Catatan

Tandas awam VS tandas masjid

Imej
Topik ini bermain di fikiran penulis sudah agak lama juga. Cuma belum berkesempatan untuk ditulis. ysia. Adakah kebanyakkannya dalam keadaan yang baik atau teruk? Kata ahli bijak pandai jika hendak menilai sifat sebenar seseorang sama ada dia seorang pembersih atau pengotor maka cubalah ditinjau perihal tandasnya sama ada berkeadaan bersih atau kurang. Berlandaskan kepada dalil tersebut, maka cubalah kita tinjau berkaitan tandas di surau dan masjid dalam negara Islam contoh kita Malaysia... Kebanyakan tandas yang penulis temui khususnya di kawasan selatan tanah air berada pada tahap yang sangat menakutkan...Ini bukan tuduhan tetapi pemerhatian dari mata kepala sendiri. Penulis agak terkesan dengan tandas di salah sebuah masjid di negari Hang Tuah yang berada dalam keadaan yang baik dan boleh dipuji semasa lawatan penulis sekitar Hari raya baru-baru ini. Sayangnya penulis tidak sempat pula untuk merakamkan fotonya. Dan sebenarnya hasil lawatan penulis ke tandas mas...

merdeka 55

Imej
Segala puji bagi Allah yang masih mengekalkan nikmat keamanan dan kesejahteraan di mukabumi Malaysia sehingga huruf-huruf ini ditaip keadaan masih biasa dan dianggap selesa serta aman sentosa meskipun jenayah kejam kedengaran semakin menjadi-jadi beserta beberapa siri rompakan namun ianya seqadar secalit lumpur sahaja yang tidak mampu mengotorkan keseluruhan rupa bumi tanah air bertuah ini. Benar jika ditilik secara makro dibandingkan dengan kebanyakkan negara yang dilanda bahana api peperangan seperti Mynmar, selatan Thai, Syria, Iraq dan lain-lain. Juga negara yang kerap dilanda bencana seperti China, Filipina, Indonesia dan lain-lain, ternyata anak tanah merdeka ini sepatutnya menjadi manusia atau hamba yang paling bersyukur.... Namun bagaimana kita ingin menterjemahkan kesyukuran itu? Adakah dengan seqadar melafazkan kalimah syukur sahaja atau kalimah Alhamdulillah sahaja kemudian kita bersama dengan selebriti dan bangsa Malaysia lain berpesta sepanjang malam Jumaat ini? C...

Kemenangan atau kekeliruan..?

Imej
Fajar 1 Syawal 1433 muncul lagi pada Ahad bersamaan 19 Ogos 2012 yang diraikan oleh seluruh umat Muhammad SAW sebagai tanda kemenangan di atas kejayaan mengharungi tarbiyyah madrasah Ramadhan selama 29 hari pada tahun ini. Umat Muhammad SAW di Malaysia khususnya telah bersiap sedia dari awal lagi, mendahului pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dengan persiapan masakan dan juadah serta memulakan sambutan dengan dentuman mercun atas alasan menzahirkan kegembiraan. Maka sebaik sahaja berakhir azan Maghrib petang 29 Ramadhan 1433, gegak gempita sekitar penempatan melayu-Islam dengan ledakan mercun bagai dentuman meriam dan tembakan peluru di bumi Syria dan Mynmar lagaknya. Mungkin ada tersemat di hati para pemain dan penggalak peledak untuk menghayati suasana umat di bumi bergolak...moga begitulah harapannya...dalam irama kegembiraan terdapat sekelumit doa yang dititipkan mengenang nasib umat yang tenggelam dalam perlakuan kezaliman.. Irama takbir bermula sejurus selepa...

