana kami agak lambat memajukan kertas kerja tersebut, jadi hanya mampu menabur janji untuk menghantar pada hari ini juga selewat-lewatnya menjelang petang... Kami kemudiannya menuju ke bengkel kereta bagi membu...

Ramadhan 4

Ramadhan ke empat hari ini dimulakan jam sebelum 5 pagi. Syukur atas kurniaan yang lebih awal dari tiga malam sebelumnya... Keadaan di pejabat begitu tenang dan agak aman semenjak waktu dhuha yang mulia. Entah kemans perginya suara gegak gempita, ketawa ria yang kuat dan sebagainya. Mungkin sirns dek tarbiyyah universiti Ramadhan, atau mungkin kepenatan, atau mungkin juga ketiadaan kisah yang mampu menambah ceria.. Penilai pertama dan eksekutif pentadbiran tiada di pejabat hari ini. Menjelang Asr, penilai kedua membawa tugas agak mencabar, arahan menyiapkan dokumen untuk dimajukan ke mesyuarat peringkat tertinggi dan perlu disiapkan selewat-lewatnya sebelum zuhur esok. Tugasan yang memang mencabar dalam keadaan empat dokumen berada di tangan orang yang berasingan!! Dan oh ya..hujung minggu ini ada mesyuarat yang menunggu dan hujung bulan nanti ada audit yang bakal menjengah. Tatkala jam hanya tinggal kurang dari 30 minit sahaja lagi sebelum waktu pulang, dokumen pertama baru di...

3 Ramadhan

Ramadhan ke tiga dapat bangun agak awal daripada dua pagi sebelumnya. Segala puji bagiNya...Moga-moga dijadikan hamba ini dari kalangan manusia yang istiqamah ... Hari ini merupakan hari pertama bertugas dalam suasana kesucian Ramadhan 1433 hijra. Tiada apa yang luar biasa berlaku. Semuanya boleh dikatakan terkawal. Cuma pekeliling untuk pulang lebih awal dari waktu biasa masih belum dikeluarkan. Apabila diulang tayang pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 1432, ianya telah dikeluarkan lebih awal. Tetapi tahun ini sehingga menjelang 3 Ramadhan, inbox  folder pekelilibg pada e mail rasmi penulis masih belum diisi dengan pekeliling tersebut. Namun menjelang jam 2 petang, muncullah e mail yang dinanti-nantikan oleh majoriti warga organisasi. E mail pekeliling kebenaran pulang awal 30 minit daripada waktu pulang biasa. Setelah dirujuk kepada penilai pertama, maka beliau telah mensahihkan pekeliling tersebut. Maka menjelang jam 4.30, berdedai-dedai warga universiti menuju mesin...