syawal dua - kemenangan dan kesesakan

Imej
Salam syawal. Umat islam di Malaysia, khususnya negeri perak ke selatan tanah air masih hangat meraikan ketibaan syawal meskipun sudah ada yang memulakan puasa sunat syawal. Anak-cucu yang pulang untuk berhari raya di kampung masih lagi belum pulang dan menghabiskan sisa cuti sehingga ahad. Perjalanan untuk berhari raya di kawasan batu pahat saban tahun pasti akan menemui masalah berulang. Masalah kesesakan lalulintas. Ianya akan bermula dari bulatan masuk ke gotham city, kemudian di lampu isyarat susur ke felda ayer hitam, kemudian semakin sesak dari sekolah menengah seri lalang hinggalah ke pekan ayer hitam. Ianya adalah masalah tahunan yang terus berulang yang pada pandangan penulis dipandang sebelah mata sahaja bagi yang memegang tampuk kekuasaan. Mungkin bagi mereka ini adalah kici punya hal. Ini kesesakan satu tahun satu kali juga. Semua orang harus faham.. Apa adakah rakyat wajib faham tetapi mereka tidak perlu faham keadaan rakyat? Oleh kerana kesesakan ini berulang...

hari terakir Ramadhan 1433

Imej
Fajar 29 Ramadhan 1433 akhirnya tiba jua tanpa dapat ditangguhkan oleh sebarang makhluk meskipun dia berani mendakwa bahawa dia paling berkuasa dalam sesebuah wilayah. Siang 28 Ramadhan yang merupakan penghulu segala hari memaparkan wajah sedih dengan derapan hujan berulang disulami mendung yang panjang seolah menangisi pemergian Ramadhan yang mendatangkan jutaan rahmat ke atas umat. Namun wajah-wajah umat akhir zaman kelihatan lebih ceria berbanding hari-hari awal kehadiran bulan mulia ini. Seawal subuh lagi umat ini telah berbondong-bondong menuju ke pasar bagi menyambut lebaran yang diyakini akan bertamu pada fajr keesokkan harinya. Penulis juga ke pasar yang mempamerkan kesesakan lalu lintas yang agak kronik. Terpaksa berpusing beberapa pusingan untuk mendapatkan tempat parkir. Kemudian setelah berjaya, baru beberapa tapak melangkah, kelibat penguatkuasa kelihatan berlegar. Pasti kena saman punya kerana penulis memang tiada bekalan kupon dan juga tiada premis berdekatan y...

Lailatul qadr.....

Siang khamis hari ke 20, pejabat bangunan tertinggi menjemput ulama dari pejabat pentadbir agama daerah untuk berbicara mengenai malam al qadr. Maka menjelang waktu dhuha, penulis bergerak bersama tn CC menuju ke bangunan mercu tanda. Tatkala tiba, ruang di dalam dewan sudah dipenuhi ramai. Ceramah sudah berlangsung. Ulama yang menyampaikan ceramah masih muda. Pernah berkhidmat selaku imam di beberapa buah masjid daerah selama 10 tahun dan kini bertugas di bahagian polis agama setelah dinaikkan pangkat. Ulama ini begitu bersemangat mensyarahkan mengenai malam al qadr bersandarkan hadis dan juga pandangan ulama termasuk jadual alam sufi yang menentukan malam qsdr bersandarkan kepada hari pertama ramadhan berdasarkan kepada pengalaman mereka. Apa yang agak menarik ulama tersebut cuba memperkuatkan pandangan beliau bahawa malam ke 21, iaitu malam ini merupakan malam al qadr bersandarkan hujjah bahawa malam tersebut merupakan malam jumaat. Beliau juga membuat ulasan akhir bahawa pali...

Hari ke sembilan belas ..

Imej
Sedar tak sedar...dok asyik dibuai khayalan hari raya gamaknya...sudah masuk hari ke sembilan belas berpuasa pada hari ini. Gema lagu hari raya sudah semakin galak dipalu dan dimainkan, bahkan lebih galak dan bergema berbanding suara alunan bacaan al quran dan sebagainya. Semangat meneruskan puasa terasa semakin mengendur...sirna dek semangat dan keserunukan untuk meraikan 1 syawal... Kita sedang melangkah masuk ke semester akhir dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini. Pelajar cemerlang dalam semester kedua bakal meraih anugerah keampunan selepas menerima anugerah rahmat pada semester awal sebelum ini. Dan mereka juga bakal menerima anugerah pembebasan dari neraka, disamping hadiah lain yang amat bernilai, malam al qadar... Rata-rata di kampung-kampung sudah ada ahli qaryah yang memasang pelita punjut. Kalau dahulu kala diceritakan bahawa pemasangan pelita itu adalah untuk menaymbut lailatul qadr...yang digambarkan sebagai makhluk yang akan menyebabkan bersujudnya segala benda ...